Dah lama blog ni bersawang! Tuan tanah tak menyempat nak update latest event kat sini! Nak kata sibuk sangat pun tak jugak! Cuma masa yang ada sangat terhad untuk menguruskan kerja2 yang perlu dibereskan sebelum Ramadan tiba! Antaranya ... menguruskan Majlis Penghargaan Staf dari pejabat kami yang pindah ke pejabat lain! Actually dah rancang awal, tapi terpaksa ditangguhkan kerana ada agenda rasmi kat ofis ni!!!
Petang ni dah tengok anak bulan Ramadan! Tapi rasanye puasa mula hari Rabu kot!!! Semalam aje, masa akak ke Uda Ocean Plaza Angsana, rasa macam nak pengsan pun ada kat department pakaian kanak-kanak! Punyelah ramai mak bapak dengan anak-anak bersesak membeli persiapan baju raya! Nak pilih t-shirt untuk si Iman pun macam nak pitam rasanye! Lorong setiap booth pakaian dah ler sempit! Redha aje ler bila bergesel punggung dengan orang lain. Sudahnye dapat gak pilih t-shirt dan jeans untuk Iman. Lepas tu gi cari kasut raya pulak! Cuma tinggal kakaknye aje yang belum dapat cari t-shirt! Abahnye pun tak sempat nak cari slack sebab nak fitting untuk bebudak pun menunggu lama! Aduiii .... macam mana lah agaknye kalau orang yang ada ramai anak pilih baju untuk raya??? Tak leh nak dibayangkan!!! Fengggsannn .....
Untuk pagi ni, akak kongsikan masakan yang dah lebih seminggu akak masak, tapi tak nyempat nak upload kat sini! Ini first time akak masak tomyam bubuh santan. Sebelum ni pakwe akak tak nak bubuh santan! Tapi ari tu masa nak masak tomyam ni akak tanya kat dia, dia kata OK! So akak pun cuba ler letakkan sedikit santan. Sedap uuuu!!! Cuma mungkin agak muak sikit ler ... kalau tak suka, tak yah letak langsung santan tu pun tak pe! Anyaway, kepada yang nak mencuba, silakan ... buat menu iftar pun ok jugak ni! Jommm ....
TOMYAM SANTAN
- 5 keping isi ayam dipotong dadu. Cuci dan toskan.
- 1 batang lobak merah - dipotong baji.
- 1 paket @ 5 batang putik jangung - dipotong serong.
- 1 mangkuk kecil - bunga kobis.
- 1 mangkuk kecil udang, sotong @ ketam jika suka.
- 10-15 batang cili padi - ditumbuk kasar-kasar.
- 2 batang serai - dititik.
- 2-3 biji limau nipis - diambil jusnya sahaja.
- 2 liter air stok udang @ ayam @ air jarang.
- 5 helai daun limau purut di siat-siat.
- 1 labu bawang besar dipotong bulat kasar-kasar.
- 4 sudu besar bawang merah kisar.
- 2 sudu besar santan serbuk dibancuh dengan air menjadi 1 mangkuk kecil santan.
- Serbuk perasa
- Garam
- 2-3 ketul kiub tomyam
- 1 sudu besar gula
- Minyak untuk menumis
- Panaskan minyak. Tumiskan serai, bawang hiris, cili padi, daun limau purut dan bawang merah kisar hingga garing dan wangi.
- Masukkan isi ayam dan dan udang, kacau lagi hingga separuh masak.
- Masukkan kiub tomyam dan kacau rata.
- Masukkan air @ stok rebusan udang @ ayam dan lobak merah, biar hingga mendidih.
- Masukkan garam, serbuk perasa dan gula.
- Masukkan jus limau nipis.
- Masukkan santan dan kacau rata.
- Akhir sekali masukkan sayur-sayuran lain dan biar mendidih seketika.
- Angkat dan hidangkan dengan taburan bawang goreng dan daun sup / daun bawang.
No comments:
Post a Comment