Imej ihsan Google.
Salam,
Kepada semua pengunjung blog ini, akak dan keluarga ingin merakamkan ucapan Salam Ramadan dan selamat menunaikan ibadah puasa dengan penuh kesabaran dan rasa syukur.
Di bulan yang mulia ini, alangkah baiknya jika kita sama-sama dapat merebut peluang untuk bersolat terawih yang hanya datang 1 bulan sahaja dalam setahun. Sama-samalah kita saling ingat-mengingati di antara satu dengan yang lain.
Pastikan iftar kita secara sederhana dan elakkan amalan membazir. Sesungguhnya syaitan dirantai sepanjang Ramadan yang mulia ini. Hanya nafsu yang menguasai diri andai kata kita leka dan lalai.
Semoga kita sama-sama meraikan kehadiran Ramadan dengan penuh rahmat dan nikmat.
Ramadan Datang Kembali! Alhamdullillah ...
-InaChomel-
Salam ramadhan utk cik ina yg comel! ^__^
ReplyDelete