Sunday, February 9, 2014

TUNA QUINCHE

Salam sume,

Haa ... hari ni ada yang kerja ada yang cuti. Orang Johor kerja ari ni. Cuaca pun indah. Semalam petang hujan agak lebat!

Walau pun hujan tapi suasana terasa panas, tapi alhamdullillah hujan turun, dapat mengurangkan sikit bahang terik mentari sejak akhir-akhir ini. Dek cuaca yang panas dan berangin, petang hari Khamis yang lepas, kawasan bukit yang dipenuhi tumbuhan liar terbakar di laluan menghala ke Tmn. Sri Pulai. Ingatkan ada kemalangan, rupanya pasukan bomba sedang sibuk memadamkan api yang dah membakar hampir semua bahagian tepi bukit tersebut! Orang ramai pun ada yang berhentikan kenderaan dibahu jalan yang mengundang kesesakan jalan raya! Yang memperlahankan kenderaan pun ada sambil tengok insiden kebakaran tersebut!

Hari ini nak kongsi resepi yang dah lama akak ngidam nak buat, tapi akhirnye tertunai jugak pada hari Khamis yang lalu.Sedap memang sedap, tapi agak muak sikit. Kalau saja-saja makan tanpa sos cili, memang susah nak habis! Masa baru siap dibakar, bau quinche ni memang menusuk jiwa! Cuma pada akak, kalau akak buat sekali lagi, akak akan pastikan bahan intinya pedas sikit! Barulah sedap dan kurang sikit rasa muak! Makan masa panas-panas memang sedap, tapi ari tu akak potong quinche ni dah sejuk sket. Keju tu pun kalau lebih sket lagi sedap! Pastri quinche ni agak rapuh bila siap dibakar, tapi tak susah nak menguli dan canai sebab just nice aje teksturnye! Selamat mencuba! Tak cuba tak tau kan rasanye! Pada akak, yang penting mencuba, sedap ke tak sedap ke, at least kita dah cuba! Kalau diberi peluang untuk beri bintang, akak beri 4 bintang out of 5 stars! Resepinye ... CnP from DTS!

TUNA QUINCHE
Sumber : Mat Gebu

BAHAN-BAHAN PASTRI :-)
  • 300 gram tepung halus (che mat guna tepung gandum)
  • 120 gram mentega, disejukkan dan dadu kecil
  • 40 gram lemak sayur @ shortening
  • 1 camca teh gula aising
  • 1/3 camca teh garam
  • 4 - 5 camca besar air ais
BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 tin tuna (samada dalam minyak atau air), toskan
  • 4 hirisan bulat bawang besar bersaiz sederhana
  • 4 tangkai daun kucai, hiris halus
  • 1 biji jeruk gherkin, didadu kecil --- akak tak letak
  • 4 biji cendawan butang dalam tin - dihiris nipis --- akak tambah
  • 1 keping keju cheesdale atau 2 camca besar parutan keju cheddar
  • 1/4 cawan susu sejat (atau susu segar)
  • 1 biji telur + 1 kuning telur
  • 1/2 camca teh lada hitam kisar
  • Garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK PASTRI :- Satukan tepung, gula aising dan garam, kacau rata. Masukkan mentega sejuk dan lemak sayur. Gaul ramas dengan hujung jari sehingga mendapat teksture seperti serbuk roti. Masukkan esen vanila dan air ais sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Bulat2kan dan bungkus dengan plastik. Simpan dalam peti sejuk 30 minit.
  2. Ambil setengah bahagian pastri, tabur tepung pada permukaan kerja dan juga pada torak (rolling pin), canai pastri setebal 0.3 cm. Biar besar dari acuan yang anda guna (che mat guna acuan bersaiz 6 inci). Alihkan pastri ke atas acuan dan kemasan. Potong lebihan pastri dan kemaskan.
  3. Cucuk permukaan pastri dengan garfu, kemudian alas dengan kertas minyak dan letak benda berat dalamnya (macam kacang soya, akak guna kacang hijau). Bakar kosong atau 'blind bake pada suhu 200C selama 20 - 25 minit pada rak paling bawah oven. Kemudian alihkan kertas minyak dan bahan pemberat. Sambung bakar hingga permukaan pastri keperangan. Keluarkan dari oven..
  4. Gaul tuna dengan gherkin, kucai (tinggalkan sedikit untuk hiasan) dan serbuk lada hitam. Masukkan ke dalam pastri tadi. Ratakan dan susun gegelang bawang atasnya. Bancuh susu, telur dan sedikit garam, kacau rata dan tuang perlahan2 atas bahan inti hingga penuh. Siat2kan keju dan susuh rata atas quiche, tabur dengan daun kucai. Bakar pada suhu 190C, selama 30 minit atau hingga permukaan quiche keperangan. Keluarkan dari oven, tanggalkan dari acuan dan boleh hidangkan..
-InaChomel-

No comments:

Post a Comment