Tuesday, March 4, 2014

SERRADURA .... RASA SESEDAP NAMANYE! I LOIKE ...

Salam sume dan selamat pagi ...

Morningggg ..... hari ni macam mana mood semua kengkawan akak? Ok? Ada baik? Mummmm .... pagi-pagi mood mesti baguss! Kalau tak nanti sampai petang spoilt!

Ok, tak nak buang masa dan mencuri masa kerja yang banyak untuk blog kesayang ku ini. Maka akak nak share resepi pencuci mulut yang sangat sedap. Ini betul punye sedap. Lebih-lebih lagi sangat senang. Rasa manisnye yang sedang elok aje, plus rasa lemak manis dari biskut tu yang buatkan dessert ini menambat hati akak! Tapi kena hati-hati bila makan sebab serbuk biskut tu tak dicampur dengan mentega cair, just blended biscuits only, so bila makan tu ada tersedak sikit! Bukan tersedak sebab nama kita disebut oleh orang yang tak kita ketahui, tapi kena makan dengan penuh sopan lagi berhemah. Ok jom, tengok resepi ni yang akak jumpa dari blogger Wendy Inkk yang diambil dari blogger Hong Kong --- My Buttery Finger, dengan nama yang sama gak iaitu Wendy ... jom!

SERRADURA a.k.a MACAU SAWDUST PUDDING
Sumber asal : My Buttery Finger
Sumber : Tabel for Two

Bahan-bahan :-
  • 250 ml Whipping cream
  • 80g biskut Marie original flavour --- akak guna 100gm 
  • 50g susu pekat manis
  • 1 sudu teh vanilla essence
  • Hiasan - ikut suka, akak letak buah strawberri, Milo nuggets, dan love letter rolls flovour strawberri
Cara penyediaan :-
  • Kisar halus biskut Marie dan ketepikan.
  • Dalam mangkuk pemutar, masukkan whipping cream dan putar hingga gebu (jangan lama sangat, dalam 1 mint jer).
  • Masukkan susu pekat dan esen vanilla, kacau dengan spatula aje.
  • Ambil satu gelas atau bekas yang sesuai.
  • Sudukan biskut Marie tadi pada lapisan pertama. Ratakan sahaja, tak perlu tekan.
  • Paipkan aduanan whipping cream tadi, lapiskan semula dengan serbuk biskut, lapisan whipping cream, dan pada bahagian akhir yang hampir memenuhi gelas, tutup dengan lapisan serbuk biskut dan ratakan. 
  • Sejukkan dalam peti sejuk selama 2 jam sebelum dimakan.
  • Hiaskan dengan buah-buahan atau apa juga yang kita suka. 
  • Jika letakkan love letter rolls, bila nak makan baru diletakkan pada dessert ini sebab nanti lemau pulak kalau letak awal-awal, dah tak sedap nak makan ....

-InaChomel-

No comments:

Post a Comment