Sunday, November 23, 2014

IKAN BILIS GORENG CILI PADI BERSAMA KENTANG DAN BAWANG

Salam,

Cuaca yang kian hari membawa hujan dan mendung agaknye sama mendung dengan situasi blog akak ni!

Makin mendung dan muram dengan perkongsian resepi! Nama aje blog masakan untuk dikongsi bersama, tapi mood nak upload N3 makin hanyut ke laut .... hahahaha ... 

Secara jujurnya, bukanlah tak masak langsung atau tiada masakan yang dicuba, tapi sejak akhir-akhir ini rasa malas tu melekat aje kat jiwa akak ni ... bila dah habis makan baru ingat nak snap gambo ... makanye dah terlambat! Kesibukan kerja yang tak seberapa tu pun ye jugak! Tapi penat mengelolakan rumah yang tak boleh tahan! Sekarang ni tengah busy kemas rumah all out sebab dah lama sangat projek mengemas ni tertangguh! Alamari lama yang dah memang menunggu masa nak rebah dan ada gak alamari bilik anak-anak yang dah tak elok, semuanya dah dibuang untuk digantikan dengan built-in wardrobe! Memang banyak nak keluar modal, tapi kenalah usahakan sikit-sikit. Ada rezeki buatlah mana yang patut! So, bila dah penat, hanya sempat masak lauk-pauk yang rutin aje ... lainlah kalau kita ni fofular di kalangan blogger yang lain, buat sambal belacan pun orang tunggu N3 kita kan?

Anyway, dalam hal perkongsian ni, especially bab masak-memasak ni, satu aje yang akak suka ingatkan diri sendiri, biarlah ikhlas! Kalau sedap cakap sedap, kalau tak berapa sedap, pun cakaplah so-so aje, dan kalau memang tak sedap, terus terang! Kadang-kadang kita ni bukannya ada masa sangat nak mencuba masakan tu! Bila baca komen kata sedap, kita pun cuba, tapi hasilnye hampa! Normally kalau akak masak dan rasanye tak berapa nak menjadi sangat, akak jarang nak share, unless kalau akak cuba dari resepi blogger lain dan akak komen seikhlas hati, supaya yang ingin mencuba dapat feedback dari yang telah mencubanya! Berkongsi ilmu tu kan pahala buat kita! Jadi keikhlasan itu penting ....

Sekali dapat berborak, panjang pulak bebel nye ... Ok, just nak share masakan yang dah jadi satu rutin pada akak bila masak asam pedas! Kalau masak asam pedas, tak kira ikan, ayam atau daging, lauk sampingan ni mesti ada! Wajib ada! Kalau tak de macam kureng aje gitu. Resepi ni pun bukanlah baru, dan bukan ciptaan akak! Turun-temurun dari orang tua-tua! Orang biasa masak, cuma kekadang jarang kongsi resepi mudah ni sebab .... senang sangat kut! Ikan bilis goreng cili padi bersama kentang dan bawang ni sedap dimakan juga jika bersama ikan goreng, kuah gulai asam pedas semalam dan sayur goreng (tak kiralah sayur ape pun). Cuma pandai-pandailah adjust nak lebihkan kentang ke, ikan bilis ke, bawang ke, atau kalau suka pedas, lebihkan cili padi. Yang pasti, lauk mudah ni memang pelengkap yang tidak akan menghampakan bila makan dengan nasi, atau meratah pun jadik! Sudi-sudikanlah ye ....

IKAN BILIS GORENG CILI PADI BERSAMA KENTANG DAN BAWANG
  • 1 mangkuk kecil* ikan bilis - cuci bersih dan goreng hingga garing.
  • 3 biji kentang - dikupas kulit, dan potong sederhana kecil, goreng garing.
  • 1-2 biji bawang holland dipotong dadu.
  • 10-15 batang cili padi, cuci bersih dan belah dua. Kalau suka pedas boleh tambah lagi. Ikut suka!
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk perasa
  • Minyak untuk menumis.

Cara penyediaan :-
  1. Panaskan minyak.
  2. Masukkan kentang dan ikan bilis yang telah digoreng garing tadi.
  3. Masukkan bawang, cili padi, garam dan serbuk perasa.
  4. Gaul rata dan masak hingga bawang agak layu sikit.
  5. Angkat dan hidangkan.

* Saiz mangkuk kecil tu biasanya akak guna mangkuk kuah sup macam kat warung tu, yang besar sikit tu. Tapi kalau nak sukat cara sendiri pun boleh gak! Boleh lebihkan mana-mana yang kita suka, contoh ikan bilis ke, kentang ke, bawang ke, lada padi ke ... ikut suka. Suka-suka hati!
 
Senang aje kan! Selamat mencuba!

-InaChomel-

No comments:

Post a Comment