Imej Ihsan Yahoo
Salam sume ....Petang ni masa berlalu terasa sangat lambat!!! Dari jam 5 ptg tadi, sampai sekarang ni baru 45 minit akak mulakan tugas malam untuk bulan ni! Sungguh boring!
Ari ni pun akak masuk pejabat aje dah benggang semacam dengan pengurusan kat sini! Haiii ... bebudak muda sekarang ni, sorry to say ... may be bukan semua yang berperangai macam yang ada kat ofis ni, tapi gara-gara segelintir yang berperangai macam 'bagus' sangat ni, tanggapan orang memberi perspektif kurang menyenangkan buat mereka nih!!! Bukan kerana kita ni pegawai, tapi kalau dah memang itu kerja ngko, boleh tak buat kerja tu dengan sebaiknye. Kalau dah kerja ngko pegawai yang buat, bak mai sini gaji ngko tu! Akak yang kena buat ni pun puas hati, kerja tu akak buat, gaji pun akak dapat! Ni baru kerja macam tu dah tunjuk lagak macam pegawai! Hangin akak hari ni tau!!! Mau ada yang kena herdik ngan akak kalau salah tune! Tak pasal-pasal akak tertinggi suara ngan bos akak hari ni. Yang buat akak benggang tu, ini bukan kali pertama orang yang sama mengada-ngada mengarah semacam kat akak! Dah terkena sekali kita beringat!
Akak selalu pesan kat diri sendiri, kita kalau bekerja dengan siap pun, respect tu kena ada! Kalau kerja dengan orang muda tapi berdedikasi dan berdisiplin, bagi akak tak salah kita yang lebih tua dan senior hormat kepada yang muda! Hormat-menghormati di tempat kerja ni satu perkara penting! Kadang-kadang orang muda boleh hilang hormat kat orang lebih tua kalau kita tak pandai bergaul dengan baik! Rasa akak rules yang sangat mudah! Unless kalau kita ada klik sendiri yang memang dah biasa dengan cara kita bergurau senda dan cara percakapan kita. Itu group kawan yang boleh kita bergurau dan meluang masalah jika kita perlukan orang lain untuk mendengar dan memberi pendapat! Bukan dengan semua orang kita boleh bicara tentang isi hati kita ni kalau tak kena dengan regunye!!!
Kepada yang muda belia tu, beringatlah ... tak rugi pun kita ni kalau pandai hormat kat orang lain! Tak payah nak tunduk-tunduk, senyum pun dah cukup. Kalau pandai berbahasa lebih baik! Hidup ni kena ingat, kalau kita buat baik, InsyaAllah yang datang pun baik! Wallahhualam.
-InaChomel-
No comments:
Post a Comment