Dah agak lama tak bersua ye! Sibuk ngan cuti sekolah, kursus dan tuntutan kerja membuatkan akak pun tak modal nak upload N3 kat blog nih!!!
Petang ni, curi masa sket! This week, 3 days attended course! Heavy topic! Nak muntah pun ada, pening pun bukan takat pening lalat lagi, agaknye pening langgau kut!!!
Minggu ni juga banyak kisah sedih yang akak dengar! Antaranya kisah Abil Fikri yang kehilangan isteri tercinta. Kisah Abil ni akak pernah tonton di TV3 kalau tak silap, dalam program MHI. Ingat2 lupe ler. Tapi ketabahan seorang suami yang sanggup berhenti kerja kerana ingin menjaga isteri yang sedang sakit bukanlah satu pengorbanan kecil. Sungguh bertuah isteri Abil, di saat suka dan duka, suami sentiasa ada di samping memberi sokongan, malah lebih dari itu yang jarang sekali kita dapat lihat sekarang ini! Tadi masa akak baca kisah Abil di Sinar Harian, bergenang jugak airmata ni. Teringat pulak masa akak sakit kelmarin, pakwe akaklah yang jaga akak kat hospital. Makan, pakai, sapu ubat, mandi, tidur dikerusi kat hospital! Kalau diingat2kan semula, memang terasa sayu hati ini! Masa sakit tu, nak pegang sudu untuk suap makanan ke mulut pun tak larat. Rasa segala kudrat dalam diri ini hilang sekelip mata! Bila dah sihat kembali sekarang ni, akak memang tak lupa pengorbanan suami buat akak! Tiada apa akak nak kata selain dari Terima Kasih yang tidak terhingga! Bila dah keluar hospital pun, nak ke sana sini akak gunakan kerusi roda. Jadi bila dah semakin sihat sekarang ni, akak memang rasa sangat bersyukur! Allah masih memberi peluang buat akak bersama dengan keluarga tersayang! Ada ketikanya bila bersembang dengan pakwe akak, selalu teringat cerita masa akak sakit dulu ....
Hari ni pun kat ofis ni ada juga khabar sedih tentang officemate akak yang disahkan mengidap penyakit SLE @ Systemic lupus erythematosus. Sejenis penyakit yang mana sistem imunisasi dalam badan kita menyerang tisu dan organ dalam badan. Itu sedikit maklumat yang akak baca dari internet! .... Ada satu dua lagi cerita sedih, tapi cukup setakat disini.
Rasanya petang ni akak tak nak teruskan lagi dengan cerita yang mengharukan perasaan korang! Tapi wajar kita beringat dengan segenap ruang dan peluang yang Allah masih berikan buat kita. Jangan kita lupa dengan segala nikmat yang telah kita dapat! Syukurlah di atas segala pemberianNya buat kita! Kecil atau besar, kita patut bersyukur!
Ya Allah, syukur di atas rahmatMu buat kami, sesungguhnya kami insan yang sentiasa berbuat silap, semoga Engkau sentiasa memberi petunjuk buat kami dan keluarga kami. Sesungguhnya Engkau maha pengasih lagi maha penyayang. Aku bersyukur di atas limpah rahmatMu buat kami semua ... Amin.
UDANG KARI LADA HITAM
- 1 kg udang - potong muncung dan ekornya, cuci bersih dan toskan.
- 1 paket kecil serbuk kari ikan - dibancuh dengan sedikit air, ketepikan.
- 1 sudu besar bawang putih kisar*
- 3 sudu besar bawang merah kisar*
- 1 sudu kecil halia kisar*
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 2 pelepah daun kari
- 1 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
- 2 keping asam gelugur
- 1/2 paket santan serbuk dibancuh dengan sedikit air menjadi 1 mangkuk kecil santan pekat.
- Garam
- Serbuk perasa
- Minyak
- Air
Cara penyediaan :-
- Panaskan minyak, tumis bahan bertanda * dan daun kari hingga wangi dan garing.
- Masukkan serbul lada hitam, serbuk kunyit, asam gelugur dan rempah kari, kacau rata dan biarkan garing.
- Masukkan udang dan kacau rata.
- Masukkan santan pekat, garam dan serbuk perasa. Gaul rata dan kecilkan api sedikit. Jika terlalu pekat, masukkan sedikit air untuk mendapat sedikit kuah.
- Angkat dan hidangkan.
-InaChomel-
No comments:
Post a Comment