Wahhh ... pagi ni cuaca makin tak menentu kat JB ni! Anak-anak dah mula pakai face mask untuk ke sekolah! jarak penglihatan ketika memandu pun dah semakin kurang kerana jerebu yang agak tebal. Pagi tadi siaran berita di radio pun memaklumkan indek pencemaran udara di S'pore adalah yang terburuk melebihi bacaan tahap 200.
Keadaan cuaca yang dah tak berap sesuai untuk aktiviti luar ini patut kita patuhi untuk mengelakkan keadaan kesihatan yang kurang memberangsangkan. Tapi walu pun jerebu dan cuaca nampak macam mendung, kehangatan panas bila berada di luar bangunan tetap terasa bahangnya! Iman semalam pun tak jadi latihan sukan kat sekolah, cikgu batalkan! So kenalah pandai-pandai mengatur aktiviti luaran dalam keadaan macam ni .....
Ok, this lovely morning, akak nak share resepi mudah untuk sarapan last week! Dah lama tak masak mee hoon ni. Antara sebabnya, my hubby tak suka sangat pasal??? Yeaa ..... betul! Tak pedas! Tapi bebudak suke pasal sesuai dengan selera mereka. Kalau masak mee hoon ni, mesti kena ada lada hijau jeruk .... haaa baru betul lawannye. Makan pun berselera! Dan satu lagi, bila masak mee hoon ni, kena letakkan bawang putih lebih untuk naikkan bau dan rasanye ... Kalau tak pernah cuba, mai ler try! Sedap dimakan berulang-ulang, macam tak sedar jer dah habis sepiring. Sebab tu akak buat untuk sarapan, nanti sambil tengok TV bebudak akan ceduk lagi untuk makan! Tapi mee hoon tak berapa boleh bertahan sampai ke petang, mudah basi! Kalau nak, boleh simpan baki yang ada tu dalam tuuperware dan simpan dalam fridge menjelang tengahari! Well ... jom!
MEE HOON GORENG PUTIH
- 1 bungkus mee hoon, direndam untuk melembutkannya dan toskan.
- Daging / ayam cincang - ikut suka dan kalau suka lebih, boleh letakkan 1 tiub @ 500 gm.
- 4-5 sudu besar bawang putih kisar
- Lada sulah
- 1 batang lobak merak disangat halus
- Udang - akak tak letak pun
- Sawi @ RM1
- Daun sup
- Daun bawang
- Bawang goreng
- Air - lagi sedap kalau guna stok ayam atau stok udang
- Garam
- Serbuk perasa
- Minyak untuk menumis
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau.
- Masukkan daging / ayam cincang kacau rata dan kemudiaan masukkan lada sulah, kacau rata lagi. Jika suka pedas sikit, boleh letakkan cili padi. Lada sulah kalau banyak sangat pun tak sedap, nanti kuah rasa pahit.
- Masukkan garam dan serbuk perasa.
- Masukkan air leboh kurang 1 kole, atau agak-agak nisbah iar tu sama serap aje dengan mee hoon.
- Bila mendidih, masukkan lobak merak dan sawi.
- Masukkan mee hoon dan kacau rata. Biarkan kuah sedikit kering.
- Angakat dan hidangkan dengan lada jeruk, taburan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
- 5 batang lada hijau dipotong bulat sederhana tebal. Kiraikan hirisan lada di dalam tapis untuk buang biji lada.
- Cuka
- Gula
- Garam
- Masukkan lada hijau yang telah diasingkan dari bijinya ke dalam mangkuk yang sesuai.
- Tuangkan cuka anggaran paras permukaan lada dalam mangkuk tadi.
- Masukkan gula dan garam ikut sesedap rasa.
-InaChomel-
No comments:
Post a Comment