Dah sarapan? Ke ada yang berpuasa sempena bulan Muharram ni! Yelah ... esok 10 Muharram, jadi mungkin ada yang berpuasa sunat ari ni dan esok!
Beberapa hari lepas akak ada terdengar di radio Ikim.fm tentang puasa sunat di bulan Muharram, khususnya puasa pada 10 Muharram. Menurut ustaz yang bersiaran pada pagi tu, orang Yahudi pun puasa pada 10 Muharram atas niat dan tujuan tu akak dah lupa. Jadi sebaiknya, bagi umat Islam untuk berpuasa pada 9 & 10 Muharram agar puasa umat Islam itu tidak menyamai puasa orang Yahudi. Wallahhuallam ... kalau tersilap, silalah rujuk kepada yang pakar ye!
Sebut kisah orang Yahudi ni, akak ari tu pun ada terdengar pasal kisah pohon Yahudi atau pokok Gharqad, pohon yang melindungi kaum Yahudi semasa berlakunya perang antara orang Islam dan Yahudi nanti. Dan itu sebab orang Yahudi sekarang ni menanam pokok ini untuk melindungi mereka, kerana kelak di akhir zaman, semua pokok dan batu akan bercakap bahawa ada orang Yahudi yang sedang berselindung di sebalik aku kecuali pohon Gharqad yang hanya mendiamkan diri. Itu aje yang akak boleh kongsikan, akak ni bukan arif sangat, tetapi kalau berminat nak tahu lebih lanjut, bolelah cari dari sumber-sumber yang sahih! Akak google pasal pokok Gharqad ni pun pasal nak tau kisah sebenarnya .... tak tahu kita ambil tahu, bukannya diam buat tak tahu!
Oklah, hari ni nak share masakan simple yang akak rasa sejak akhir-akhir ini dah blurr tak tau nak masak apa! So ari tu akak suruh pakwe beli mee kuning masak Mee Goreng Basah! Mee ni kalau dimasak mesti dimakan segera atau nanti mee ni kembang ... dah tak berapa nak cun untuk ditelan! Biasanye gandingan mantap untuk makan mee ni adalah lada hijau jeruk! Dah lama tak buat lada hijau jeruk, sekali makan ari tu, tangkap sakit kat kaki ni ... gout ke? Jauhkan ... selama ni tak ade penyakit gout! Since masak ala bidan terjun, maka rencah pun tak meriah! Kalau nak meriah bolehlah tambah sotong, udang, ketam dan sebagainya yang sesuai! Ok ... jom lihat resepi mudah yang akak rasa dah beberapa kali juga akak upload kat blog ni!
MEE GORENG BASAH
- 1 kg mee kuning - kalau untuk makan 1-5 orang, boleh kurangkan kepada 500 gm aje.
- Taugeh - RM1.00 - buang helmet hitamnye, kalau rajin boleh petik ekornye sekali.
- Sawi - RM1.00
- Tomato - dibelah lapan
- 1 sudu besar bawang putih kisar
- 4 sudu besar bawang merah kisar
- 6-8 sudu besar lada kering kisar
- 2 sudu besar udang kering - rendam dan tumbuk halus
- Fish cake - dihiris tipis
- Fish ball - dibelah dua
- Udang - buang kepala dan sebahagian kulit badan - akak tak letak
- Sotong - potong bulat - akak tak letak
- Daging - hiris nipis - rebus dahulu hingga empuk kalau nak cepat dan mudah
- 3-4 sudu besar Kicap Manis
- 2 sudu besar - Sos tomato
- 2 biji telur
- Garam
- Gula
- Serbuk perasa
- Minyak untuk menumis
- Air
- Daun sup, daun bawang
- Bawangn goreng
- Lada hijau jeruk
- Panaskan minyak.
- Tumis bahan kisar hingga wangi dan garing.
- Masukkan udang kering kacau rata dan biar seketika.
- Masukkan sos tomato dan kicap manis. Kacau rata.
- Masukkan fish ball, fish cake, udang, daging dan sotong, kacau rata dan biar seketika.
- Masukkan pula telur biar sedikit mengeras, baru dikacau.
- Tambah air ikut tahap basah mee yang kita kehendaki.
- Tambah garam, gula dan serbuk perasa. jangan terlalu banyak sebab dah masukkan kicap manis tadi. Jangan terlalu cair!
- Masukkan mee, sawi dan kacau rata.
- Masukkan tomato dan taugeh. Kacau sekejap aje dan matikan api.
- Hidangkan dengan taburan hirisan duan sup, daun bawang dan bawang goreng. Cedukkan lada hijau jeruk dan sedia untuk dimakan!
- Kalau ada tauhu, goreng 1-2 keping tahu hingga garing dan potong memanjang, taburkan semasa nak makan! Cun nak!!!
- 5 batang lada hijau - dihiris bulat dan saring biji lada dengan tapis.
- Cuka
- Gula
- Garam
Tuangkan cuka sekadar lada terendam sahaja.
Masukkan garam dan gula, kacau rata dan biar dalam 1 jam baru digunakan.
Mesti ada rasa masam dan manis dan rasa pedas dari lada!
Kalau rasa nak berpuka puasa petang ni dengan mee goreng basah, silalah cuba! Makan masa panas-panas, agak-agak lagi 20 minit nak azan Maghrib, bolelah mula menumis, kalau dah siap menumis awal, padam api dulu, lagi 5 @ 10 minit sebelum azan boleh panaskan semula kuah dan dimasukkan mee dan sayuran.
Selamat mencuba!
-InaChomel-
No comments:
Post a Comment