Kejap aje dah ari Jumaat kan? Esok dan lusa jemputan kahwin dah menunggu! Tajuknye, tak yah masak untuk lunch, masak waktu petang aje untuk makan malam!
Biasanye kalau ada jemputan, macam tulah ..... masak ala kadar jer .... Nanti malas nak simpan stok lebihan lauk dalam fridge, dah lama2 nanti ke tong sampah jugak akhirnye .....
Lepas Krismas ni cadangnye akak n family akan ke KL. Insyaallah jika tiada aral, kami nak jalan2 rehatkan minda, dan anak2 pun dah lama tak cuti sama ngan kami. Actually ada sedara kahwin kat Serdang, so ambillah kesempatan ini untuk jalan-jalan sekali .... Cuti sekolah pun dah nak berakhir. Barang keperluan sekolah pun belum sempat beli lagi.
Ok, hari just nak share resepi yang sebelum ni pun akak dah pernah upload kat blog lama akak, tapi tak pe, akak upload sekali lagi. Puff ni akak buat sebelum akak sakit kelmarin, cuma tak sempat nak upload ke blog aje .... senang dan cepat! Jom tengok resepi yang mudah ni ....
CHICKEN SAUSAGE PUFF
- 1 bungkus pastry puff jenama Kawan (saiz 4 x 4)
- 1 biji telur
- Serbuk lada hitam
- 3 batang sosej ayam - belah 2 memanjang, hiris nipis.
- 6 biji kentang - kupas dan potong dadu
- 2 biji bawang - potong dadu
- Carrot - potong dadu
- Serbuk lada hitam
- Daun sup - optional
- 3 sudu besar bawang kisar
- 3/4 sudu besar bawang putih kisar
- Garam
- Serbuk perasa
- 2 sudu besar sos tiram
- Minyak
- Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga garing dan wangi.
- Masukkan kentang dan kacau rata, biar hingga kentang agak empuk.
- Masukkan sosej dan bawang serta carrot yang dipotong dadu, kacau rata.
- Masukkan sos tiram dan daun sup, kacau rata dan masukkan serbuk lada hitam (ikut suka, kalau nak pedas boleh letak lebih sikit).
- Masukkan garam dan serbuk perasa, kacau rata dan jika kentang sudah cukup empuk, angkat dan ketepikan.
- Ambil sekeping pastry puff, kelar sebahagian daripada pastry.
- Bubuh inti pada bahagian yang tidak dikelar.
- Tangkupkan bahagian yang dikelar dan tekan kemas bahagian tepi pastry supaya inti tidak terkeluar. Tekan dengan garpu kecil supaya bahagian tepi kelihatan kemas.
- Sapukan dengan telur dibahagian atas pastry dan tabur dengan serbuk lada hitam.
- Susun pastry dalam loyang yang telah disapukan dengan sedikit minyak.
- Bakar pada suhu 170 darjah C hingga kekuningan. Pastikan oven dipanaskan 15 minit sebelum memasukkan pastry.
Ok senang kan! Akak suka buat puff ni, kekadang buat banyak2 simpan dalam freezer, bila nak makan just keluarkan dan panaskan. Ok, sebelum menutup bicara, kat sini ada gambo Iman dan her cousins di Airport Senai semalam. Anak buah akak ni nak balik Brunei selepas bercuti 1 minggu di Singapore n JB. Enjoy ur weekend! Bye .....
Sedih jer muka masing2, dah tak de geng nak main .....
Dari kiri : Syahirah, Iman & Liyana
No comments:
Post a Comment