Thursday, December 8, 2011

MEE HAILAM & LAGI BUAH TANGAN UNTUK AKAK ...

Salam kepada semua yang masih setia bersama blog akak ni,

Hari ini dah makin sihat walau pun kaki masih tak berapa kuat nak jalan jauh! Alhamdullillah .... syukur masih diberi peluang menikmati kurniaan Allah s.w.t yang maha agung ini.

Pagi ni awal-awal lagi dah datang rezeki kat meja akak. Thanks to Kak Aliah yang menghadiahkan kat akak sekotak coklat jenama Donovans serta pelbagai perisa coklat, buah tangan dari London. Ingatkan dah cukup lengkap souvenir yang akak dapat kelmarin, rupa2nye ada lagi ... Alhamdullillah ... mudah2an  murah rezeki buat mereka yang telah sudi menghadiahkan kat akak pelbagai cenderamata dari London!

Ok, pagi ni nak share resepi mee yang akak masak malam semalam. Tekak masing2 kat umah tu tak selera nak makan nasi .... lagipun akak sejak MC ni dah terikat ngan TV, tu yang bergegas balik kerja nak tonton cerita Tentang Dhia .... dah start tengok episod satu, berjangkit ... tu yang malas nak tonton cite bersiri ni ..... tak leh buat keje lain, asyik teringatkan kat dia aje ..... Sudahnye nak cepat masak jer mee, tapi tak mengecewakan, masing2 nak tukar selera, jadik mee ni laju je masuk mulut masing2!

Ok, jam dah pukul 8++, sat lagi nak start keje, meh nengok resepi ni kalau2 korang nak try masak nanti .... jom!

MEE HAILAM
  • 500 gm mee kuning
  • 2 sudu besar bawang putih kisar
  • 7 batang cili padi - belah 2
  • Sawi
  • Bunga kobis
  • Carrot - di sagat halus
  • Kobis panjang
  • Fish ball
  • Fish cake
  • Daging
  • Udang - akak tak letak, stok tak de
  • Kicap manis - akak guna kicap ABC
  • Kicap pekat
  • Sos tiram
  • Stok air udang atau daging atau ayam - kalau tak de boleh guna kiub pati ayam aje
  • Lada sulah
  • 2 sudu kecil tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
  • Serbuk perasa
  • Garam
  • Gula
  • Minyak untuk menumis
Cara penyediaan :
  1. Panas sedikit minyak. Tumis bawang putih (anggaran 1 sudu besar) hingga wangi. Masukkan mee, gaul rata. Masukkan kicap pekat, kacau rata dan angkat mee, ketepikan seketika.
  2. Panaskan minyak dalam kuali bersih, tumis 2 sudu besar bawang putih hingga wangi.
  3. Masukkan cili padi, gaul rata.
  4. Masukkan daging dan biar seketika. 
  5. Masukkan kicap manis, sos tiram dan kicap pekat. Agak-agak aje sukatannye, kalau kurang, boleh tambah lagi kemudian. Kacau rata.
  6. Masukkan lada sulah, dan kacau rata. Masukkan air stok (><1 liter). Kalau suka banyak kuah boleh dilebihkan.
  7. Biar hingga mendidih. Masukkan fish ball dan fish cake, dan juga udang.
  8. Masukkan semua sayuran. Kalau kurang rasa kicap, boleh ditambah.
  9. Masukkan sedikit garam, serbuk perasa dan gula.
  10. Bila mendidih, masukkan bancuhan air tepung jagung.
  11. Curah kuah ke atas mee yang telah digoreng tadi dan sedia untuk hidangan.
Senangkan! Nampak aje panjang berjela, tapi senang jer nak masak mee ni. Selamat mencuba!

Gambo coklat yang akak sempat snap kat ofis pagi ni --- Thanks Kak Aliah!

-InaChomel-

No comments:

Post a Comment