Disini kisah ku dan dunia masakan ku dikongsikan untuk sama-sama mempelajari ilmu baru! Selamat mencuba dan salam perkenalan buat semua tetamu yang berkunjung ke 'rumah' ku ini. Kalau nak singgah rumah lama akak, silalah berkunjung ke alamat ini ---- http://inachomel.blogspot.com/.
Wednesday, October 3, 2012
BUKU MASAKAN ARWAH CIKGU AWANG! ORANG JOHOR PASTI TAU ....
Salam sume & selamat pagi .....
Dah sarapan? Pagi ni akak dah sarapan awal! Sebab? Biasaler .... kalau masih ada waktu, akak & pakwe akak akan minum awal, malas nak keluar masuk ofis bila matahari sudah mula naik! Lagipun kalau keluar minum jam 10 nanti biasanye ramai orang, nak menunggu makanan yang di'order' sampai punyelah lama .... Tapi kekadang tu keluar jugak jam 10, sebab tak sempat, dah lambat nak slide-in.
Pagi ni akak tak de resepi nak dikongsikan, tapi nak kongsi kisah buku masakan ni ..... Haaa .... buku ni dah lama akak tunggu! Tunggu dirumikan resepi yang ada dalam buku ini. Bagi orang lama especially orang Johor, lebih khusus lagi disekitar JB, nama Cikgu Awang sangat popular sekitar tahun 50an dulu. Kalau tanya akak pun, baru ni lah akak tengok wajah Cikgu Awang dari buku masakan ini. Sebelum ni kenal nama aje, tak pernah tengok pun orangnya.
Tapi ..... kalau zaman mak dan atuk pompuan akak, memang Cikgu Awang ni sangat masyhur sebagai tukang masak khususnya untuk majlis Diraja Johor pada ketika itu. Kata mak akak, arwah atuk pompuan sebelah abah belajar memasak lagi dengan Cikgu Awang nih! Dan, baru-baru ni, kisah penerbitan dan pelancaran buku ini ada disiarkan di rancangan Nona TV3 2 minggu yang lalu oleh cucu-cucu Cikgu Awang. Mak akak pun ada beritau pasal buku ni. Kalau dilihat pada versi asal tulisan jawi buku masakan ini, bahasa dan ayat yang digunakan sangat teratur. Mak dan atuk akak ada buku asal versi tulisan jawi ni, tapi dah lusuh dan koyak serta terbarai helaian mukasuratnya. Akak pun ada juga semak resepi dari buku ini, mencabar seh baca tulisan jawi dulu-dulu. Merangkak-rangkak, maklumlah dah lama dan jarang baca bacaan dari naskhah tulisan jawi walaupun sekolah agama dulu sampai darjah 6!
Yang menarik tentang buku ini adalah mengenai masakan Johor dan masakan orang dulu-dulu yang jarang dapat kita jumpa sekarang ini. Kalau ada punkita jumpa, mungkin bukan resepi asal, telah diubah suai untuk menepati citarasa masa kini. Paling authentic adalah resepi masakan Arab dan Johor yang akak sempat lihat sekali lalu semalam. Mak akak pernah cakap, kalau ikut masakan dari buku Cikgu Awang ni, cara memasaknya sangat berhalus, masak dalam tempoh yang lama supaya masakan tak mudah basi dan warna kuah cantik. Kita sekarang ni bila masak jarang menitikberatkan warna masakan, tapi orang dulu-dulu kalau masak, jenis ikan yang digunakan untuk buat kuah laksa johor misalnye, mesti pilih ikan parang supaya kuah laksa warnanya cantik. Dan sampai sekarang pun, mak akak kalau buat laksa johor memang tak pernah guna ikan selain dari ikan parang yang banyak tulang tuhh!!!
Actually, ni lah first time akak beli barang secara online. Selama ni bila nak beli online macam tak berapa yakin jek!!! Tapi bila buku ni memang tak de dijual langsung di mana-mana kedai buku, akak yakinkan diri beli secara online kerana keinginan yang sangat tinggi untuk memiliki senaskhah buku masakan yang sangat ditunggu hasilnya dalam versi rumi. Kalau versi jawi dulu, sukatannya pun dalam sukatan lama .... kati & tahil! Walaupun moden, namun design background kertas untuk tulisan resepi dalam buku ini seolah-olah kertas lama. Cantik dan sangat antik buku ini pada pandangan akak!
Kepada yang berminat, silalah beli, tak rugi pastinya! RM 130.00 senaskhah. Ilmu dari orang lama sebenarnya bukan senang kita nak dapat, especially dalam bidang masakan. Tak semua orang sudi nak berkongsi dengan kita. Kalau sedap, pasti ramai yang lebih suka berahsia! Akak order hari Jumaat lepas, hari Isnin buku ni dah sampai! Cepatkan!?!
Ok, kalau nak order, silalah ke URL berikut : Nostalgia Meda Selera. Bayar guna kad kredit boleh, bank-in di Affin Bank pun boleh! Yang pasti jangan ketinggalan untuk memiliki buku ini, mungkin hari ini kita bukan orangnye yang rajin memasak, esok lusa mungkin pintu hati kita terbuka untuk mencuba dan pada ketika itu tiada rujukan yang kita nak gunakan sebagai panduan. Maka, dari sekaranglah kita kumpulkan ilmu ini untuk rujukan kita di masa hadapan .... Akak pun sedang mengumpul buku masakan dari masa ke semasa. Nak beli sekaligus mau kopak poket ni .... buku masakan bukannya murah! Yang pasti bila beli buku ambil resit, nanti boleh claim untuk income tax!!!
-InaChomel-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaykum. Saya cuba masuk dalam link utk beli buku ini tetapi tidak berhasil. Ada cara lain utk beli buku ini?
ReplyDelete