Disini kisah ku dan dunia masakan ku dikongsikan untuk sama-sama mempelajari ilmu baru! Selamat mencuba dan salam perkenalan buat semua tetamu yang berkunjung ke 'rumah' ku ini. Kalau nak singgah rumah lama akak, silalah berkunjung ke alamat ini ---- http://inachomel.blogspot.com/.
Monday, October 29, 2012
SYUKUR .... ALLAH MASIH MEMBERI PELUANG BUAT KAMI SEKELUARGA!
Salam sume dan selamat pagi,
Salam Aidil Adha buat semua .... dah terlewat beberapa hari tapi tak pelah .... Kepada yang menjalankan ibadah korban pada tahun ini, sekalung tahniah kerana masih diberi kesempatan dan rezeki dari Allah s.w.t untuk kita berkongsi sebahagian daripada rezeki yang dikurniakan Allah untuk jalan kebaikan!
Pada pagi ini akak suka nak berkongsi kisah kegusaran akak sepanjang minggu lepas untuk renungan bersama ......
Sepanjang minggu lepas, akak memang tak berapa selesa! Gusar dan bimbang aje .... Semuanya kerana pada hari raya aidil adha yang kedua akak akan menjalani ujian mammogram di Hospital Columbia Asia di Nusa Bestari. Perasaan bimbang yang tak dapat nak dibayangkan sangat menghantui diri. Maklumlah, kita orang perempuan ni bila dah menjejak usia 40 tahun perlu lebih berwaspada untuk menjalani kehidupan hari mendatang! Sampaikan raya tahun ni akak tak masak pun, tumpang raya kat umah mak akak!
Tetapi akak sangat bersyukur! Itulah yang kita selalu sebut, bila Allah uji kita dengan ujian, ada rahmat yang kita tak nampak. Masa akak diserang psoriasis tahun lepas, dalam diri akak mula berputik macam-macam benda tentang tahap kesihatan akak! Yang akak tau, akak memang ada hypertention, tapi masih terkawal dengan pengambilan ubat secara berjadul. Lepas pulih dari psoriasis, akak sangat berkobar nak buat ujian mammogram! Puas akak mencari maklumat sana-sini. Sudahnya akak mencari di laman sesawang Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara @ LPPKN. Akak jumpa info tentang pakej tawaran kepada mereka yang ingin membuat ujian ini.
Apa lagi .... akak terus call. Sambutan dari corong telefon sahaja sudah cukup mengujakan akak untuk datang mendaftar! Bila akak sampai sahaja di Klinik Nur Sejahtera LPPKN Nusa Bestari, Johor Bahru, layanan memang cukup baik. Seolah-olah memang sangat dialu-alukan semua orang datang ke sana! Semasa pendafataran, staf yang bertugas berbual dengan akak. Dia beritahu, dari 1000 yang datang untuk buat ujian mammogram, cuba 20 aje orang Melayu! Akak macam tak percaya. Selama ini akak tercari-cari tempat di mana nak buat ujian ini, bila staf tu cakap macam tu, akak rasa tak sia-sia selama ini akak berusaha mencari tempat yang betul untuk dirujuk tentang hal ini!!!
Dalam hati akak berkata ... kenapalah kita ni sebagai orang Melayu tidak mengendahkan kesihatan diri! Lepas register, akak terus dibawa untuk buat oral check-up untuk dirujuk ke Hospital Columbia Asia bagi menjalani ujian mammogram di sana. Balik dari LPPKN akak terus cerita kat mak akak! Dan esoknya akak dapat tahu mak akak pergi ke LPPKN untuk register nama bagi ujian ini. Alhamdullillah ....
Dan ... pada tarikh 27.10.2012, adalah hari sangat-sangat mendebarkan akak. Akak selalu berdoa semoga Allah s.w.t jauhkan kami sekeluarga dari sebarang penyakit merbahaya seperti ini. Akak memang sangat berhasrat untuk menjalani ujian mammogram ini, tapi akak tak pasti sama ada akak cukup kuat semangat untuk menerima keputusan ujian ini! Akak sentiasa memohon pakwe akak mendoakan kesihatan akak dan kuatkan semangat akak! Pakwe akak pun pernah cakap kat akak, kalau dah betul-betul yakin nak buat ujian ni, kena tabah dan terima apa juga keputusan hasil ujian ini ..... Selepas selesai menjalani ujian pada hari Sabtu lepas, akak diminta menunggu hasil ujian dan laporan bertulis dari doktor di hospital tu untuk dibawa ke LPPKN. Apabila dapat aje sampul surat besar berwarna putih, staf perempuan yang buat breast scanning tu terus bagi tau akak ...... Puan, puan boleh hantar result ni ke LPPKN bila-bila masa aje, ok, tak de masalah! Ya Allah ....... macam kelu lidah akak, tak terkata!!! Masuk aje dalam kereta akak terus cium tangan pakwe akak, akak cium pipi dia sambil menangis.Dalam esakan air mata yang dah jatuh berguguran tu, akak ucapkan berbanyak terima kasih kerana dia telah sama-sama mendoakan kesejahteraan kesihatan akak. Pada ketika itu akak teringat kata-kata doktor di klinik kulit HSA semasa akak dalam proses pemulihan kelmarin, kalau tak silap akak doktor tu ada sebut ubat psoriasis yang akak ambil masa tu adalah anti cancer. Lihatlah rahmat yang Allah beri buat akak! Bila akak baca laporan tu, disarankan untuk dibuat ujian ini secara berkala untuk tempoh 1 & 2 tahun lagi. Sekarang tiada, tidak bermakna kita abaikan kesihatan kita. Perlu ambil sikap dan langkah pencegahan dan berjaga-jaga!
Kepada kaum wanita sekelian, ambillah peluang yang diberikan oleh Kerajaan melalui pengumuman budget 2013 yang lalu ...... Ada disebut peruntukkan tentang ujian mammogram secara percuma untuk tahun 2013, cuma akak tak ingat jumlahnya berapa, yang disalurkan melalui Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat! Dan petang ini, InsyaAllah akak akan ke LPPKN untuk hantar hasil ujian .......
Selain dari itu, akak juga buat ujian Pap Smear sehari sebelum puasa kelmarin. Dimaklumkan jika dalam tempoh sebulan tidak dihubungi oleh pihak LPPKN, bermakna tiada masalah. Dan Alhamdullillah ... sehingga kini adalah baik!
Tujuan akak berkongsi kisah akak disini bukanlah untuk mendabik dada yang akak ni bebas dari penyakit merbahaya, tetapi akak ingin menarik minat kaum wanita untuk mengambil peluang yang ada dan peka dengan kesihatan masing-masing. Bagi akak, setiap detik yang Allah kurniakan untuk kita, kita wajar hargainya dengan penuh rasa syukur dan sebagai manusia kita semua tak lepas dari melakukan dosa, maka selagi Allah masih memberi ruang dan peluang kepada kita untuk terus bertaubat dan beramal, ambillah peluang yang Allah berikan ini buat kita. Allah masih sayangkan kita! Sebelum segala nikmat ini ditarik oleh Allah s.w.t., tak rugi jika kita sentiasa saling ingat-mengingati di antara satu sama lain!
Ya Allah .... sesungguh aku sangat bersyukur kerana Engkau masih sayangkan aku dan masih memberi aku peluang untuk terus beramal dan bertaubat! Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui Maha Pengasih dan Maha Penyayang ..... Amin .....
-InaChomel-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment