Wednesday, January 1, 2014

Salam Tahun Baru 2014 ... Semoga Terus Dirahmati ...

Ehsan Google

Salam sume ... 
Alhamdullillah ... kehadiran tahun 2014 masih dapat kita nikmati dengan penuh rasa syukur dan gembira! Semoga tahun 2014 ini membuka lembaran baru dalam kehidupan kita semua untuk terus menghargai limpahan rezeki dan rahmat yang masih Allah berikan buat kita semua! 

Sebenarnya akak lebih suka berbicara tentang perihal anak-anak yang mula bersekolah untuk tahun 2014 dari kisah tahun baru yang banyak menjadi sebutan ramai tentang macam-macam isu yang tidak seronok didengar! Negara maju rakyat makmur .... itu lebih wajar kita semua hargai! Melihat kehidupan masa kini yang semakin mencabar, minda kita semua pun turut tercabar dengan pelbagai isu semasa yang sepatutnya memberi kita kesedaran untuk mencari peluang yang lebih baik, dan bukannya menyempitkan pemikiran kita dengan perkara-perkara yang mendatangkan stress!

Ok! Pagi ni pergi kerja lalulintas berjalan lancar aje walau pun dah mula sesi persekolahan di Johor ni! And this year dah mula cuti hujung minggu Jumat & Sabtu! Ahad dah jadi awal minggu untuk orang Johor! Balik asal macam zaman akak sekolah dulu-dulu! Just kena sesuaikan diri dan tak susah pun! Bukan isu besar! Yang mudah kita permudahkan, jangan dok pening-pening kepala menyusahkan benda mudah! Anak-anak pun excited nak gi sekolah ari ni pasal dah lama tak jumpa kawan sekolah dan nak melaram dengan beg sekolah baru! Tak lama lagi pun anak-anak akan dapat RM100 seorang! Thanks to Najib! Sekurang-kurangnye mengurangkan tanggungan ibubapa! Syukur. Hari ini kita bersyukur akan banyak lagi peluang dan rezeki yang akan Allah limpahkan buat kita! Jangan pandang rezeki tu dalam bentuk wang ringgit sahaja, tapi lihatlah dari pelbagai sudut yang lain .... kesihatan, kegembiraan, kedamaian, ketenangan, kesyukuran dan banyak lagi ... yang penting kita kena pandai menilai nikmat yang diberikan olehNya kepada kita semua!

Akhir kata buat semua yang sudi singgah ke blog akak ini .... 
"Keindahan sambutan kehadiran tahun baru sama ada Masihi mahupun Hijrah tidak akan bermakna kalau kita sendiri tidak menghargai kehidupan yang kita nikmati sekarang!  
Pupuklah sebanyak mana azam yang kita suka, tapi kalau kita sendiri tidak berusaha ke arah untuk mencapai azam itu, usah sibuk mencanang azam tahun baru di sana sini. Biarlah tak ada langsung azam tahun baru, tapi kita masih kekal berusaha untuk berubah menjadi insan hari ini yang lebih baik dari hari semalam!
Jadilah insan yang waras berfikir! 
Jadilah insan yang melihat kelemahan diri sendiri untuk terus maju dan membaiki kehidupan! 
Hidup menyalahkan orang lain tidak membawa sebarang perubahan dalam kehidupan kita, sebaliknya kita sebenarnya sentiasa berada dalam kerugian!  
Jadilah umat Islam yang menjadi kebanggaan dan dihormati oleh semua orang dengan agama, moral, dan peribadi yang mulia. Amin!"

-Ina Chomel-

No comments:

Post a Comment