Nampak gayanye makin lama makin layu aje blog ni .... tuan tanahnye sibuk memanjang sampai tak de masa nak update blog ni!
Permulaan tahun 2014 ni nampaknye memang agak busy dengan macam-macam bende yang tak dijangka! Baru nak tarik nafas lega ... ada jer bende lain yang nak diuruskan! Mengah! Itu istilah orang tua-tua ... penat yang macam tak sempat nak bernafas ... ala-ala macam semput ler tu ....
Dan, seawal tahun 2014 ni pulak akak sedih dengar berita sana sini tentang isu hina menghina antara kaum dan agama sekarang ni .... Mana hilangnye semangat perpaduan yang sekian lama bertapak dalam diri kita? Tak sedarkah kita semua dengan pergaduhan sana sini untuk dijadikan iktibar! Nak tunggu dah huru-hara baru nak menyesal ke???? Paling menyedihkan isu-isu ini terjadi di institusi pendidikan yang kita harapkan dapat memupuk semangat kebangsaan dari kalangan pelbagai kaum. Dah jadi tak percaya pulak sekarang ni dengan orang yang selama ini kita sanjung sebagai insan yang banyak membina budaya harmoni di negara ini.
Kita ingin hidup dalam suasana aman dan harmoni, tapi sayangnye sekarang ni macam dah ramai orang tak hargai kedamaian yang kita kecapi sekarang ni! Sedih ... nak jadikan contoh yang baik pada anak-anak pun dah tak de nilai murninye lagi ... malu sungguh ..... Memang bukan semua bersikap begini, tapi dek segelintir yang bertindak terlalu mengikut perasan dan tidak berfikir panjang, maka inilah padahnye ... so jangan salahkan orang lain kalau diri sendiri tidak menunjukkan contoh yang baik. Nanti barulah kita akan faham kenapa zaman sekarang ni ramai yang tidak mendengar kata, ... sebab, kita sendiri pun tidak menunjukkan etika yang baik untuk dicontohi .... Kalau dulu masyarakat negara ini sangat menyanjungi insan yang mendidik anak bangsa, tapi kalau inilah contoh yang kita paparkan pada masyarakat, wajarkah? Akak bukan nak salahkan sapa-sapa tapi, suasana macam ni dah tak harmoni. Kita hidup berjiran pun bercampur gaul dengan pelbagai bangsa. Kalau keluar rumah masing-masing berpaling muka, kan tak best macam tu.
Kita ni sebenarnye kalau nak berbaik dengan orang sekeliling bukan susah pun! Tak kiralah apa bangsa sekalipun! Paling mudah, kalau ada tanam pokok yang ada kegunaannya untuk memasak macam lada padi, daun kari, daun kunyit, daun pandan, daun selasih dan macam-macam lagilah .... pelawa jer jiran tetangga ambik kalau ada keperluan untuk memasak! Senangkan! Akak pun tanam pokok-pokok ni kat luar kawasan pagar rumah, banyak pahala akak dah dapat tau ... keliling jiran akak ambik hasil yang tumbuh. Paling berjasa pokok cili padi dan pokok daun kari depan rumah akak tu ... ramai dah merasa hasilnye. Ada yang sampai mintak lagi kalau berbuah cilinye, yang mintak benih pokok pun ada! Sepokok cili padi banyak hasilnye, bukan hari-hari pun makan cili padi! Lagipun, memang akak pesan kat jiran tetangga, kalau nak guna ambik aje. Tak terhabisnye makan sekeluarga! Dari rosak dan busuk di pokok, baiklah sedekah ..... buat jeruk cili padi pun sedap, nak buat acar buah pun boleh gak! Kan banyak gunanye tu ...
Dah lama tak bersiaran, banyak lak celotehnye ... Well back to kisah dapur, just want to share something yang dah lama akak cari resepi yang sedap, senang dan tidak cerewet! Tidak cerewet dalam ertikata senang dan bila buat menjadi! Ha .... Cucur Udang! Dari blog Nasi Lemak Lover yang tuan tanahnya bernama Sonia. Memang mudah, goreng pun tak melekat disudip dan yang utama rasanye yang memang sedap. Tak bersisa ... habis licin! Kalau nak cuba, silakan, akak pun akan cuba lagi. Satu adunan ni dapat banyak juga, dalam 20 keping ada kut! Dapatlah kasi sepiring dua kat jiran sebelah dan jiran depan rumah tu.... Cuma akak tambah sukatan air tu sebab adunannya agak pekat, sukar nak ratakan pada permukaan sudip panas masa nak goreng nanti.
CUCUR UDANG
Sumber : Nasi Lemak Lover
- 500 gm tepung
- 20 gm tepung naik sendiri
- 10 gm tepung jagung
- 550 ml air --- akak tambah lagi sikit, terlalu pekat
- 250 gm taugeh - buang helmetnye aje, ekor tak buang, malas!
- 40 gm daun kucai - potong 2 cm panjang
- 1 labu bawang holland - dipotong nipis
- Garam
- Serbuk lada sulah - 1 sudu teh
- Serbuk stok ayam
- Serbuk perasa
- Minyak untuk menggoreng
- 300 gm udang putih - buang kepalanya sahaja
- Satukan semua bahan dalam bekas yang besar kecuali udang. Kacau rata.
- Panaskan minyak dan rendam sama sudip yang akan digunakan untuk membentuk cucur udang nanti.
- Bila minyak dah panas, angkat sudip dan ceduk 2 sudu besar adunan dan ratakan pada permukaan sudip.
- Letakkan udang dan rendamkan semula sudip ke dalam minyak panas tadi.
- Biar seketika dan kemudian barulah diregangkan cucur dari sudip.
- Goreng sehingga kekuningan dan angkat, toskan.
- Buat sehingga siap dan hidangkan dengan sos cili kegemaran anda.
-InaChomel-
No comments:
Post a Comment