Thursday, February 26, 2015

SAYANG MAK, SAYANG SAUDARA, SAYANG LAGI KAT MATA ...... PENANGAN NASI LEMAK!


Salam sayang sume,

Hello .... ari ni dah Khamis ... balik pukul 3.30 petang, esok cuti! Tapi esok akak kerja! Nanti ambik cuti ganti untuk kerja esok! Jangan cite pasal kerja lah ... tak cun! My head got headache, my heart pun macam nak meletup, jalan pun macam jalan atas air aje sekarang ni ... semua rasa pun hado .... sampai dah tak de perasaan dah sekarang nih!!!

Meh cite pasal makan! Kalau cite pasal makan, I always cool aje ... macam ditiup dengan hembusan bayu Selat Tebrau .... nyamannnnn ......

Today, akak nak share resepi nasi lemak! Nasi lemak dah biasa orang buat, cuma nasi lemak ni bukan my feveret! Tapi pasal dah kebuntuan memikirkan apa nak masak, so dari tak de, baiklah ada yang nak ditelan! Kalau my darling, memang suke nasi lemak! Itu pun kalau tengok kat gambo atas nuu, tak cukup syaratnye sebab tak de kacang tanah goreng! Heemmmm dah petang, jangan banyak songeh, balun jer apa yang ada! 

Satu yang akak tak berapa nak suke makan nasi lemak ni, lepas makan pasti ngantuk tahap gaban! Tu yang tak tahan tu, macam ditolak-tolak kelopak mata ni suruh tido! Kalau spesis yang sayang kat mata, memang sesuai sangat makan nasi lemak! Akak pun spesis tu jugak, tapi tengok keadaan ler jugak! Oklah, pada yang nak ubah citarasa tekak, bolehlah cuba ye! Ini resepi dari buku Selera Perdana .... selera VVIP tau!

NASI LEMAK
  • 2 1/2 cawan beras basmathi, cuci bersih. Akak guna cawan plastik sukat beras rice cooker!
  • 3 1/2 cawan santan sederhana pekat. Akak kurangkan jadi 3 cawan aje. Akak guna santan serbuk aje.
  • 1 labu bawang besar dimayang halus
  • 5 ulas bawang putih dimayang halus
  • 1 inci halia diracik macam lidi mancis
  • 2 batang serai diketuk sedikit
  • 3 helai daun pandan disiat-siat dan simpulkan
  • Garam
  • Serbuk perasa
Cara penyediaan :-
  • Masukkan beras yang telah dicuci ke dalam periuk nasi. Akak guna periuk rice cooker aje!
  • Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau rata.
  • Masak atas api sehingga hampir kering.
  • Kecilkan api, tutup periuk dengan tudung periuk dan biar sehingga nasi kering.
  • Bila dan kering, angkat periuk dan boleh sambung untuk panaskan nasi di rice cooker.
SAMBAL TUMIS IKAN BILIS
  • 1 mangkuk ikan bilis, cuci bersih dan goreng garing, kemudian ketepikan. Kalau nak ikanbilis lebih pun boleh, ikut suka!
  • 1 labu bawang holland, dipotong bulat kasar-kasar.
  • 1 1/2 biji bawang besar dikisar halus*
  • 5 ulas bawang putih dikisar halus*
  • 1 inci belacan dikisar halus*
  • 4 senduk lada kering kisar - akak guna senduk kecil aje, boleh ajdust sendiri kalau tak nak pedas @ nak lebih pedas!
  • 1 sudu teh serbuk kunyit*
  • Air asam
  • Gula
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak untuk menumis
Cara penyediaan :-
  • Panaskan minyak.
  • Tumis bahan bertanda * hingga wangi dan garing.
  • Masukkan lada kisar dan gaul rata, dan biar hingga pecah minyak.
  • Masukkan bawang holland dan kacau rata.
  • Masukkan air asam kacau rata.
  • Masukkan garam, serbuk perasa dan gula, kacau rata.
  • Akhir sekali masukkan ikan bilis yang telah digoreng, kacau rata dan biar seketika hingga terbit minyak.
  • Angkat dan hidangkan.

Untuk pernyediaan hidangan, nasi lemak ini sedap digandingkan dengan hirisan timun, telur rebus @ goreng, ayam goreng, ikan bilis goreng dan kacang tanah goreng. Ayam goreng tu akak just goreng drummet segera aje. 

Selamat mencuba!

-InaChomel-

No comments:

Post a Comment