Sunday, July 1, 2012

SPAGHETTI BOLOGNESE

Salam dan selamat malam ....

Dah lama tak hapdet N3 waktu malam macam ni. Sejak dah ada tablet ni, bebudak asyik conquer SIM card akak jer, kecuali bila bateri tablet dah kong king kong, baru boleh guna internet kat laptop ni ....

Bukan tak leh update kat tablet, tapi akak lebih selesa guna keyboard laptop berbanding touch screen di tablet.

Sambil menonton Jom Heboh di TV3, akak menceceh ler kat sini .... sekarang ni Jinbara tengah buat performance dengan lagu hits Patri .... akak suka lagu-lagu Jinbara ni, happening abissss!!!

Minggu ni pun akak tak berapa sihat, asyik bersin aje, batuk dan selsema dah mula menyerang sejak last week lagi. Mana tak batuk, cuaca panas, asyik belasah ais jer kejenye .....

Ok ler ... nak share resepi ulang tayang yang dah lama gak akak tak buat. Si Iman suka sangat, yang lain pun sama gak .... berulang kali dia makan spaghetti ni, tak makan nasi pun tak pe, tengah kemaruk giler asyik melantak menu ni .... Ok, meh ler tengok resepi ni, senang jer .... jom try!

SPAGHETTI BOLOGNESE
  • 1 paket spaghetti - direbus hingga lembut, bilas dan tuangkan sedikit minyak zaitun, gaul rata dan toskan.
  • 1 tin cendawan butang - hiris nipis
  • 3 batang lobak merah - disagat halus atau dipotong dadu
  • 3 biji bawang holland - dipotong dadu
  • 7 biji tomato buah - dipotnong dadu
  • 500 gm daging cincang
  • 1 tin tomato puree (saiz tin susu pekat biasa)
  • 2 sudu besar bawang putih kisar
  • 2 sudu teh serbuk oregano
  • Serbuk lada hitam
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Sedikit gula
  • Minyak untuk menumis
Cara penyediaan :-
  • Panaskan minyak, sebaiknya minyak zaitun, tapi kalau minyak biasa pun boleh.
  • Tumiskan bawang putih dan bawang holland hingga layu dan wangi.
  • Masukkan daging cincang, kacau rata.
  • Masukkan tomato buah, lobak merah, cendawan dan tomato puree. Kacau rata dan biarkan air daging keluar. Jika agak pekat, tambah 1 cawan air atau kurang dari 1 cawan.
  • Masukkan serbuk lada hitam, serbuk oregano, garam, serbuk perasa dan sedikit gula. Kacau rata lagi hingga kuah agak pekat sikit.
  • Angkat dan hidangkan. Untuk kuah spaghetti ini, mesti ada rasa masam dan sedikit pedas dari lada hitam.
  • Untuk hidangan, masukkan spaghetti yang telah direbus lembut tadi dalam pinggan dan cedukkan kuah spaghetti di atasnye dan gaulkan sebelum dimakan.
Kuah spaghetti yang akak masak ni dapat dalam kuantiti yang agak banyak, sesuai untuk 3 paket spaghetti. Akak biasanya akan frozen, bila nak makan cuma panaskan ajer .....

Ke mana dua beranak ni nak pegi? .... Jom, jom, jom, jom, jom heboh, heboh .....

-InaChomel-

No comments:

Post a Comment