Thursday, January 3, 2013

KELEDEK REBUS

Salam dan selamat pagi sume,

Amacam hari kedua anak-anak bersekolah? Bagi yang memulakan persekolahan semalam, hari ni masih lagi sibuk mengaturkan perjalanan bas sekolah anak-anak. Yang baru masuk tahun 1, masih ada segelintir ibubapa yang menunggu anak-anak di sekolah! 

Yang meneruskan sekolah untuk tahun 2 hingga 6, tak de masalah. Tapi yang baru nak mulakan persekolahan bagi tahun 1 dan pra-sekolah, rata-rata ibubapa masih ramai lagi kat sekolah menunggu anak-anak. Biasanya cikgu akan suruh ibubapa balik aje, tinggalkan anak-anak supaya anak-anak lebih berdikari dan mula berkawan dengan rakan-rakan yang baru. Bagi yang pernah mengikuti pra-sekolah di sekolah yang sama, lebih mudah nak memulakan tahun 1 berbanding dengan yang bersekolah tadika di sekolah swasta @ KEMAS. Ini pengalaman akak sendirilah ..... masa Iman masuk tahun 1 dulu, akak cuma hantar sebelah pagi aje sebab nak pastikan kelas dia di mana, dan pada waktu rehat untuk bantu dia beli makanan, sebab pada masa tu dia tak pandai gunakan duit untuk beli barang. Selebihnya Iman dah boleh berdikari sendiri dan tak kekok nak berkawan walaupun ada sebahagiannya adalah kawan yang dia baru kenal!

Tapi sekarang ni ... jangan cakap. Bawak duit RM2 pun dia kata tak cukup sebab dia kata dia kuat makan, nanti dia lapar sebab makanan beli kat kantin dapat sikit aje! Dan semalam, masa hari pertama mula sekolah kat Johor ni, kat sekolah Iman ada 2 orang polis memantau di luar pintu pagar sekolah untuk memastikan keselematan anak-anak yang mula bersekolah. Sebelum ni tak de pun, agaknya baru mula tahun ni kut ..... 

Itulah serba sedikit kisah anak-anak! Kat TV pun selalu fokus kisah permulaan sekolah dengan pelbagai ragam anak-anak yang menangis, gembira dan sebagainya .... 

Tapi semalam masa baca kisah isteri madukan suami kat Harian Metro, akak terpandang kisah seorang kanak-kanak bangsa Cina di Manir, Terengganu yang memulakan sekolah tahun 1 dengan memakai baju kurung dan bertudung! Comel sangat! Begitulah rakyat Malaysia .... pelbagai kaum dan budaya, hidup aman tanpa sebarang rasa curiga. Sopan santun mesti dipelihara, bukannya mudah meniru budaya lain yang belum tentu sesuai dengan nilai dan moral masyarakat kita!

Oklah..... hari ni nak share sesuatu yang sesangat mudah! Dalam cuaca yang asyik hujan aje sekarang ni, makan keledek rebus cicah kelapa kukus memang cun! Kalau orang tua-tua, siap ngan air kopi @ teh lagi. Actually ni N3 yang lama tersimpan dalam folder akak. Keledek ni pun akak beli masa singgah Air Hitam semasa perjalanan balik dari KL tempohari. Sedap, sesekali makan makanan kampung macam ni, berselera!

KELEDEK REBUS
  • 500 gm keledek madu. Cuci bersih, rebus hingga empuk. Tak perlu buang kulit, dan letakkan sedikit garam dalam air rebusan.
  • 1/2 biji kelapa diparut putih. Gaul bersama sedikit garam dan gula, kemudian kukus lebih kurang 15-20 minit untuk mengelakkan kelapa daripada mudah basi.
  • Toskan ubi keledek yang telah empuk. Hidangkan bersama kelapa parut tadi. Kalau tak suka makan bersama kelapa parut, makan keledek rebus ni macam tu aje pun boleh!
-InaChomel-

No comments:

Post a Comment