Selamat pagi .....
Dah serapan sume? Pagi ni perut rasa lapar betul! Tapi tak tau nak makan ape? Sehari dua ni tekak rasa nak makan macam-macam, tapi mati akal, tak tau nak masak apa? Kekadang tekak ni mengada jugak! Macam-macam ada depan mata, tapi semuanye macam tak selera nak telan!
Semalam petang, hujan lebat beserta angin melanda Skudai ni .... fuhhhh dahsyat u! Masa balik dari keje, bersepah dahan pokok patah kat tepi jalan. Kesan tiupan angin yang membawa dedaun kering bertebaran di atas jalan raya menunjukkan betapa kuatnye angin bertiup. Sekali sekala lepas hujan reda, angin bertiup agak kuat walaupun langit telah kembali cerah. Teringat pulak masa menonton berita jam 8 kelmarin tentang ribut tropika Sonamu yang dijangka akan membadai negeri2 di Pantai Timur! Agaknye angin kuat dan hujan lebat semalam tempias ribut ni kot!!! Kat ofis ni aje sorang staf mengalami kerosakan cermin kereta kerana di timpa pelepah kelapa petang semalam! Wahhhh ... kena hati2 sekarang ni! Pastikan korang parking kereta di tempat yang selamat!
Ok ler .... untuk resepi hari ini, akak kongsikan masakan yang dah pernah akak masak sebelum ni ... Spaghetti Olio. Kali ni akak campurkan sosej dan crabstick ... dah itu aje stok yang ada dalam peti sejuk! Dah lama tak masak bende ni, sesekali makan rasa sedap ler pulak. Sedap pada tekak akak ler .... dah jom tengok resepi ni, senang jer .... tengahari ni kalau gi supermarket cari barang ni pun sempat untuk masak dinner malam ni .....
SPAGHETTI OLIO ...
- 1 paket spaghetti (akak guna brand San Remo) - direbus hingga lembut dan toskan. Gaul dengan sedikit minyak selepas ditoskan untuk mengelakkan spaghetti melekat.
- 1/2 biji capsicum merah - dipotong kiub
- 1/2 biji capsicum hijau - dipotong kiub
- 1 sudu besar bawang putih kisar
- 2 biji bawang holland dipotong dadu
- 5 batang sosej - dipotong serong dan sederhana tebal
- 6 batang crabstick - dipotong serong dan sederhana tebal
- 1 batang lobak merah - disagat halus
- Serbuk oregano
- Serbuk lada hitam
- Minyak zaitun
- Garam
- Serbuk perasa
- Panaskan minyak.
- Tumis bawang putih dan bawang holland hingga wangi dan layu.
- Masukkan sosej, lada capsicum dan lobak merak, kacau rata dan biar seketika.
- Masukkan garam, serbuk perasa, lada hitam dan serbuk oregano. Kacau rata dan biar seketika.
- Masukkan spaghetti, kacau rata dan rasa jika kurang garam atau lada hitam atau serbuk oregano, boleh tambah ikut selera masing-masing.
- Akhir sekali, masukkan crabstick dan kacau rata.
- Angkat dan hidangkan.
-InaChomel-
No comments:
Post a Comment