Imej : Ihsan Yahoo
Salam sume,
Tahun baru 2013 sudah menjelma meninggalkan 2012! Hari-hari yang berlalu tetap sama, cuma yang pasti perubahan pada diri kita bagaimana? Masih di tahap yang lama atau, kita semakin matang mengharungi masa depan.
Perubahan bukan semestinya pada tahun baru sahaja! Setiap hari pun kita boleh berubah! Asalkan dalam diri kita ada usaha untuk berubah menjadi insan yang lebih baik dari yang sebelumnya. Kita dituntut untuk menjadi insan hari ini yang lebih baik dari hari semalam. Untuk melakukan perubahan bagi sesetengah orang mudah, dan bagi sesetengah orang yang lain pulak susah! Kita ini diberi pilihan, ingin memilih jalan susah atau memilih jalan yang mudah. Pilihan di tangan kita. Cuma jangan ambil jalan mudah untuk mencapai impian kita. Kadang-kadang kita memang terpaksa melalui jalan sukar untuk berjaya. Tetapi kita kena yakin dan percaya bahawa, kesukaran yang kita harungi kadang-kadang memberi pengajaran buat kita. Dan kita akan lebih menghargainya!
Sepanjang jalan kenangan ..... 2012 merupakan tahun pemulihan buat diri akak! Tapi akak tetap bersyukur! Mengenang kembali suka duka yang kami sekeluarga harungi sepanjang tahun 2012 membuatkan kami bersyukur dengan segala nikmat dan peluang yang masih Allah berikan buat kami sekeluarga! Semoga kami terus tabah dan mensyukuri akan segala nikmat yang dikurniakan buat kami!
Kepada rakan-rakan yang membaca coretan ini, terima kasih di atas sokongan semua. Tanpa pembaca, akak membebel sorang-sorang jer ler kat sini, mencurah rasa hati dan berkongsi suka duka di alam maya.
Salam Tahun Baru juga buat semua. Hari-hari yang mendatang tetap sama, hanya tahun sahaja yang berubah dan usia makin bertambah. Doa buat semua semoga kekal bahagia dan ceria setiap saat dan ketika! Yakin pada kebolehan diri kita supaya kita hidup ceria dan mampu membuatkan orang lain juga gembira!
Wasallam.
-InaChomel-
No comments:
Post a Comment