Imej : Ihsan Yahoo Image
Salam sume dan selamat petang,
Masuk hari kedua tahun 2013, cuaca mendung dan hujan menyambut kehadiran tahun baru! Semoga mendung tidak berterusan .... memberi pula ruang kepada mentari untuk menyinari bumi Allah yang bertuah ini. Kita selalu mengharapkan yang terbaik buat diri kita dan semua yang lain. Mudah-mudahan doa kita buat semua sebagai tanda kita sayang-menyayangi di antara satu sama lain .... Amin .....
Pada petang ini akak nak kongsi satu nukilan yang cukup cantik untuk panduan kita bersama. Nukilan dipersembahkan oleh seorang sahabat semasa akak belajar dahulu, lebih 10 tahun yang lalu ... tetapi akak masih simpan dan dah lama sebenarnya akak mencari, tadi masa kemas ruang kerja kat pejabat ni akak terjumpa semula kertas ini.
Untuk tatapan semua, hayati dan fahamilah bait-bait indah ini untuk renungan bersama .....
Jangankan lelaki biasa
NABI pun terasa sunyi tanpa wanita
Tanpa mereka
Fikiran dan perasaan lelaki akan resah
Masih mencari walau ada segalanya
Apa yang tidak di dalam SYURGA?
Namun ADAM tetap rindukan HAWA
Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok itu
Untuk diluruskan oleh lelaki
Tetapi andainya lelaki itu sendiri tidak lurus ….
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus!
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh ALLAH s.w.t.
Kerana mereka dicipta sebegitu rupa
Didiklah mereka dengan panduanNya
Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta
Kerana nanti mereka akan liat
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan
Kerana nanti mereka akan derita
Kenalkan mereka kepada ALLAH, zat yang kekal
Di situ punca kekuatan dunia
Akal senipis rambutnya, tebalkan ia dengan ilmu
Hati serapuh kaca, kuatkanlah dengan iman
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak
Suburkanlah ia …
Kerana dari situ nantinya
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan
Bisikanlah ke telinga mereka
Bahawa …
Kelembutan bukan satu kelemahan, ianya bukan diskriminasi TUHAN
Sebaliknya di situlah kasih dan sayang TUHAN
Jinakkanlah diri ke jalan ALLAH
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu
Jangan mengharapkan isteri semulia FATIMAH
Andai dirimu tidak sehebat SAIDINA ALI ….
Dan apabila hari ini akak terbaca kisah isteri memadukan suami di Penggaram, Batu Pahat dalam Harian Metro, sesungguhnya kita sebagai manusia janganlah sesekali menentang hukum Allah! Semoga keinsafan berputik dihati mereka yang leka dengan godaan dunia ... InsyaAllah .....
-InaChomel-
No comments:
Post a Comment