Pagi yang indah dan cerah! Start dari semalam, cuaca agak baik kat JB ni! Semalam tak hujan, tapi sekejap mendung, sekejap cerah! Pagi ni pulak, mentari Malaysia terang menyimbah bumi! Mungkin musim hujan dah hampir berakhir agaknye! Maklumlah .... sebelum ni cuaca kerap hujan di sebelah petang. Sinar dan harapan baru untuk seluruh rakyat Malaysia kalau boleh di umpamakan ....
Last week, akak 3 hari tak de kat ofis. Menghadiri kursus yang memeningkan kepala! Penat keluar masuk ofis sebab akak solat zuhur di ofis, kursus pulak di bangunan lain dalam kampus ni! Pun begitu, kisah blogger masih akak ikuti!
Untuk hari ini, akak nak share satu resepi yang terilham semasa akak beli roti kat Jusco Tmn. U! Akak ubah suai ikut selera akak dan akak rasa semua orang pun boleh buat! Senang sesangat! Meh cuba! Dalam cuaca hujan, sedap dapat makan makanan yang ranggup dibakar semasa masih panas-panas.
ROTI INTI BAKAR
- 1 batang roti John - akak guna jenama Daily. Belah dua melintang dan potong kepada 3 bahagian bagi setiap belahan roti tadi.
- Inti - boleh gunakan sebarang inti yang korang suka. Jika guna sardin pun boleh.
- Garlic spread - akak gunakan yang ready made aje.
- 1 biji bawang holland - belah dua dan hiris nipis-nipis.
- Mayonis
- Black pepper sauce
- Parutan keju cheddar
- Crab stick - celur dengan air panas sebentar, toskan dan hiris nipis.
- Sosej - celur dengan air panas sebentar, toskan dan hiris nipis.
- Mentega
Cara penyediaan :-
- Lenserkan dulang pembakar dengan mentega.
- Sapukan garlic spread pada bahagian putih roti yang dipotong tadi.
- Letakkan inti pada bahagian yang disapu dengan garlic spread, ratakan. Taburkan hirisan bawang holland.
- Taburkan hirisan crabstick.
- Picitkan mayonis dan black papper sauce pada bahagian atas taburan crab stick tadi.
- Taburkan parutan keju cheddar dan susun di atas dulang pembakar tadi.
- Ulang proses 3 hingga 6 sehingga habis. Untuk proses 4, boleh taburkan sosej pula untuk sebahagian lagi roti yang masih tinggal. Akak buat 2 jenis, satu bubuh crabstick, satu lagi bubuh sosej, sama banyak jumlah rotinya. Kalau nak combine kedua-duanye pun boleh!
- Bakar pada suhu 200 darjah celcius selama lebih kurang 10-15 minit.
- Siap untuk hidangan.
Selamat mencuba!
-InaChomel-
No comments:
Post a Comment