Dah bermula cuti sekolah dah minggu ni! Kat ofis ni pun dah sunyi sepi sebab ramai yang cuti bawa anak-anak makan angin!
Well untuk cuti sekolah kali ni, memang akak tak dapat nak ke mana-mana pun. Since memang tak sempat nak rancang untuk berjalan-jalan, maka cuti kali ni lebih banyak kepada aktiviti dengan keluarga jer dan kenduri kahwin ....
Hujung minggu yang baru berlalu ni pun sangat busy dengan kenduri kahwin cousin akak kat Bandar Putra Kulai! Lepas tu semalam pun sibuk ke Airport hantar MIL ke Miri. Then dalam masa yang sama ada 2 kenduri semalam. So datang kerja hari ni memang rasa penat semacam jer .... rasa malas nak datang kerja pun ada! Tapi duduk rumah pun tak leh nak buat ape, nanti ada ajer tangan ni gatal nak godak buat kuih ler ... sama aje tak rehat!
This morning akak nak share satu resepi yang akak cuba sebab adik akak dari KL ngidam nak makan! Dah lama tak buat Kacang Phool ni sebab selalunya makan kat Haji Kacang Phool sama ada di Plaza Larkin atau di Larkin Bomba aje ... Tapikan, makan kat kedai tak puas! Masak sendiri lagi best, seisi keluarga boleh rasa! Cumanya, rasa mungkinlah tak sama macam yang dijual oleh Haji Kacang Phool, but .... my darling like this very much!!!! Luv u darling .....
KACANG PHOOL
Kuah :-
- 250 gm daging cincang - cuci dalam tapis dan toskan.
- 1 tin kacang phool - akak guna jenama Kimball - ramas untuk hancurkan kacang, tetapi jangan terlalu hancur.
- 1 tin besar kacang panggang - akak guna jenama Ayam Brand - ramas untuk hancurkan kacang, tetapi jangan terlalu hancur.
- 6 sudu kecil rempah beriyani
- 1 sudu besar bawang putih kisar
- 4 sudu besar bawang besar kisar
- 1 sudu kecil halia kisar
- 2 sudu kecil jintan halus - dikisar halus
- 2 sudu kecil jintan kasar - dikisar halus
- Garam
- Serbuk perasa
- Minyak zaitun untuk menumis
- Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga wangi dan garing.
- Masukkan kedua-dua jenis jintan dan kacau rata lagi dan biar garing.
- Masukkan rempah beriyani yang telah dibancuh dengan sedikit air, kacau rata dan biar sehingga terbit minyak.
- Masukkan daging cincang, kacau rata.
- Masukkan kacang phool dan kacang panggang, kacau rata.
- Masukkan garam dan serbuk perasa. kacau rata lagi. Kalau terlalu pekat, boleh tambah 1/2 cawan air.
- Bila hampir masak, kecilkan api dapur dan biarkan sehingga warna kuah menjadi pekat sikit dan terbit minyak.
- Roti John - akak guna jenama Daily's. Dipotong serong 1 cm tebal. Bakar roti dan bila dah garing sapukan mentega pada permukaan roti.
- 1 labu bawang besar - di potong dadu
- 1 batang lada hijau - dipotong bulat
- Limau kasturi - dibelah dua
- Telur digoreng garing atau jika suka separuh masak aje.
- Cedukkan kuah ke dalam pinggan. Letakkan roti bakar, bawang mayang, lada hijau, limau kasturi dan telur goreng. Perahkan limau kasturi pada kuah, dan sedia untuk dimakan.
No comments:
Post a Comment