Salam sume ....
Hai! Selamat petang. Dah lama tak bersiaran! Rasanye macam tak de bende nak di'share'kan kat sini. Lagi pun rata-rata cite yang hangat masa ni adalah pasal PRU13. So, just read and evaluate by ur own self! Pun akak agak sibuk sket kebelakangan ini dengan banyak perkara kat ofis ni. Tapi masih ikuti kisah masak-memasak blogger di internet!
Petang ni nak share kisah 'kejayaan' akak membuat kiraian kuning telur untuk masakan Udang Mentega yang akak baru aje masak tengahari ni masa rehat solat Jumaat! Betul tak akak cakap, sekali cuba jangan putus asa, nak pandai kena belajar dari kesilapan! Ye ... kesilapan yang lepas, masa akak nak kirai kuning telur ni api agak kuat dan gabra sket masa tu! Macam dalam gambar kat N3 pertama pasal masakan ni. Kali kedua, jadik sket, tapi masih tak secantik yang telah berjaya akak buat macam kat dalam gambo kat atas nuuu .... Apa rahsianye???
Haaa ... kali ni akak buat dengan penuh persediaan! Memula, sediakan penapis dan mangkuk kaca untuk toskan kiraian telur ini dahulu supaya bila dah sedia untuk diangkat dari kuali, tak yah sibuk2 baru nak cari penapis. Keduanya, api tak boleh terlalu kuat dan minyak tak terlalu panas. Api mestilah sederhana, dan minyak tak panas sangat. Ketiga, ketika nak tuangkan kuning telur yang siap dipukul dahulu sebelum digoreng, pastikan tumpuan adalah pada telur yang hendak dicurahkan ke dalam minyak di kuali. Kelajuan jatuhan bancuhan kuning telur mestilah perlahan sambil sebelah tangan lagi sentiasa mengacau minyak yang berada di dalam kuali menggunakan senduk! Keempat, selesai dituangkan bancuhan telur di dalam kuali, pastikan senduk sentiasa dikacau supaya kiraian telur tidak bercantum di antara satu dengan yang lain. Dan kelima, semasa mengacau kiraian telur di dalam kuali, minyak akan berbuih. Bila buih minyak semakin banyak, itu adalah tanda kiraian kuning telur telah masak dan sendukkan telur bersama dengan minyak ke atas penapis yang diletakkan mangkuk kaca di bahagian bawahnya untuk mengetoskan kiraian telur ini dari minyak.
Cubalah! Akak sangat teruja bila melihat hasil kiraian telur ini begitu halus sekali macam halwa semitai! Cuma, kalau akak masak Udang Mentega, memang akak sengaja adakan kuah dari susu cair sebab anak-anak tak suka makan nasi dengan lauk yang kering. Asalnya masakan Udang Mentega ni kering, udang sama serap aje ngan tumisan daun kari, cili padi, bawang putih dan susu cair! Yang tu ikut tekak masing-masing! Yang pasti, akak dah berjaya buat kiraian kuning telur yang halus mulus tu! Well done!
Kalau nak resepi lengkap, silalah ke sini ... hasil yang pertama dahulu. Semua orang dalam rumah akak suka. So dah 3 kali akak masak lauk ni dalam masa 1 bulan!
Selamat mencuba!
-InaChomel-
No comments:
Post a Comment