Tuesday, May 7, 2013

SNOW CHEESE CAKE

Salam dan selamat pagi semua,

Amacam sume? Dah reda dengan angin PRU13? Masih lagi sok sek sana sini pasal keputusan PRU13? Adat pertandingan .... ada yang kalah, ada yang menang kan! 

Walau bagaimanapun ... ada sesuatu yang perlu kita teliti dengan mendalam hasil dari suara rakyat dalam PRU13 kali ini! Khususnya orang Melayu .... bangkitlah untuk membela nasib bangsa sendiri! Tak ada orang dari bangsa lain yang akan menyokong nasib bangsa Melayu kalau tak kita sendiri. Jangan terlalu megah untuk mencapai hasrat hati sampai lupa bumi bertuah yang kita pijak selama ini sangat berharga buat kita semua. Jangan lupa perjuangan kita untuk memerdekakan negara ini dari belengu penjajah! Dulu kita bersusah payah ingin merdeka, jangan sampai bumi Malaysia yang dah lama merdeka ini dijajah semula kerana kita sendiri yang membuatnya 'terjajah'. Walaupun akak lahir selepas merdeka, tapi akak sayangkan bangsa Melayu dan melihat sejarah perjuangan orang dulu-dulu yang bersatu padu! Sayang kalau kita lupa kesusahan masa lalu kerana kita dikaburi dengan kesenangan hari ini. Nak senang bukannya mudah, berpuluh tahun membina usaha dan keringat untuk kejayaan hari ini, namun nak musnahkannya, tak payah ambil masa yang lama, sesaat @ dalam sekelip mata aje, semuanya boleh punah ranah! Penatkan?!? Macam kita selalu membebel kat anak-anak juga .... nak kumpul duit beli sesuatu ambil masa, tapi bila dah dapat apa yang kita nak, kejap aje dah rosak kalau tak pandai dijaga! Itulah analoginya ....

Well, apa yang dah berlalu tetap berlalu. Tak perlu nak meratap hiba, tak ada gunanya. Apa yang penting, kita jangan lagi dibuai mimpi. Jangan kita buat silap lagi! Teruskan usaha semasa masih ada lagi ruang untuk diperbaiki! Jangan sampai terlambat!

Untuk kali ni, just nak share kek yang dah lama ngidam nak buat dan nak makan jugak, tapi last week, a day before election, baru sempat dibuat! Almaklumlah, pakwe akak kerja ngan SPR sempena PRU13, so dia busy buat persediaan di tempat pengundian, so tak ke mana-mana! Kalau tak gatal jer kali ni nak mengajak dia ronda sana-sini! Kek ni, frankly speaking, memang senang giler nak membuatnye, rasanya ... memang sedap, sentiasa mengundang tekak nak makan lagi dan lagi dan lagi ..... teksturnye pun lembut yang amat. Senang cite tak meragam langsung kek ni! Akak buat 2 adunan. Dapat 1 loyang empat segi sama saiz 10 x 10 x 3 dan 1 loyang 8 x 8 x 3. Muai betul!!! 1 loyang tu memang akak khaskan untuk hadiah sebagai tanda terima kasih kepada krew yang bantu akak siapkan projek kat ofis ni ... tak ramai pun, cuma 4 orang aje! Nak buat cream cheese tu pun senang amat! Akak guna food processor jer ... leburkan cream cheese ngan susu pekat, sekelip mata dah siap. Pasal kek ni di'cover' dengan parutan cheese, maka tak susah nak solek permukaan kek ni. Lebih-lebih tu boleh ler solek dengan aksesori lain yang korang suka! Well, tak yah cite panjang, meh tengok resepi yang akak ambil dan CnP dari blog Rahel.

SNOW CHEESE CAKE
Sumber : Rahel

Bahan:
  • 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
  • 100g gula halus
  • 100g tepung hong kong (blue key,super fine boleh juga)
  • 60g tepung jagung (maizena)
  • 50g air sejuk (dari peti sejuk)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu makan ovalet
  • 75g mentega (dicairkan)
Untuk krim:
  • 1 kotak cream cheese philadelphia --- aka guna Tatura aje, itu pun dah sedap ngko!
  • 1/2 tin susu pekat manis ->>k.zai letak 1 cawan (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul-ketul).
Untuk Toping :
  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)
Cara:
  • Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.
  • Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
  • Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang disapu dengan sedikit butter.
  • Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam dengan kepanasan 150'C.
  • Bila sudah masak biarkan sejuk.Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah2 kek supaya menjadi dua bahagian.
  • Sapukan cream cheese di atas separuh kek tadi,kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
  • Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
  • Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi ke seluruh kek sebagai toppingnya.
  • Masukkan dalam peti ais dalam 1-2 jam.Lepas tu baru potong.
Last but not least ... Wake-up Malays.
 
-InaChomel-
 

No comments:

Post a Comment