Dah lama tak upload N3! Masak macam-macam, tapi bila nak upload tu macam tak sempat jer ... Bukan ler sibuk sangat, tapi bila mengadap PC ni teringat banyak bende yang masih tak siap lagi!
Sejak akhir-akhir ni, tabiat menonton drama bersiri dah lekat semula. Sekarang ni tengah syok tengok slot Aksia cerita Teduhan Kasih kat TV3! Rata-rata sekarang ni ramai pengarah yang gemar mengarah drama bersiri adaptasi dari novel terpilih! Sebab dah lama meninggalkan alam 'giler baca novel' maka bila tonton drama kat tv rasa macam best semacam aje, tak boleh nak buat perbandingan dengan tulisan sebenar dari novel asal! Tonton aje dah ras best, inikan pulak kalau baca novel tu sendiri, lagi syahdu .....
Masa zaman sekolah dulu, akak memang 'kaki novel'. Setiap minggu bila pergi bandar JB, mesti gi kedai buku ... masa tu yang fofular kedai buku Johore Central Store @ JCS kat Plaza Kotaraya dan kat Jalan Ibrahim! Kalu pergi kedai buku, paling busuk beli 1 judul, tapi selalunya 2-3 judul akak capai! Ramai novelis fofular masa tu .... Ahadiat Akashah, Shamsiah (tak ingat nama penuhnye ...), Abdul Talib Hassan, Adibah Amin dan beberapa nama lagi yang akak dah tak ingat. Dah macam mini library kat umah mak masa tu! Bila sambung belajar kat IPTA, akak jadi supplier novel untuk kawan-kawan kat kolej, sanggup bawak dari JB ke Shah Alam sebab dia orang nak baca. Dan ada sebahagian daripada novel yang akak beli tu akak tak sempat nak baca sebab kalau baca novel ni tak leh nak berhenti, nanti macam terputus jalan cerita dan mood untuk cerita dalam novel tu pun hilang ......
Tapi sekarang ni bila dah kerja kat library, gedung ilmu yang dilimpahi dengan pelbagai jenis buku, novel dah tak pandang lagi! Hanya pinjamkan untuk anak-anak aje ..... dah tak sempat nak membaca, agenda masak lak lagi keutamaan! Begitulah zaman berubah ... So sekarang ni novel yang ada akak kumpul dari zaman remaja tu kini jadi bacaan anak-anak .....
Mengimbau kenangan silam memang best! Kekadang boleh jadi ketawa sendiri bila mengenangkan perangai masa dulu-dulu yang tak berapa nak semenggah sangat! Itu bahasa orang Johor!
Ok, untuk N3 kali ni akak nak share resepi yang pernah ditayang kat blog ni! Apam dot dot ni akak buat last Sabtu! Teringin nak makan + memang inti ready made yang dah lama akak beli tapi tak cuba sampai sekarang ni, maka akak gagahkan diri untuk membuatnye! Malas nak dot dotkan apam ni, akak buat corak stripe jer .... nasib baik Iman dan Mok tolong isikan inti! Cepat sikit siapnye! Jom tengok resepi ni yang akak ambil dari blogger HanaMemories!
APAM DOT-DOT
Sumber : Hanamemories
Bahan-bahan
- 3 biji telur - dari peti sejuk
- 275 gm tepung gandum
- 220 gm gula halus - hana kurangkan
- 150gm susu segar
- 3 sudu teh baking powder
- 1 sudu kecil ovallete
- Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag) --- akak guna inti kacang merah!
- Pewarna
Cara-cara
- Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
- Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
- Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
- Picitkan blueberry filling secukupnya.
- Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
- Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
- Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
- Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.
No comments:
Post a Comment