Disini kisah ku dan dunia masakan ku dikongsikan untuk sama-sama mempelajari ilmu baru! Selamat mencuba dan salam perkenalan buat semua tetamu yang berkunjung ke 'rumah' ku ini. Kalau nak singgah rumah lama akak, silalah berkunjung ke alamat ini ---- http://inachomel.blogspot.com/.
Monday, June 17, 2013
TREE SPICE RACK & ELEPHANT NAIL CLIPPER ... THANKS!
Salam sejahtera dan selamat pagi ....
Alhamdullillah, masih dapat lagi kita bersua di laman bicara dan kongsi ilmu buat semua! Pagi ni cuaca agak redup! Sejak semalam lagi cuaca kejap redup kejap cerah, sebalah malam pulak hujan! Itu pun akak perasan hujan bila keluar dari AEON Jusco Bukit Indah! Nak jadi cerite, semalam Iman ada tusyen 'ad-hock' untuk maths! Since dia agak lemah sikit dalam subjek Maths, semalam cikgu tusyen suruh Iman datang untuk extra class joined with year 6 students! So dengan berat hati Iman join kelas tu tapi kena beri upah ler ... macam biasa! Actually bila kata ada tusyen semalam, dia nangis tak nak pegi. Ingatkan pasal penat sebab 3 days in a row minggu ni kena hadir tusyen, rupa-rupenye pasal tak dapat tonton Running Man in Thailand di U Channel! Hai .... budak sorang ni bikin pening aje ....
This morning, just nak share present yang akak dapat dari my best friend! Actually ini adalah present for my belated birthday! Unik dan cantik kan! Pop-up spice rack bentuk pokok. Kalau dah cantik tu sayang pulak nak pakai! Ini memang perangai akak, suka simpan benda2 yang dipandang cantik! Paling suka pasal design rak ni yang agak unik dan praktikal di dapur! Memang sesuai untuk cenderamata! Anyway, thanks a lot to Kak Lin @ Haslina Nasir, rakan sejak dari zaman kuliah di UiTM hinggalah sekarang ni, satu tempat kerja! Nama sama, tapi binti lain! Thank u so much, i loike!
Dan yang ini adalah ... cenderamata dari Kak CT, blogger batu lesung yang kerap berjalan dan makan angin sana sini .... Baru balik dari Thailand. Penyepit kuku dengan imej gajah merangkap keychain! Comel jer .... Thanks to Kak CT also. I luv this souvenir!
Setakat ni dah hampir satu kotak besar akak simpan cenderamata dari rakan-rakan yang rajin melancong ke luar negara dan dalam negara! Terima kasih semua ... akan ku kenang tanda mata dari korang ni. Sejak 2 tahun pulih dari sakit ni, aktiviti cuti-cuti makan angin akak memang terhad! Anyway, masih plan nak ke sana sini, hopefully semuanya berjalan lancar. My mind need some rest and avoid stress!
Esok bila dah pencen, sesekali bukak kotak cenderamata ni pasti akan menitis air mata dan senyum sendiri mengingatkan kenangan manis dengan korang ..... That's are my sweet memories knowing all of u .... Thanks my dear friends, thanks everybodies ..... Till then, bye!
-InaChomel-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment