Monday, June 3, 2013

SAYUR CAMPUR ... SIMPLE BUT NICE!

Salam sume,
 
Sejak akhir-akhir ini, akak rasa blogspot ni macam ada sewel sikit bila kita nak upload N3.

Setting asyik lari sana-sini, lepas tu bila upload imej punyelah lama walau pun line internet clear! Hilang sabar jugak ler dibuatnye ..... Tapi kalau tak berblog tu macam ada aje yang kurang! Tang mana tu??? Tang tak leh nak membebel dan mencurah rasa! Kekadang menaip untuk blog ini banyak release my tension u know!

Tapi, itulah antara sebab sejak akhir-akhir ni macam malas nak berblog! Buang masa nak menunggu upload untuk satu-satu N3! 

Entahlah kalau orang lain ok jer .. tapi akak dah tahap boring lah pulak nak upload N3. Mood pun kureennngggg ....

Petang ni pun akak cari masa nak upload N3. Tadi dah dua kali tunggu, slow gilerrrr nak tunggu complete satu-satu imej tu upload! Nasib ler cuma 1 gambo jer, kalau berderet, mau besok baru siap kott!!!!

Masa tengah ok ni, baik akak cite cepat pasal masakan sayur mudah ni! Mudah jer masak sayur ni tapi ... nak upload, macam ler masak sayur ni susah sangat! Tak berbaloi rasanye menunggu masa uploading dengan cara memasak yang sangat simple nih!!!!

Sayur campur ni akak masak hari semalam. Semalam akak ajak mak, abah dan atuk datang dinner kat umah. Saja jer ... dah lama tak berkumpul! Sesekali berkumpul, meriah suasana sambil tonton semi final kedua JDT vs Pahang. Tahniah JDT! Luaskan Kuasamu! Walau pun akak ni bukannya soccer fan, tapi ambik tahu lah jugak pasal perkembangan bola sepak kat Malaysia ni! One thing yang akak tengok secara positifnye sekarang ni, stadium dah mula penuh dengan penyokong pasukan! Good sign! Inilah cara kita martabatkan sukan tanahair. Bukannye dengan bergaduh sana-sini! Tunjukkan semangat kesukanan yang tinggi! Menang kalah adat pertandingan! Yang penting semangat dan sokongan yang padu dari seluruh masyarakat untuk melihat 'Malaysia' ini 'sihat' dari segi 'fizikal' dan 'mental'! Tak paham??? Ntah ... tak reti nak explain macam mana .... moralnye .... Malaysia aman, makmur dan sejahtera! Ke sana ke sini rasa selamat dan gembira!

Dari sayur ke bola pulak! Jom balik ke trek asal! Sayur campur ni akak masak cara simple jer. Itupun masa menonton satu rancangan masakan yang dihoskan oleh Chef Ismail dalam bahasa Inggeris! Simple tapi menarik! Juga baik untuk kesihatan! Dah, jom tengok resepi senang ni ... kalau malas nak masak ... no komen .... sendiri ler lapar ....

SAYUR CAMPUR
  • 1/2 biji kobis hijau, potong kasar-kasar
  • 1 batang lobak merah - potong panjang dan halus seperti lidi mancis
  • 1/2 tin cendawan butang - cuci bersih, toskan dan potong 4.
  • 1 batang lada merah dan lada hijau - hiris serong nipis-nipis.
  • 1/2 labu bawang besar - mayang
  • 4 ulas bawang putih - mayang
  • 1 piring udang putih @ RM 5 - buang kepalanya sahaja, cuci bersih dan toskan. Gaulkan dengan 1 sudu besar gula.
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak zaitun untuk menumis

Cara penyediaan :-
  • Panaskan minyak.
  • Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wanggi dang garing.
  • Masukkan udang dan lobak merah serta cendawan butang, kacau rata.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa, kacau rata.
  • Masukkan hirisan lada merah dan lada hijau.
  • Masukkan kobis, kacau rata dan biar seketika.
  • Angkat dan hidangkan!

Sedap dimakan bersama nasi panas, ikan goreng dan sambal belacan!

Selamat mencuba!

-InaChomel-
 

2 comments: