A very good morning ... dah nak tengahari dah pun!
Cuaca cantik pagi ni. Tapi semalam hujan lebat sebelah petang!
Sekarang ni kat UTM JB sedang berlangsung International Horse Show. Ada macam-macam acara termasuk untuk anak-anak sempena cuti sekolah ni.
Semalam Iman masuk pertandingan Color For Fun. Tak ramai pun ... Menang tempat ke-2 untuk kategori Sekolah Rendah umur 10-12 tahun. Alhamdullillah! At least tak sempat nak cuti kali ni, ada juga yang boleh menghiburkan dia! Dapat jajan 1 beg, pensil dan penggorek 2 set dan adalah sedikit mainan ... tak tau nak expalain apa ke bendenye mainan tu ... tapi kalau tengok, biasa pandang ler, mainan zaman dulu-dulu ala-ala piring terbang! Cuma promosi kurang mantap, ramai yang tak berapa aware event ni ada acara sampingan untuk anak-anak!
Well, just nak share resepi yang akak CnP dari blog Hana. Dah lama tak cuba buat kek coklat. So bila teringatkan resepi ni akak cuba! Itu pun sebab nak celebrate birthday yang tertunda beberapa kali. Cuma gathering keluarga jer .... deco pun simple pasal dah kepenatan masak 4 jenis lauk untuk dinner! Kek ni makin lama disimpan dalam peti ais makin moist dan sedap! Try! Tak mengecewakan. Cuma next time kalau buat lagi kek ni akak nak cuba kaedah membakar di oven pulak! Well, selamat mencuba.
RESEPI KEK COKLAT BERKEJU
Sumber : Hanamemories
Loyang 8inci
Bahan-bahan
- 2 biji telur
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan gula
- 1/2 cawan serbuk koko
- 1/2 cawan minyak masak
- 1 cawan susu cair + 3sb lagi
- 2 sudu besar susu pekat
- 1 sk baking powder
- 1/2 sk soda bikarbonat
- 1 sk esen vanila
- Topping : Coklat Ganache dan Keju Cheddar parut
- Pukul telur dan gula hingga kembang berkrim.
- Masukkan tepung, serbuk koko, baking powder dan soda bicarbonat. Pukul sebati.
- Masukkan susu cair, susu pekat dan esen vanila. Kacau sebati. Akhir sekali masukkan minyak masak. Sebatikan.
- Panaskan kukusan. Sapu loyang dengan butter dan tuang adunan.
- Kukus 40minit. Kemudian sejukkan dan tuangkan topping coklat dan taburkan coklat cheddar yang telah diparut. Potong dan hidangkan.
RESEPI 1
- 1/2 cawan serbuk koko
- 1/4 cawan susu pekat manis
- 1 sb butter
RESEPI 2 ---- akak guna resepi yang ni ...
- 150g coklat masakan
- 120g whipping cream
- 1 sb butter
-InaChomel-
No comments:
Post a Comment