Saturday, December 31, 2011

2011 UNTUK KENANGAN .... 2012 PENUH DEBARAN!

Imej : Ihsan Google
Salam sume,

Entri terakhir 2011!

2011 yang ditinggalkan dengan seribu satu kenangan pahit manis buat kami sekeluarga lalui .... Setelah hampir 2 minggu menyepi diri, akak harap entri terakhir bagi tahun 2011 ni akan dapat mengubat rindu akak pada dunia blog ni!

Sebenarnya mood untuk menulis akak sejak akhir-akhir ini memang agak merosot! Bukan dah jemu dengan dunia blog ni, tapi akak masih dalam kesedihan!

Tak siapa menduga, dugaan yang kami sekeluarga tempuhi! Tapi kami redha dan kami yakin Allah s.w.t lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya ....

Seminggu berlalu .... sebenarnya akak baru sahaja kehilangan bayi berusia 4 bulan dalam kandungan. Seperti yang pernah akak ceritakan sebelum ini tentang pembatalan pemergian akak ke London akibat sakit Psoriasis, punca kehilangan bayi ini ada kaitannya dengan penyakit akak!

Siapa sangka selepas 8 tahun mengambil suntikan perancang atas nasihat doktor kerana faktor kesihatan, tiba-tiba akak disahkan mengandung 2 minggu yang lalu! Panik, terperanjat dan takut, semuanya ada dalam diri akak! First of all, happy sangat sebab mengandung di penghujung usia 30 an, tapi disebabkan akak mengambil ubat Acitretin untuk sakit Psoriasis akak ni, maka akak memang dilarang sama sekali untuk mengandung! Bayi boleh cacat fizikal, kegagalan fungsi otak dan juga jantung sangat besar peluang ini untuk berlaku!

Ya Allah! Besar sungguh dugaanMu buat aku yang lemah ini. Setiap detik akak dihambat rasa sedih dan bersalah kerana tidak peka dengan perubahan diri dan .... tak mampu akak nak cakap lagi, semuanya dah berlalu. Dan atas nasihat doktor, akak terpaksa melalui proses 'termination of pregnancy', dalam ertikata yang lebih mudah, terpaksa gugurkan kandungan! Selepas berbincang dengan suami dan ahli keluarga yang lain, kami memikirkan kesan jangka masa panjang jika hayat anak dalam kandungan ini panjang dan melihat dunia, kami sebagai ibu bapa memang tiada halangan untuk menjaga dan membela, tetapi apa yang kami tak sanggup lalui adalah melihat penderitaan anak ini nanti yang bukan sekejap, tapi sepanjang hayat!

Pada tarikh 24 hb. Disember 2011, tepat jam 5.49 petang, akak telah melahirkan bayi kami. Lebih menyayatkan hati kami, bayi kami adalah bayi lelaki! Sesungguhnya Allah lebih sayangkan dia! Kami redha .... mudah-mudahan pemergian bayi yang suci murni dari segala dosa ini akan lebih mendekatkan diri kami sekeluarga kepada Allah s.w.t! Bayi kami selamat dikebumikan pada pagi 25 hb. Disember 2011 di tanah perkuburan Islam Mahmoodiah. Kami sekeluarga memanggilnya dengan nama Muhammad (Iman panggil Baby Muhammad). Semoga memori 2011 sentiasa menjadi kenangan buat akak dan keluarga, ... dan kehadiran 2012 akan menguatkan lagi semangat kami sekeluarga untuk mengharungi hari-hari mendatang dengan penuh rasa syukur dan keimanan .... Amin .....

Al-fatihah buat bayi kami .....


-InaChomel-

3 comments:

  1. Innalillahiwainnailaihirojiun...Ya Allah, akak x tahu cite langsung pun. Minggu lepas gi holiday..patutlah dah lama tak nampak kelibat.

    Kuatkan semangat, apa yang berlaku ujian dari Allah, Dia yang tahu terbaik untuk diri kita semua.

    ReplyDelete
  2. takziah yer kak...smoga akak tabah melalui dugaan Allah..sesungguhnya agak adelah insan terpilih...kerana ade si kecil yg menanti akak di syurga Allah...

    patutyla akak jrg update yer...

    ReplyDelete
  3. Kak CT : Terima kasih. Kadang-kadang kita tak yakin dengan semangat yg masih ada dalam diri kita, sama ada kita kuat atau tidak. Tapi bila kita diduga oleh Allah s.w.t, dari situlah semangat kita datang dan harungi segala dugaan ini dengan tabah. Doakanlah semoga kita terus diberi hidayah dan kekuatan, kadang2 bila duduk sorang2, meleleh airmata ni ... terima kasih kerana memberi semangat kat kita .....
    Intan : Itu juga kata-kata nurse yang sambut baby akak kelmarin ... sudah ada yang menanti di syurga nanti. Doakan semoga akak tabah menghadapi semua ini dengan rasa syukur dan penuh keimanan. Terima kasih sekali lagi kepada sume yang mendoakan kami sekeluarga ....

    ReplyDelete