Rasanye dah agak lambat nak wish happy new year, tapi baru 10 hari masuk tahun 2012 ... masih muda lagi .... ada 300 ++ hari lagi yang akan kita lalui sepanjang 2012 ni!
Doa akak semoga tahun 2012 dan seterusnye memberi kesejahteraan buat kami sekeluarga, especially dikurniakan kesihatan yang sihat supaya kami sekeluarga dapat mengharungi hari-hari mendatang dengan penuh ketabahan dan kesyukuran. Ya Allah semoga Engkau melindungi kami sekeluarga dan memperkenankan doa kami, dan juga untuk korag sume ... InsyaAllah! Mudah-mudahan kita semua tergolong dikalangan insan yang sentiasa mendapat rahmat dari Allah s.w.t.! Amin .....
OK, rasanye ini entri pertama untuk tahun 2012! Dan hari ni akak baru kerja semula selepas diberi MC seminggu oleh doktor! Nak kata sihat 100%, belum lagi, tapi, alhamdullillah ... syukur kepada Allah, akak masih diberi kudrat untuk datang bekerja hari ini. Walau pun masih ada rasa sakit, especially pada bahagian sendi, tapi mulut akak masih riuh macam biasa! Sakit pada bahagian sendi tu memang biasa hasil dari kesan pengambilan Acitretin! Doktor pun dah pesan, ini salah satu kesannya, jadi lepas ni kena ler gi farmasi cari Vitamin D 600mg sebagai supplement kepada kesihatan akak sekarang ni!
Dalam diam, dah hampir 3 minggu akak berpantang macam orang bersalin lengkap 9 bulan! Nak MC lama-lama pun tak boleh gak! Duduk kat umah fikiran ni asyik fikir yang bukan-bukan aje, kadang-kadang bila duduk termenung tu meleleh air mata ni, terkenangkan apa yang akak lalui sejak akhir-akhir ni! Ehhhh ... meleleh lak airmata ni .... tu yang malas nak cite pasal kesihatan akak sekarang ni..... sedih memanjang!
Key lah, jom cite pasal dapur! Kali ni nak share resepi mudah tapi kita jarang terfikir nak buat sendiri! Akak pun bila dok boring kat umah kelmarin, baru terfikir nak buat sendiri jagung kukus ni. Kalau beli 1 cup tu macam tak cukup jer ... Kepada yang kongsi minat dan citarasa yang sama ngan akak, cuba buat sendiri kat umah, muai dan boleh dimakan sebanyak mana yang korang suka! Jom tryyyy .....................
STEAMED CORN
- 500 gm isi jagung
- Mentega
- Susu pekat
- Sedikit garam halus
Cara penyediaan :
- Panaskan kukus sehingga air mendidih.
- Masukkan isi jagung dalam bekas tahan panas atau jaringan yang sesuai.
- Kukus isi jagung hingga lembut (lebih kurang 10-15 minit).
- Toskan isi jagung dan tuang dalam mangkuk yang sesuai untuk mengaul.
- Masukkan mentega dan susu pekat. Gaul rata.
- Jika kurang masin, tambah sedikit sahaja garam halus.
- Bila siap, cedukkan dalam mangkuk dan hidangkan. Rasa jagung kukus ni mestilah lemak dan manis, jadi agak-gak ler bila masukkan mentega, cuba masukkan 2 sudu besar dahulu sebelum ditambah ikut selera masing-masing!
-InaChomel-
No comments:
Post a Comment