Minggu terakhir bulan September ... kejap aje kan dah nak hujung tahun! Biasanye bila kita sibuk dengan urusan, memang kita lupa masa berlalu dengan pantas! Bila terlalu sibuk pun tak bagus jugak, banyak bende yang relate dengan normal life kita, kita akan missed! Tapi kalau terlalu relaks pun tak best jugak! Macam tak adventure pulak routine life kita ni! So nak yang macam mana ye?
Yang baiknye ... kita boleh seimbangkan kedua-duanye! Akak cakap ni sambil ingatkan diri sendiri jugak! Sejak pulih dari sakit ni dalam masa 2 tahun, akak banyak belajar untuk menghargai diri sendiri! Dulu selalu fikir apa orang akan kata kalau kita buat macam tu, kalau kita buat macam ni ... Tapi sekarang akak banyak fikirkan apa aku akan jadi kalau sakit aku datang kembali! Bunyi macam pentingkan diri sendiri! Tapi akak yakin, perubahan selepas sakit baru-baru ni banyak buat akak lebih bersikap prihatin pada orang lain! Akak ambil jalan mudah .... buat apa yang akak fikirkan akak akan enjoy dan orang lain pun akan suka! Sometimes memang apa yang akak buat tu sungguh memenatkan. Tapi bila jiwa akak rasa tenang, hati gembira dan akak rasa apa yang akak buat tu memberi kebahagiaan kepada orang yang menerimanya ... itu sudah cukup buat akak rasa puas dan tenang! Sebenarnya ... nak mencari ketenangan jiwa ni tak susah ... yang penting niat di dalam diri kita mestilah ikhlas ... Akak selalu ingatkan diri akak, buat apa jua kerja biarlah ikhlas ... kalau datang dari hati yang ikhlas, InsyaAllah yang susah pun jadi senang!
Ok ... sesi terapi masakan minggu ni ... jeng jeng jeng .... yang mudah, tapi melegakan tekak dan mood! Puding kastad. Sebelum ni akak dah publish jugak kat blog ni, tapi apasalahnye buat ulang tayang kan! Or else ... tak de pulak cite nak sembang kat sini! Arkib blog ni pun bertambah! Gambar pun gambar terkini .... One thing yang akak nak kata tentang puding ni, kuah tu ikut selera masing-masing, tapi yang penting tekstur puding tu sendiri. Resepi ni akak dapat dari seorang ahli keluarga yang agak jauh dengan kami, tapi tekstur puding ni memang lembut dan sejak mencuba kali pertama dulu, akak dah tak pilih resepi lain, inilah yang terbaik setakat ini ... Cubalah, tak cuba tak percayakan dengan cakap akak ni kan!!! Yang penting masa masak puding ni, JANGAN sesekali membiarkan adunan puding ini TIDAK dikacau semasa di atas dapur ... or ... tekstur puding ni akan berketul-ketul, tidak licin .....
PUDING KASTAD
Puding :-
- 1 cawan tepung kastard - akak guna Custard Birds
- 6 cawan susu suam - bancuhkan susu pekat dengan air panas suam untuk dijadikan 6 cawan air, suskatan manis ikut citarasa masing-masing.
- 1 sudu teh esen vanilla
- Masukkan tepung kastard ke dalam periuk.
- Masukkan air susu suam sedikit demi sedikit sambil kacau untuk pastikan tepung kastard tidak berbintil dan menjadi cecair yang cantik.
- Masukkan esen vanilla.
- Masak bancuhan tepung kastard di atas api yang sederhana sehingga pekat dan bertali apabila dijatuhkan dari sudip kayu semasa mengacau!
- Bila sudah pekat, angkat segera dan dengan segera sudukan ke dalam acuan yang digemari. Pastikan acuan dibasahkan dengan air terlebih dahulu untuk mudahkan proses mengeluarkan puding apabila telah mengeras nanti.
- Bila selesai, biarkan sejuk seketika sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk untuk proses mengeraskan puding ini sepenuhnya!
- 2 tin susu cair
- 2 tin air - sukatan dari tin susu cair
- 1 tin jagung krim
- 1 tin air - sukatan dari tin jagung krim
- 1 biji telur - dipukul sedikit
- 1 sudu teh esen vanilla
- Gula - ikut citarasa masing-masing
- Garam - jika sukakan sedikit rasa lemak, terpulang, tak letak pun tak pe .....
- 1 tin buah-buah koktel
- Masukkan semua bahan kecuali buah-buahan koktel ke dalam periuk dan masak hingga mendidih dengan api yang sederhana.
- Sentiasa pastikan kuah dikacau.
- Siap dimasak, sejukkan kuah sebelum disejukkan ke dalam peti sejuk.
- Untuk sediakan puding ini, masukkan puding ke dalam mangkuk, tuangkan kuah dan taburkan dengan buah-buahan koktel. Enak dimakan ketika sejuk.
*Nyaman itu bahasa yang biasa disebut oleh anak-anak sedara akak dari Brunei bila dia orang makan sesuatu yang sedap dan menyejukkan ditekak mereka .....
-InaChomel-
No comments:
Post a Comment