Salam sume,
Waahhh ... kali ni kena bawak feather duster ler ... bersawang habis blog ni tak diupdate! Nak kata berehat panjang tu tak jugak! Keje macam biasa ... tapi sibuk tu mengalah orang penting sangat kat ofis ni!!!
Janji nak upload entri biskut raya pun tak nyempat lagi! Lepas cuti raya kelmarin, kat ofis ni memang agak fening sikit dengan pelbagai agenda rasmi dan tak rasmi! Mana sibuk ke hospital untuk check-up, organise jamuan raya ofis, audit yang memening kepala .... mesyuarat yang sehari sampai 2 kali dari pagi sampai ke petang! Weiiiii ... makin lama makin tak efisyen! Well ... tak leh cakap lelebih .... tak pasal lepas ni menganggur plak!!!
Wokeh! Just nak share something yang biasa2 aje .... most likely about jamuan raya lah! Alhamdullillah! this year lumayan jugak ler dapat hadiah cabutan bertuah. Walau pun acara suka2 tapi enjoy dan bebudak ler yang excited sesangat!
Ok, start from beginning .... imej yang atas sekali nu adalah 2 mugs yang akak n hubby dapat semasa Jamuan Raya Persatuan Psoriasis Johor di KSL Hotel. Event tu just for psoriasis patient and spouse. So limited edition punye event, just 30 guests. Hosted by Abbvie. But we shared experience dan something yang hanya pesakit psoriasis sahaja yang faham penderitaannya bila penyakit ni menyerang! Like knowledge sharing session la .... Menu malam tu chinese course walau pun namanye Jamuan Raya. But it's ok, we luv it!!! Mug yang ada lapik pink tu, siap ada magnet tau! That's why sudu nye besi! Sudu pun bentuk love!
Then gambar second image pulak kita orang dapat masa Jamuan Raya Kelab Keluarga our ofis! Yang ni tuah my hubby! Actually my hubby ni boleh dikatakan tiap kali ada event held by club, nama dia memang selalu bertuah! This time dapat set jug and glasses! Biru ... salah satu my feveret color! So ... tambah lagi koleksi kat umah tu .....
Yang ni plak .... akak dapat masa Jamuan Raya kat department akak! Namanye pun acara suka-suka! Yang tukang beli hadiah cabutan bertuah ni akak, yang urus acara cabutan bertuah ni pun akak, bila boss cabut nombor, one of the names aadalah akak! So, morale of the story, kalau kita ikhlas buat sesuatu tu, InsyaAllah mudah dan lapang rezeki buat kita! Memang penat nak urus itu dan ini, but if you feel you enjoy with what comes in your life, then ... nothing yang akan buat you rasa penat but only happiness and joy! Yang ini Iman dah rembat, isi sikat, bedak dan skaf rambut dia!!!
So that's all for now .... luv u ollsss muuaahhh!!!
-InaChomel-
No comments:
Post a Comment