Tuesday, September 27, 2011

SPAGHETTI OLIO

Salam sume ....

Sekali lagi bersua ... cewahhh, macam tak de keje jer ... tadi sibuk nooo kata tgh busy ngan conference!

Tak delah! Ni N3 selingan ..... enjin lum panas lagi nihhh .... nak start buat keje dalam cuaca yang ala2 snow ni memang liat betul!!!

Semalam department akak handle jamuan raya. Akak kena jadik kepalanye fikir apa nak dijamu .... Yang pasti mesti ada menu yang bertemakan raya! So banyak ler yang kita orang dah masak.

Aka punye part masak spaghetti. Menu ni akak yang sendiri pilih sebab senang nak masak ngko! Cewahh ... pandaiiii .... nak masak yang senang jerrr .... Senang2 pun, pukul 4.30 pagi akak dah bangun masak mende ni tau ... sudahnye pukul 1 tghari, akak tido kat meja ni macam orang pengsan! Ngantuk bebenor rasenye, macam setahun tak tido! Akak memang kuat tido pun, pantang jumpa bantal, seminit dua dah jalan dah .... mimpi indah .......

Ok, semalam ramai yang tanya macam mana nak masak bende ni. Senang ajer! Akak kalau masak yang senang2 jer .... janji sodap! Tapi sori ler, gambo tu tak cun sket, pasal ambik masa kat bilik jamuan, tak de masa nak deco2 backdrop yang cantik2! Ok, meh nengok resepi yang senang ni ... lepas ni korang boleh bedal masak 1 bungkus makan sorang2!

SPAGHETTI OLIO
  • 1 bungkus spaghetti - direbus hingga lembut. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak.
  • 2 sudu besar bawang putih kisar
  • 1 - 1 1/2 biji bawang holland - potong dadu
  • 1 batang carrot - potong lidi mancis
  • 2 batang sosej - potong serong setebal 1 cm
  • 4 batang crab stik - potong serong setebal 1 cm
  • 1 mangkuk kecil udang
  • Lada capsicum - merah, hijau & kuning - potong lidi mancis
  • 5-6 biji cili padi - belah dua
  • Lada hitam kisar
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Dried basil leaves -- jenam McCormick
  • Minyak --- kalau tak suka minyak zaitun, boleh guna biasa sawit biasa
Cara penyediaan :
  • Panaskan minyak.
  • Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan bawang holland, cili padi dan goreng hingga layu dan naik bau yang wangi.
  • Masukkan carrot dan sosej, gaul rata.
  • Masukkan udang, garam dan serbuk perasa, gaul rata.
  • Masukkan spaghetti dan lada capsicum, gaul rata.
  • Masukkan crab stick, lada hitam kisar dan dried basil leaves, gaul rata.
  • Angkat dan hidangkan.

Nota - crab stick hendaklah dimasukkan akhir sekali untuk mengelakkannya daripada hancur dan hilang rupa parasnye! Sukatan untuk dried basil leaves --- agak2 jer ler, jangan banyak sangat, agak2 naik baunye dah ok. Kalau lebihkan bawang holland pun ok, rasa manis original dari bawang lagi sedap!

Kat sini adalah gambar menu lain yang terhidang semasa jamuan semalam ....... enjoy the panorama ....

 Nasi impit, sambal tumis udang, samabl tumis ikan bilis dan serunding daging --- ada rendang ayam dan samabl kacang gak, tapi tak sempat snap!

 Mee hoon soto, bergedel dan kat belakang tu my spaghetti!

Sampingan --- Chicken sosej puff (akak buat), cocolate bottom banana square (akak buat), keropok ikan, maruku, buah tembikai, oren, biskut raya dan taufu fa. Ada gak wajik sirat @ kuih kepal (tak de dalam gambo)!

-InaChomel-

No comments:

Post a Comment