Friday, August 3, 2012

ASAM PEDAS AYAM

Salam mesra, selamat bertemu kembali & salam ukhuwah buat semua .....

Hari ni dah 2 minggu kita semua berpuasa yea ... sekejap aje ...

Sehari dua ni cuaca pun cool aje, tak panas sangat dan tak juga hujan lebat. Pagi ni aje mendung, tapi belum pasti akan hujan. Yang pasti Ramadhan kali ini cuaca agak menyebelahi peniaga di bazar. Tahun lepas agak kerap hujan ... yang berniaga air resah, cuaca hujan air sejuk kurang mendapat sambutan. Last year pun kawan2 pak we akak yang baru mencuba nasib berniaga air di bazar ada juga menghantar lebihan jualan yang tak terjual. Kesian kat dia orang .... tahun ni tak de lak bebudak tu meniaga lagi, agaknye bila kira2 balik agaknye tak lepas modal dengan untung dan nak bayar sewa tapak bazar. Tak pe, ada rezeki lain yang menanti, yang pasti kena rajin usaha ......

Hari ni ada masa balik tengahari nanti, jadik boleh le masak awal untuk berbuka! Kalau tak, ari2 meredah jalan jam! Maklumlah bulan puasa semua nak balik awal pasal nak berbuka di rumah. Kalau tak, selama ni jadik penunggu ofis ... kerja tak sudah-sudah, ada aje yang nak disegerakan. Bila tiba Ramadhan, boss pun beri kelonggaran dan menghormati bulan mulia ini .... sikap tolak ansur tu memang kena ada, kalau tak tengok pintu ofis aje dah migrain, belum masuk ofis lagi tuh!!!

Awal pagi tak cite pasal stress, nanti sampai petang mood spoil!!! Toing toing toing toing .............

Meh cite pasal masak-masak ... eee ..... macam bebudak pulak main pondok2! Tapikan bila cite pasal pondok2 ni akak ingat zaman kecik-kecik dulu. Masa tu kami sekeluarga tinggal di batu 4, Skudai Kanan ... bukan Skudai Kanan yang dah tersergam Plaza Angsana sekarang ni, tapi depan sikit, selepas Petronas di Bandar Baru Uda, bersebelahan kedai perabot kat simpang antara menuju ke Larkin dan ke Danga Bay, kat situ ada satu lorong kecil. Rumah kami ke jalan masuk ke dalam sikit dari lorong tu. Memang tak berapa ramai tinggal di sini, tapi kami masa tu kira satu kampung kenal baik dengan kaum cina dan india yang tinggal di situ.

Kat belakang umah mak akak adalah kebun getah, dalam dalam kawasan kebun getah tu ramai kaum cina tinggal kat situ, mereka ada kebun ubi, buah-buahan, keladi, keledek dan macam-macam. Kita orang dulu selalu gi masuk kebun getah ni beli ubi dan petik pucuk ubi. Apek ngan nyonya yang ada kat situ dah kenal dan tiap kali terserempak ngan dia orang ni pasti kita orang bertegur sapa, dari yang tua sampai yang muda ... Apa yang akak nak story kat sini, kita dulu, masa tu keliling rumah akak dihuni oleh sedara-mara, jadik kita orang very close! Time hujung minggu bila tak sekolah, kita orang selalu isi makanan dalam bekas plastik, bawa air minuman sekali, bawa tikar atau suratkhabar lama, gi makan-makan dalam kebun getah. Kebun getah tu, lak tak le menyeramkan, suasana memang best. Jadi kita orang kumpul ramai-ramai dalam 10 orang gitu, bawak bekal masing-masing, makan tengahari dalam kebun getah, tak jauh dari rumah, kalau mak teriak suruh balik pun boleh dengor! Lepas makan kita orang kutip buah getah, kutip cendawan kat batang pokok getah dan macam lagi .... sambil tu kita orang race basikal dalam kebun getah! Eeee ... best tau! Sampai satu ketika bila pendatang dari Indon mula ada kat sini, ada satu kejadian seorang perempuan (isteri kedua) mati kena bunuh dan dibuang kat tepi tebing kebun getah tu ..... start dari situ ler kita orang tak berani nak pergi piknik dalam kebun getah lagi ....

Bestkan kisah dulu-dulu ... itu kisah masa zaman sekolah rendah dulu dah lebih 30 tahun kisah tu berlalu ... sekarang ni tapak ladang getah tu dah jadik rumah pangsa dan rumah kos rendah dikenali sebagai Taman Skudai Kanan di Bandar Baru Uda. Rumah mak akak pun dah berubah wajah dari rumah 3 pintu ke rumah 2 pintu yang disewakan. Yang masih tinggal disitu adalah seorang haji, jiran depan rumah kami ...

Ok, pagi ni panjang lak storynye ... meh jenguk dapur untuk petang nanti, plan nak masak ape yea???

ASAM PEDAS AYAM
  • 8 ketul @ 1 ekor ayam - cuci bersih dan toskan
  • Daun kesum - 50 sen gitu, dipetik dari tangkai cuci dan toskan
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 4 sudu besar bawang merah kisar
  • 8-10 sudu besar lada kering kisar
  • Sedikit belacan
  • Sedikit halia - ditumbuk halus
  • Sedikit lengkuas - ditumbuk halus
  • 2 batang serai dititik
  • 2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 mangkuk kecil air asam jawa
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak untuk menumis
  • Air
Cara penyediaan :-
  • Panaskan minyak.
  • Satukan semua bahan kisar dan bahan tumbuk serta serbuk kunyit dalam mangkuk dan bancuh hingga rata. Masukkan sekali belacan.
  • Tumis serai dan semua bahan ini hingga wangi dan garing.Masukkan serbuk lada hitam dan kacau lagi.
  • Bila dah garing, masukkan air asam, kacau rata dan masukkan ayam. Biar seketika.
  • Masukkan air, garam dan serbuk perasa biar hingga mendidih.
  • Akhir sekali masukkan daun kesum apabila ayam sudah empuk.
  • Padamkan api dan sedia untuk dihidang.

Senag aje kan! Ni masakan orang Johor yang paling femes!!! kalau masak lauk ni, kuah asam pedas tu biasanye sampai 2-3 hari kita simpan dan panaskan bila nak makan semula. Kuah tu buat pencecah jemput-jemput bawang pun sedap tau! Makan ngan roti canai lagi ler best!!! Terangkat bebb!!!! Cuba try masak, tak try tak tau .....

-InaChomel-

No comments:

Post a Comment