Thursday, August 16, 2012

SAMPERIT PANDAN ... LAST KOPEK!

Salam sume,

Wahhhh .... rata-rata blogger dah makin sibuk nampak gayanye .... Post N3 pun dah tak berapa rancak gamaknye ... Satu dua blogger aje yang aktif mempamerkan air tangan masing-masing. Yang lain sibuk agaknye dengan persiapan raya!

Akak pun dah hampir seminggu tak sempat nak update N3 baru. Sibuk uruskan mak dan abah yang beraya di rumah adik akak. Sibuk packing barang dan cari barang yang dipesan adik lelaki akak. Rumah pun tak abis kemas lagi nih! Petang ni pulak ada jiran yang tempah kek marble 3 loyang. Macam lipas kudung ngko, kaki ni sakit gak, tapi kena gagahkan dan kuatkan semangat nihh!!! Esok lak lepas solat Jumaat dah nak balik kampung pak we akak kat Melaka. Agak-agak sampai sana dah hampir nak berbuka. Tengoklah, esok kalau jalan tak sesak dengan kenderaan yang menderu di highway, sempat sampai seperti yang dirancang. Tapi sebelah pagi tu akak akan ke kubur dulu ziarah arwah baby Mohammad. Lepas tu hantar kuih kat umah atuk sedara, singgah umah mak siram pokok dia kejap, then baru balik umah untuk rehat jap. Ramadhan hampir berlalu, Syawal kian menjelang, semoga Ramadhan kali ini memberi kita seribu rahmat dan syafaat buat diri kita dan keluarga. Kepada yang akan pulang ke kampung halaman, berhati-hati ketika memandu, semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju dengan senyuman yang terukir diwajah mereka yang merindui kamu .....

Ok, ini biskut last kopek! Apasal???? Last minute akak buat untuk anak sedara akak di Brunei yang suka kat kuih ni sesangat. Dia gelar biskut ni rainbow biscuits! Sebab ada manik warna-warni tu ..... So akak dah kirim kuih ni thru my mom, harap-harap semuanye ok aje kat sana ....

Well, tanpa membuang masa, marilah lihat resepi dari dapur Naz COSK ni. Biskut yang senang lagi cepat siap!!! Biskut macam ni akak suka buat, sebab???? Senang dan cepat siap!!!

SEMPERIT PANDAN

Bahan A :
  • 200 gm mentega
  • 100 gm gula icing
  • 1 biji kuning telur
  • 1/4 tsp pes pandan (Naz letak 1 tsp pandan emulco)
  • 1/2 tsp pewarna hijau
Bahan B :
  • 250 gm tepung gandum
  • 50 gm tepung jagung
  • 30 gm tepung kastad
Hiasan :
  • Coklat masakan putih dan gula manik 
Cara-cara :
  1. Sebatikan bahan-bahan A.
  2. Masukkan B dan uli rata.
  3. Gunakan acuan dan paipkan adunan. (Naz paip dan potong adunan kepada 1.5 inci setiap satu).
  4. Bakar selama 15 minit dengan suhu 160C.
  5. Sejukkan biskut dan celup hujung biskut dengan coklat putih dan tabur dengan gula manik.
NOTA :
  • Naz tak celupkan ke dalam coklat putih tapi cuma taburkan gula manik sebelum membakar biskut supaya manik-manik tu melekat pada biskut.
-InaChomel-
 

No comments:

Post a Comment