Friday, August 10, 2012

BISKUT CHOCOLATE CHIP FAMOUS AMOS (HOME MADE)

Salam sume,

Amacam semangat nak raya tahun ni? Berkobar-kobar? Ke suram? Ke macam-macam rasa ada? Hummm .... apa pun, sambutan Syawal yang bakal menjelang tiba ni wajar disambut dengan gembira walau apa juga keadaan kita. Sikit ke, banyak ke, sambutan Syawal pasti membuka lembaran baru dalam hidup kita semua. Pada hari inilah kita saling bermaafan, jumpa saudara jauh dan dekat, dan yang paling penting kita mensyukuri atas segala nikmat yang Allah berikan buat kita semua. Saja-saja nak mintak maaf pada bulan biasa nanti orang kata buang tebiat pulak. Jadi ada kesempatan yang baik ni, bermaafanlah kita ....

Oklah, tak nak cakap banyak, nanti ada yang sedih lak baca tulisan akak pagi ni. Tak nak sedih-sedih, ceria ok!

Seperti yang dijanjikan, today satu lagi resepi untuk dikongsi bersama. Kali ni masih diceduk resepi ni dari dapaur Naz COSK. Memang sedap biskut ni. Kalau banyak kacang lagi sedap. Nak lagi sedap, letak kekacang yang mahal-mahal tu ... macam hazelnut, gajus, pecan dan sebagainya .... Akak cuma letak kacang tanah besar aje sebab kacang tu akak dah lama beli, bimbang rosak pula, dah membazir .... Kacang tanah pun sedap gak bila dah jadi biskut macam ni tau .... Bebudak ler feveret ngan biskut coklat macam ni! Cuma biskut ni resepinye taklah semanis biskut Famous Amos tu ... Try ler, tak rugi .... bak kata Naz pada penghujung coretan respi ni, setahun dia rugi sebab tak cuba buat biskut nih!!! Tengok! Betapa rugi korang kalau tak try buat! Baik korang try!!!!

Ok, disini akak CnP aje dari blog Naz .... terima kasih Naz kongsi resepi yang sedap ni ... akak panjangkan pulak respeinye kepada yang lain untuk mencuba ....

BISKUT CHOCOLATE CHIP FAMOUS AMOS (HOME MADE)

Bahan-bahan ayak :
  • 280 gm (2 1/4 cawan) tepung gandum
  • 10 gm (3 tsp) serbuk koko
  • 2 Tbsp tepung jagung
  • 1/2 tsp soda bikarbonate
  • 2 Tbsp susu tepung
  • Secubit garam
Bahan-bahan lain :
  • 250 gm mentega
  • 150 gm gula kastor
  • 1/2 tsp asen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 100 gm (1/2 cawan) coklat chip
  • 100 gm sebarang kekacang(walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis - optional
Cara-cara :
  1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
  3. Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
  4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
  5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan.  Susun di atas dulang pembakar. PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT-RAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN.
  6. Bakar pada suhu 160 C selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda.
  7. Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
NOTA DARI NAZ :
  • Naz tak letak pun kekacang atau kismis di dalam adunan kerana dengan coklat chip saja pun dah MELETOPZZZZ rasa biskut ni. Lagi pun Husna tak berapa gemar makanan yang ada kekacang di dalamnya.
  • Rasanya kalau nak letak kekacang di dalam adunan, elok dikurangkan coklat cip sedikit kerana satu keping biskut ni, penuh dengan coklat cipnya. Cadangan Naz: 50 gm coklat cip dan 50 gm kekacang.
  • Cubalah buat biskut ni.. Tak rugi mencubanya.. Kalau tak cuba dah rugi macam Naz(setahun Naz rugi tu).
 -InaChomel-

No comments:

Post a Comment