Thursday, August 9, 2012

BISKUT NESTUM

Salam,

Sebelum melabuhkan tirai blog untuk hari ini, kebetulan ada masa ni, akak nak share satu lagi resepi biskut raya yang pada akak tak kurang hebat dari segi rasanye!

Kali ni akak ronda kat blog Naz pulak dari Cute Oven Small Kitchen. Dah agak lama akak cari resepi biskut nestum ni, tapi kebetulan ari tu terjumpa di blog Naz, terus aje akak print resepi ni.

Memang mudah, dahlah tu, sedap pulak! Petua dari akak, kalau nak sedap lagi, potongan ceri untuk hiasan tu bior besor sikit, lagi sedap ngko. Biskut ni muai dan akak memang buat banyak ari tu sebab nak beri mak dan mertua sikit. Jadi puas le makan biskut ni semasa membakar ari tu .... Tulah untungnya buat biskut sebelum puasa, dapat makan yang baru siap dibakar .... ceiittt ... macam bebudak ler pulak!!!

Yang pasti, korang memang takkan nyesal punye kalau buat biskut ni! Nak lihat yang Naz buat, silalah ke blog Naz disini!

Ok, ler, esok jumpa lagi dengan 2 lagi resepi biskut kalau akak sempat upload yea .... Petang ni nak gi collect cakui yang pakwe akak tempah untuk hantar ke masjid, untuk morei nanti, ari ni giliran penghuni jalan @#%&* kena sumbang makanan untuk morei! Jumpa esok ...... yang ni versi CnP aje ....

CRUNCHY NESTUM COOKIES (BISKUT NESTUM RANGUP)
RECIPE BY : Naz @ COSK
Bahan-bahan A :
  • 1 cawan tepung gandum - ayak
  • 1 1/2 tsp serbuk penaik - ayak
  • 2/3 - 1 cawan bijirin NESTUM original - dikisar halus
  • 1 cawan bijirin NESTUM original - tak perlu dikisar
Bahan-bahan B :
  • 125 gm butter
  • 1/2 cawan gula kastor (boleh kurangkan 1-2 Tbsp untuk kurangkan sikit rasa manisnya)
  • 1 tsp esen vanilla
  • 1 biji telur gred A @ B
Bahan-bahan C (untuk hiasan) :
  • Bijirin NESTUM secukupnya - letakkan di dalam sebiji pinggan
  • Buah ceri yang dipotong kecil
1. Golekkan bebola ke dalam bijirin nestum.
2. Susun di atas dulang pembakar.
3. Tekan bebola dengan garfu dan kemudian tekan potongan ceri di atasnya.
4. Biskut yang telah dibakar. 
Cara penyediaan :
  1. Satukan semua bahan A ke dalam sebuah mangkuk. Ketepikan.
  2. Di dalam mangkuk pengadun, pukul butter dengan gula hingga sebati. Masukkan esen vanilla dan telur dan terus memukul hingga sebati lagi.
  3. Masukkan bahan A ke dalam bahan adunan dan uli hingga membentuk doh yang lembut. Balut doh dengan plastik pembalut dan simpan ke dalam peti sejuk selama 20 minit.
  4. Keluarkan adunan dari peti sejuk. Cubit sedikit adunan dan bulat-bulatkan menjadi bebola. Golekkan bebola-bebola ini di dalam pinggan berisi bijirin nestum. 
  5. Susun bebola-bebola ini di atas dulang pembakar yang telah dilapik dengan kertas kalis minyak. Tekan sedikit bebola-bebola ini dengan hujung garfu agar leper sedikit. 
  6. Ambil buah ceri dan tekankan di tengah-tengah doh sebagai hiasan.
  7. Bakar biskut di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 20-25 minit atau sehingga biskut bertukar warna menjadi perang. Sejukkan biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
 -InaChomel-

No comments:

Post a Comment