Thursday, August 16, 2012

SAMPERIT PANDAN ... LAST KOPEK!

Salam sume,

Wahhhh .... rata-rata blogger dah makin sibuk nampak gayanye .... Post N3 pun dah tak berapa rancak gamaknye ... Satu dua blogger aje yang aktif mempamerkan air tangan masing-masing. Yang lain sibuk agaknye dengan persiapan raya!

Akak pun dah hampir seminggu tak sempat nak update N3 baru. Sibuk uruskan mak dan abah yang beraya di rumah adik akak. Sibuk packing barang dan cari barang yang dipesan adik lelaki akak. Rumah pun tak abis kemas lagi nih! Petang ni pulak ada jiran yang tempah kek marble 3 loyang. Macam lipas kudung ngko, kaki ni sakit gak, tapi kena gagahkan dan kuatkan semangat nihh!!! Esok lak lepas solat Jumaat dah nak balik kampung pak we akak kat Melaka. Agak-agak sampai sana dah hampir nak berbuka. Tengoklah, esok kalau jalan tak sesak dengan kenderaan yang menderu di highway, sempat sampai seperti yang dirancang. Tapi sebelah pagi tu akak akan ke kubur dulu ziarah arwah baby Mohammad. Lepas tu hantar kuih kat umah atuk sedara, singgah umah mak siram pokok dia kejap, then baru balik umah untuk rehat jap. Ramadhan hampir berlalu, Syawal kian menjelang, semoga Ramadhan kali ini memberi kita seribu rahmat dan syafaat buat diri kita dan keluarga. Kepada yang akan pulang ke kampung halaman, berhati-hati ketika memandu, semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju dengan senyuman yang terukir diwajah mereka yang merindui kamu .....

Ok, ini biskut last kopek! Apasal???? Last minute akak buat untuk anak sedara akak di Brunei yang suka kat kuih ni sesangat. Dia gelar biskut ni rainbow biscuits! Sebab ada manik warna-warni tu ..... So akak dah kirim kuih ni thru my mom, harap-harap semuanye ok aje kat sana ....

Well, tanpa membuang masa, marilah lihat resepi dari dapur Naz COSK ni. Biskut yang senang lagi cepat siap!!! Biskut macam ni akak suka buat, sebab???? Senang dan cepat siap!!!

SEMPERIT PANDAN

Bahan A :
  • 200 gm mentega
  • 100 gm gula icing
  • 1 biji kuning telur
  • 1/4 tsp pes pandan (Naz letak 1 tsp pandan emulco)
  • 1/2 tsp pewarna hijau
Bahan B :
  • 250 gm tepung gandum
  • 50 gm tepung jagung
  • 30 gm tepung kastad
Hiasan :
  • Coklat masakan putih dan gula manik 
Cara-cara :
  1. Sebatikan bahan-bahan A.
  2. Masukkan B dan uli rata.
  3. Gunakan acuan dan paipkan adunan. (Naz paip dan potong adunan kepada 1.5 inci setiap satu).
  4. Bakar selama 15 minit dengan suhu 160C.
  5. Sejukkan biskut dan celup hujung biskut dengan coklat putih dan tabur dengan gula manik.
NOTA :
  • Naz tak celupkan ke dalam coklat putih tapi cuma taburkan gula manik sebelum membakar biskut supaya manik-manik tu melekat pada biskut.
-InaChomel-
 

Friday, August 10, 2012

SWISS RING


Salam sume,

Yang kedua untuk hari ini .....

Akak dah janjikan semalam nak share 2 resepi hari ini. Biskut ni adalah biskut tradisi mak akak. Tiap tahun dia mesti buat biskut ni!

Resepi ni diambil dari majalah Wanita keluaran tahun 80an dulu. Akak pun dah tak ingat tahun bila. Tapi biskut ni memang sedap. Rasa lemak dan manisnye seimbang. Cuma kena pandai adjust tepung sebab resepi asal biskut ni memang lembik giler. Kena tambah tepung naik sendiri sikit demi sikit asal boleh dicanai doh tu ...

Satu lagi, biskut ni bila dibakar akan mengembang, jadi kalau nak cuba, silalah pilih acuan yang saiznye kecil. Dan sapukan loyang dengan butter supya mudah ditanggalkan, sebab biskut ni agak rapuh.

Kepada yang ingin mencuba, akak sertakan resepi kat sini. So, takat ni aje resepi biskut raya kak, jadi 5 jenis biskut tahun ni. Yang lain kuih goreng-goreng akak beli aje ..... Selamat mencuba!

SWISS RING
Sumber : Majalah Wanita

Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung kotak @ tepung naik sendiri
  • 1 cawan tepung kastard
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan mentega
  • 2 butir kuning telur
  • 1 butir kuning telur – untuk sapuan bahagian atas biskut
  • Badan hiris untuk hiasan
Cara-cara
  • Gaulkan mentega dan gula.
  • Masukkan tepung kotak dan tepung kastard.
  • Canai dan terap. Sapu kuning telur dan hias dengan hirisan badam
  • Adunan jika lembik, tambahkan tepung kotak sedikit-sedikit sehingga menjadi doh yang tidak melekit lagi.
-InaChomel-

BISKUT CHOCOLATE CHIP FAMOUS AMOS (HOME MADE)

Salam sume,

Amacam semangat nak raya tahun ni? Berkobar-kobar? Ke suram? Ke macam-macam rasa ada? Hummm .... apa pun, sambutan Syawal yang bakal menjelang tiba ni wajar disambut dengan gembira walau apa juga keadaan kita. Sikit ke, banyak ke, sambutan Syawal pasti membuka lembaran baru dalam hidup kita semua. Pada hari inilah kita saling bermaafan, jumpa saudara jauh dan dekat, dan yang paling penting kita mensyukuri atas segala nikmat yang Allah berikan buat kita semua. Saja-saja nak mintak maaf pada bulan biasa nanti orang kata buang tebiat pulak. Jadi ada kesempatan yang baik ni, bermaafanlah kita ....

Oklah, tak nak cakap banyak, nanti ada yang sedih lak baca tulisan akak pagi ni. Tak nak sedih-sedih, ceria ok!

Seperti yang dijanjikan, today satu lagi resepi untuk dikongsi bersama. Kali ni masih diceduk resepi ni dari dapaur Naz COSK. Memang sedap biskut ni. Kalau banyak kacang lagi sedap. Nak lagi sedap, letak kekacang yang mahal-mahal tu ... macam hazelnut, gajus, pecan dan sebagainya .... Akak cuma letak kacang tanah besar aje sebab kacang tu akak dah lama beli, bimbang rosak pula, dah membazir .... Kacang tanah pun sedap gak bila dah jadi biskut macam ni tau .... Bebudak ler feveret ngan biskut coklat macam ni! Cuma biskut ni resepinye taklah semanis biskut Famous Amos tu ... Try ler, tak rugi .... bak kata Naz pada penghujung coretan respi ni, setahun dia rugi sebab tak cuba buat biskut nih!!! Tengok! Betapa rugi korang kalau tak try buat! Baik korang try!!!!

Ok, disini akak CnP aje dari blog Naz .... terima kasih Naz kongsi resepi yang sedap ni ... akak panjangkan pulak respeinye kepada yang lain untuk mencuba ....

BISKUT CHOCOLATE CHIP FAMOUS AMOS (HOME MADE)

Bahan-bahan ayak :
  • 280 gm (2 1/4 cawan) tepung gandum
  • 10 gm (3 tsp) serbuk koko
  • 2 Tbsp tepung jagung
  • 1/2 tsp soda bikarbonate
  • 2 Tbsp susu tepung
  • Secubit garam
Bahan-bahan lain :
  • 250 gm mentega
  • 150 gm gula kastor
  • 1/2 tsp asen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 100 gm (1/2 cawan) coklat chip
  • 100 gm sebarang kekacang(walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis - optional
Cara-cara :
  1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
  3. Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
  4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
  5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan.  Susun di atas dulang pembakar. PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT-RAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN.
  6. Bakar pada suhu 160 C selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda.
  7. Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
NOTA DARI NAZ :
  • Naz tak letak pun kekacang atau kismis di dalam adunan kerana dengan coklat chip saja pun dah MELETOPZZZZ rasa biskut ni. Lagi pun Husna tak berapa gemar makanan yang ada kekacang di dalamnya.
  • Rasanya kalau nak letak kekacang di dalam adunan, elok dikurangkan coklat cip sedikit kerana satu keping biskut ni, penuh dengan coklat cipnya. Cadangan Naz: 50 gm coklat cip dan 50 gm kekacang.
  • Cubalah buat biskut ni.. Tak rugi mencubanya.. Kalau tak cuba dah rugi macam Naz(setahun Naz rugi tu).
 -InaChomel-

Thursday, August 9, 2012

BISKUT NESTUM

Salam,

Sebelum melabuhkan tirai blog untuk hari ini, kebetulan ada masa ni, akak nak share satu lagi resepi biskut raya yang pada akak tak kurang hebat dari segi rasanye!

Kali ni akak ronda kat blog Naz pulak dari Cute Oven Small Kitchen. Dah agak lama akak cari resepi biskut nestum ni, tapi kebetulan ari tu terjumpa di blog Naz, terus aje akak print resepi ni.

Memang mudah, dahlah tu, sedap pulak! Petua dari akak, kalau nak sedap lagi, potongan ceri untuk hiasan tu bior besor sikit, lagi sedap ngko. Biskut ni muai dan akak memang buat banyak ari tu sebab nak beri mak dan mertua sikit. Jadi puas le makan biskut ni semasa membakar ari tu .... Tulah untungnya buat biskut sebelum puasa, dapat makan yang baru siap dibakar .... ceiittt ... macam bebudak ler pulak!!!

Yang pasti, korang memang takkan nyesal punye kalau buat biskut ni! Nak lihat yang Naz buat, silalah ke blog Naz disini!

Ok, ler, esok jumpa lagi dengan 2 lagi resepi biskut kalau akak sempat upload yea .... Petang ni nak gi collect cakui yang pakwe akak tempah untuk hantar ke masjid, untuk morei nanti, ari ni giliran penghuni jalan @#%&* kena sumbang makanan untuk morei! Jumpa esok ...... yang ni versi CnP aje ....

CRUNCHY NESTUM COOKIES (BISKUT NESTUM RANGUP)
RECIPE BY : Naz @ COSK
Bahan-bahan A :
  • 1 cawan tepung gandum - ayak
  • 1 1/2 tsp serbuk penaik - ayak
  • 2/3 - 1 cawan bijirin NESTUM original - dikisar halus
  • 1 cawan bijirin NESTUM original - tak perlu dikisar
Bahan-bahan B :
  • 125 gm butter
  • 1/2 cawan gula kastor (boleh kurangkan 1-2 Tbsp untuk kurangkan sikit rasa manisnya)
  • 1 tsp esen vanilla
  • 1 biji telur gred A @ B
Bahan-bahan C (untuk hiasan) :
  • Bijirin NESTUM secukupnya - letakkan di dalam sebiji pinggan
  • Buah ceri yang dipotong kecil
1. Golekkan bebola ke dalam bijirin nestum.
2. Susun di atas dulang pembakar.
3. Tekan bebola dengan garfu dan kemudian tekan potongan ceri di atasnya.
4. Biskut yang telah dibakar. 
Cara penyediaan :
  1. Satukan semua bahan A ke dalam sebuah mangkuk. Ketepikan.
  2. Di dalam mangkuk pengadun, pukul butter dengan gula hingga sebati. Masukkan esen vanilla dan telur dan terus memukul hingga sebati lagi.
  3. Masukkan bahan A ke dalam bahan adunan dan uli hingga membentuk doh yang lembut. Balut doh dengan plastik pembalut dan simpan ke dalam peti sejuk selama 20 minit.
  4. Keluarkan adunan dari peti sejuk. Cubit sedikit adunan dan bulat-bulatkan menjadi bebola. Golekkan bebola-bebola ini di dalam pinggan berisi bijirin nestum. 
  5. Susun bebola-bebola ini di atas dulang pembakar yang telah dilapik dengan kertas kalis minyak. Tekan sedikit bebola-bebola ini dengan hujung garfu agar leper sedikit. 
  6. Ambil buah ceri dan tekankan di tengah-tengah doh sebagai hiasan.
  7. Bakar biskut di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 20-25 minit atau sehingga biskut bertukar warna menjadi perang. Sejukkan biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
 -InaChomel-

BISKUT CORNFLAKES BIJAN HITAM ... BON APPETIT

Salam, salam & salam ...

Seperti yang dijanjikan .... minggu ni akak akan upload N3 pasal biskut raya. Dah lama biskut ni akak buat, dari sebelum puasa lagi .... tapi baru semalam akak sempat snap gambo bahana tak de masa dan malas nak cari setting untuk shoot gambo ....

Makanye, semalam dengan semangat dan perkasa akak rajinkan diri untuk snap gambo ni kat bilik tingkat bawah. Kat gambo ni korang nampak macam hensem aje kan!!! Tapi hakikat yang sebenor nye ... kat bilik bawah tu macam tongkang karam, penuh dengan barang mainan si Iman, kotak buku dan nota masa belajar dulu dan lain-lain harta karun yang tak sempat nak dibuat kemas-buang!!! Tapi tak pe, yang penting gambo tu mengundang minat korang nak try buat ......

Kali ni biskut yang akak nak cite diambil ari buku masakan yang akak beli entah dah berapa lama dari Plaza Angsana. Beli memang rajin, menerainye ntah bila ... mau makan tahun gak tu kalau tak betul-betul rajin!!! Biskut ni pada akak, sedap sebab rasanye lemak, ditambah pulak dengan rasa dari bijan hitam yang ditabur kat dalam biskut tuh! Jomlah tengok resepi, cakap lebih-lebih tapi tak cuba pun tak guna kan??? Hujung minggu ni baik korang try ....

BISKUT CORNFLAKES BIJAN HITAM
Sumber : Buku masakan Asmah Laili ... Minta Ampun Sedapnya ...... terbitan Q-Zeen.
  • 250 gm mentega
  • 200 gm gula kastor
  • 1 biji telur 'A'
  • 375 tepung gandum @ top flour - diayak
  • 1 sudu teh baking powder - diayak
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 40 gm bijan hitam disangai sebentar
  • 150 gm cornflakes dihancurkan sedikit
Cara penyediaan :-
  • Pukul mentega, gula kastor dan vanilla dengan kelajuan yang tinggi selama 3 minit atau sehingga kembang.
  • Masukan telur, pukul lagi selama 2 minit.
  • Perlahankan kelajuan mixer dan masukkan tepung dan baking powder, bijan hitam serta cornflakes, dan pukul lagi selama 2 minit.
  • Bentukkan doh seperti bebola kecil dan ataur dalam dulang yang telah digriskan dengan mentega. Tekan dengan garfu untuk mendapat bentuk yang leper sedikit. Bakar selama 15 - 20 minit pada suhu 170 darjah celcius.
 
Tak rugi beli buku ni, cuma RM 67.90 aje. Selain biskut ada juga resepi masakan lain seperti nasi & lauk-pauk. Satu lagi biskut yang akak try dari buku ni adalah biskut ada manik warna-warni kat dalam gambo tu, tapi tak berapa menjadi. Bila dah tak menjadi, akak tak upload ler ....

-InaChomel-

DANISH BUTTER COOKIES ...

Salam sume,

Waaahhh ...dah semakin hangat dan meriah sambutan Aidilfitri di sana sini .... Kat ofis ni pun dah dibuat hiasan lampu kelip-kelip dan kad ucapan serta ketupat reben oleh staf akak. Lagu raya dah makin galak berkumandang di radio. Mood raya dah semakin menguasai diri nampak gayanye nihhhh ..... Mengalahkan bebudak pulak!!!

Yelahh ..... biasanye bila nak sambut raya, kaum ibulah paling sibuk dengan memikirkan mana yang perlu disediakan untuk sambutan Syawal. Sebab tu tahun ni akak siapkan semuanya awal! Jadi dapatlah akak sediakan juadah berbuka yang meriah sikit pada hujung minggu. Kalau tak, masa hujung minggu ler nak buat kuih, masa tu jugalah nak masa untuk iftar! Weeeiiiii ... mau patah riuk dibuatnye, semua nak dibuat, tak terkejar akak! Belajar dari pengalaman tahun lepas kan! Maka tahun ni akak dah siap sedia dari awal lagi. Yang senangnya bukan orang lain, akak jugak! Jadi dapatlah akak ambil masa hujung minggu untuk membeli-belah serba sedikit persiapan raya seperti alas meja dan aksesori lain. Itu pun dah berapa kali raya baru berkesempatan nak beli yang baru, kalau tak pakai jer lah yang lama .....

Ok, kali ni nak share resepi biskut raya yang totally akak buat lain dari yang lepas. Kali ni akak try beberapa resepi baru yang tidak mengecewakan langsung, malah memang diakui sedap 100%. Tak caye sedap!? Kalau tak caye, korang try ler buat, memang tak nyesal punye .... kalau korang malas nak buat tak leh ler nak kata .... kecuali korang datang beraya kat umah akak, baru dapat rase!!! Dah meh tengok resepi ni yang akak dapat dari dapur Rima di Singapore .... Cuma CnP aje ye .... senang nak faham, tak de yang susah pun, just try it, u will luv it .... trust me .... i like!!! Kalau nak tengok yang Rima buat, silalah klik pada nama Rima kat source tu ..... just look alike kjeldsens butter cookies!!!

DANISH BUTTER COOKIES
Source : Rima

Ingredients
  • 75g butter (I used Golden Churn canned butter)
  • 50g fine sugar
  • 1/4 tsp salt
  • 1 egg yolk + 1/2 tsp vanilla essence (lightly beaten)
  • 150g cake flour (remove 1 tbsp)
  • pinch of baking powder
  • 1 tbsp skim milk powder
1 egg white
Dry Demerara sugar for sprinkling - akak guna gula pasir jer yang diwarna-warnikan .....

Method
  • Cream butter, sugar and salt with electric beater till pale and fluffy.
  • Add in egg yolk and beat till well incorporated.
  • Sieve in the flour and baking powder, add in the milk powder, use the lowest speed of your electric beater to combine. Mixture will be bread-crumbs like and will form a dough easily.
  • Put dough into a plastic bag and roll it into a flat sheet. 
  • Chill in the fridge till harden before cutting out the cookie. ... untuk second round, lebihan doh tu akak canai dan terus terap, tak masukkan dalam fridge semula, lambat ngko .... nak cepat habis punye kes!!!
  • Cut out cookie with cutter. Brush on some egg white and sprinkle dry demerara sugar on the surface.
  • Bake on a lined tray at 180C for 10 minutes in the middle rack and shift to the upper rack and bake a further 2 - 3 minutes to get the golden brown color. (i baked mine at 170C for 8mins).
-InaChomel-

Monday, August 6, 2012

HEAVENLY CHOCOLATE & OREO JELLY

Salam sume,

Monday Blues datang lagi .....

Suasana kat ofis sekarang ni sangat membosankan. Walau pun cuaca cantik kat luar sana tu, tapi mood ari ni tak berapa nak ok ... K.O!

Tapi nak share rasa bangga kat Datuk Lee Ching Wei! Tahniah! Tak dapat rangkul emas pertama Olimpik untuk Malaysia bukanlah satu perkara utama bagi akak. Tapi pada pandangan akak, semangat yang ditunjukkan untuk berjuang mendapatkan emas itu lebih penting. Pagi ni dari jauh akak dengar ramai orang kat ofis ni kata macam-macam sebab tak dapat emas! Tapi kalau kita pun belum tentu boleh dan kuat semangat macam Chong Wei! At least dia dah berusaha kan! Kalau dia main semalam sambil lewa aje, rasanye memang wajar dia dikritik untuk itu. Tapi akak yakin, dia lebih kecewa berbanding kita yang sekadar menonton aje di TV! Nak kritik orang memang mudah, sendiri belum tentu boleh ... Anyway, akak still nak wish Tahniah! Sekurang-kurangnya ada pingat untuk dibanggakan dari pulang dengan tangan kosong ..........

Ok, this morning, nak share resepi jelly yang akak mula jumpa kat blog Rima. Lepas tu akak jumpa gak kat blog Kak Nor Secubit Garam! Eeiii ... ni tak leh jadik ni! Sodap semacam aje jelly nih! Makanya, akak pun mencubalah pada hari Sabtu baru lepas ni ... Aaa .... memang sedap ngko. Nak-nak part putih yang ada beskut oreo tu. Memang meruntun jiwa betul!!! Akak buat 2 aduan, sekejap aje dah lenyap dari peti sejuk! Boleh buat lagi nanti, tapi nak try guna biskut berintikan peanut butter pulak, ada rasa masin-masin lemak sket! Boleh gitu??? Bolehhh ..... kita buat dia, pun masuk mulut kita jugak kan? Meh try, rugi korang tak try, dah lah senang, sedap pulak tuh!!! Kak Nor, saya CnP ye ....

HEAVENLY MILO/CHOCOLATE & OREO JELLY  @ AGAR-AGAR MILO/COKLAT LAPIS OREO
By: AlongRoz@HomeKreation
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Saiz : 8" persegi
BAHAN2:
  • 1 bungkus / 10g Jelly Powder (Serbuk Agar-Agar)
  • 750ml Air
  • 160g Gula ~ k.nor guna 140gm
  • 1 tin (400g) Susu Cair
  • 3/4 cup Serbuk Milo ~ k.nor guna 3 sudu besar serbuk koko
  • 1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis

CARA2:
  • Masak serbuk agar2 & air sehingga larut. - Masukkan gula & masak sehingga gula larut. - Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.
  • Asingkan 2 cwn ke dlm periuk yg lain & campurkan milo sehingga sebati.
  • Tuangkan 1 cwn campuran milo/serbuk koko ke dlm acuan.
  • Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku.
  • Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi.
  • Taburkan biskut oreo.
  • Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
  • Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk.
TIPS UNTUK MELAPIS: 
  • Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan tidak melekat.
  • Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.
  • Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik.

-InaChomel-

Friday, August 3, 2012

ASAM PEDAS AYAM

Salam mesra, selamat bertemu kembali & salam ukhuwah buat semua .....

Hari ni dah 2 minggu kita semua berpuasa yea ... sekejap aje ...

Sehari dua ni cuaca pun cool aje, tak panas sangat dan tak juga hujan lebat. Pagi ni aje mendung, tapi belum pasti akan hujan. Yang pasti Ramadhan kali ini cuaca agak menyebelahi peniaga di bazar. Tahun lepas agak kerap hujan ... yang berniaga air resah, cuaca hujan air sejuk kurang mendapat sambutan. Last year pun kawan2 pak we akak yang baru mencuba nasib berniaga air di bazar ada juga menghantar lebihan jualan yang tak terjual. Kesian kat dia orang .... tahun ni tak de lak bebudak tu meniaga lagi, agaknye bila kira2 balik agaknye tak lepas modal dengan untung dan nak bayar sewa tapak bazar. Tak pe, ada rezeki lain yang menanti, yang pasti kena rajin usaha ......

Hari ni ada masa balik tengahari nanti, jadik boleh le masak awal untuk berbuka! Kalau tak, ari2 meredah jalan jam! Maklumlah bulan puasa semua nak balik awal pasal nak berbuka di rumah. Kalau tak, selama ni jadik penunggu ofis ... kerja tak sudah-sudah, ada aje yang nak disegerakan. Bila tiba Ramadhan, boss pun beri kelonggaran dan menghormati bulan mulia ini .... sikap tolak ansur tu memang kena ada, kalau tak tengok pintu ofis aje dah migrain, belum masuk ofis lagi tuh!!!

Awal pagi tak cite pasal stress, nanti sampai petang mood spoil!!! Toing toing toing toing .............

Meh cite pasal masak-masak ... eee ..... macam bebudak pulak main pondok2! Tapikan bila cite pasal pondok2 ni akak ingat zaman kecik-kecik dulu. Masa tu kami sekeluarga tinggal di batu 4, Skudai Kanan ... bukan Skudai Kanan yang dah tersergam Plaza Angsana sekarang ni, tapi depan sikit, selepas Petronas di Bandar Baru Uda, bersebelahan kedai perabot kat simpang antara menuju ke Larkin dan ke Danga Bay, kat situ ada satu lorong kecil. Rumah kami ke jalan masuk ke dalam sikit dari lorong tu. Memang tak berapa ramai tinggal di sini, tapi kami masa tu kira satu kampung kenal baik dengan kaum cina dan india yang tinggal di situ.

Kat belakang umah mak akak adalah kebun getah, dalam dalam kawasan kebun getah tu ramai kaum cina tinggal kat situ, mereka ada kebun ubi, buah-buahan, keladi, keledek dan macam-macam. Kita orang dulu selalu gi masuk kebun getah ni beli ubi dan petik pucuk ubi. Apek ngan nyonya yang ada kat situ dah kenal dan tiap kali terserempak ngan dia orang ni pasti kita orang bertegur sapa, dari yang tua sampai yang muda ... Apa yang akak nak story kat sini, kita dulu, masa tu keliling rumah akak dihuni oleh sedara-mara, jadik kita orang very close! Time hujung minggu bila tak sekolah, kita orang selalu isi makanan dalam bekas plastik, bawa air minuman sekali, bawa tikar atau suratkhabar lama, gi makan-makan dalam kebun getah. Kebun getah tu, lak tak le menyeramkan, suasana memang best. Jadi kita orang kumpul ramai-ramai dalam 10 orang gitu, bawak bekal masing-masing, makan tengahari dalam kebun getah, tak jauh dari rumah, kalau mak teriak suruh balik pun boleh dengor! Lepas makan kita orang kutip buah getah, kutip cendawan kat batang pokok getah dan macam lagi .... sambil tu kita orang race basikal dalam kebun getah! Eeee ... best tau! Sampai satu ketika bila pendatang dari Indon mula ada kat sini, ada satu kejadian seorang perempuan (isteri kedua) mati kena bunuh dan dibuang kat tepi tebing kebun getah tu ..... start dari situ ler kita orang tak berani nak pergi piknik dalam kebun getah lagi ....

Bestkan kisah dulu-dulu ... itu kisah masa zaman sekolah rendah dulu dah lebih 30 tahun kisah tu berlalu ... sekarang ni tapak ladang getah tu dah jadik rumah pangsa dan rumah kos rendah dikenali sebagai Taman Skudai Kanan di Bandar Baru Uda. Rumah mak akak pun dah berubah wajah dari rumah 3 pintu ke rumah 2 pintu yang disewakan. Yang masih tinggal disitu adalah seorang haji, jiran depan rumah kami ...

Ok, pagi ni panjang lak storynye ... meh jenguk dapur untuk petang nanti, plan nak masak ape yea???

ASAM PEDAS AYAM
  • 8 ketul @ 1 ekor ayam - cuci bersih dan toskan
  • Daun kesum - 50 sen gitu, dipetik dari tangkai cuci dan toskan
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 4 sudu besar bawang merah kisar
  • 8-10 sudu besar lada kering kisar
  • Sedikit belacan
  • Sedikit halia - ditumbuk halus
  • Sedikit lengkuas - ditumbuk halus
  • 2 batang serai dititik
  • 2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 mangkuk kecil air asam jawa
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak untuk menumis
  • Air
Cara penyediaan :-
  • Panaskan minyak.
  • Satukan semua bahan kisar dan bahan tumbuk serta serbuk kunyit dalam mangkuk dan bancuh hingga rata. Masukkan sekali belacan.
  • Tumis serai dan semua bahan ini hingga wangi dan garing.Masukkan serbuk lada hitam dan kacau lagi.
  • Bila dah garing, masukkan air asam, kacau rata dan masukkan ayam. Biar seketika.
  • Masukkan air, garam dan serbuk perasa biar hingga mendidih.
  • Akhir sekali masukkan daun kesum apabila ayam sudah empuk.
  • Padamkan api dan sedia untuk dihidang.

Senag aje kan! Ni masakan orang Johor yang paling femes!!! kalau masak lauk ni, kuah asam pedas tu biasanye sampai 2-3 hari kita simpan dan panaskan bila nak makan semula. Kuah tu buat pencecah jemput-jemput bawang pun sedap tau! Makan ngan roti canai lagi ler best!!! Terangkat bebb!!!! Cuba try masak, tak try tak tau .....

-InaChomel-

Wednesday, August 1, 2012

SAMBAL TEMPE BERSAMA KENTANG DAN IKAN BILIS

Salam dan selamat pagi sume,

Macam mana puasa setakat hari ini? Bagi kaum hawa ada yang dah 'cuti' puasa? Itu biasalah .... tapi ada juga yang dapat puasa penuh. Alhamdullillah, dengan izin Allah dapat puasa sebulan ramadhan yang mungkin kaum hawa yang lain tak dapat rasa nikmat sebegitu. Bagi kaum Adam, semestinyalah nikmat yang Allah beri untuk berpuasa penuh tanpa 'cuti' menjadi kelebihan. Semoga puasa kita semua mendapat keredhaan Allah s.w.t. InsyaAllah .....

Hari ni dah mula bulan baru tahun 2012 ... Ogos dah muncul dan bagi rakyat Malaysia, inilah bulan yang mereka mengalih pandangan untuk menghias dan mengibarkan jalur gemilang sama ada di kereta, rumah, pejabat dan apa juga harta persendirian yang menggambarkan semangat patriotisme. Kalau kat umah akak, pakwe akak rajin hias porch dan tembok rumah kami dengan jalur gemilang. Biasanye jiran kita orang yang sebelah rumah pun sama naik jugak menghias .... bila malam on lampu kelap-kelip, nampak meriah sesangat! Semangat macam ni dari awal kita kena semai dalam diri anak-anak, kalau tak, nanti jadi macam sekarang nilah, budak-budak muda sekarang ni kurang rasa hormat dan menghargai nilai keamanan yang bukan mudah kita nak capai. Berkorban nyawa orang kita zaman dahulu nak tuntut kemerdekaan dan keamanan yang kita nikmati sekarang ini. Janganlah kita menjadi generasi yang lupa akan segala usaha yang perjuangkan oleh atuk nenek kita dahulu.

Cewahhh ... macam bagus gitu!!! Tapi tak pe, at least kita saling mengingati antara satu sama lain .....

Untuk pagi ni, ini resepi yang mudah dan sedap dimakan dengan nasi atau meratah gitu aje ..... Ada satu lagi versi masakan macam ni tapi dalam famili akak gelar lauk Sambal Sumatera, lebih kering dan lebih tahan lama! Yang ni agak lembab sikit dan sambal lebih! Akak buat semalam. Alah ... untuk tambah-tambah lauk aje, lagipun 2-3 hari boleh tahan lauk ni. Ok, jom skodeng ....

SAMBAL TEMPE BERSAMA KENTANG DAN IKAN BILIS
  • 1 bungkus tempe (akak beli yang dalam plastik tu aje ...) potong kecil dan goreng garing, ketepikan.
  • 2 biji kentang, potong kecil dan goreng, ketepikan.
  • 1 genggam ikan bilis, goreng garing dan ketepikan.
  • 1 sudu makan bawang putih kisar
  • 3 sudu makan bawang merah kisar
  • 4-5 sudu besar lada kering kisar
  • 2 sudu besar cuka
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Gula
  • Minyak untuk menumis
Cara penyediaan :-
  • Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga wangi dan garing.
  • Masukkan garam, serbuk perasa dan cuka, kacau rata.
  • Masukkan gula dan kacau rata.
  • Masukkan semua bahan yang telah digoreng awal tadi dan kacau rata.
  • Angkat dan hidangkan.
Senang aje kan! Rasa lauk ni mesti ada rasa manis dan masam sikit. Selamat mencuba.

-InaChomel-