Ngantuk sungguh mata ni, agaknye dah lama rehat kat umah, bila mula keje ari ni, rasa letih semacam! Tapi seronok lak keje ari sebab dah lama cuti, rasa masa terisi dengan keje yang dah lama ditinggalkan kat ofis!
Nak story sikit! Hari Sabtu lepas akak sefamili gi AEON Bukit Indah JB. Tatkala mula bergerak aje, hujan turut dengan lebatnye, guruh petir, kilat dan angin kencang .... jadi takut pulak walau pun berada dalam kereta! Rupa-rupanye bila baca blog seorang member blog yang keje sama tempat ngan akak, Skudai di landa ribut. Bumbung SJK(C) Pu Sze di Skudai tercabut ditiup angin ribut yang sangat kencang! Masa perjalanan balik dari AEON akak memang terperasan bumbung bersepah ditepi lebuhraya Senai, dan perasan gak bumbung sekolah tu tercabut, tapi bila tengok gambo kat blog Kak CT tadi, tak sangka lak sampai begitu buruk sekali keadaan sebenarnye. Nasib baik masa sedang ribut dan masa melalui sekolah tu kejadian buruk ni belum berlaku, dan nasib baik jugak masa ribut tu hari Sabtu, tak de murid di sekolah! Dan pada hari yang sama, semasa sedang hujan lebat dan ribut petir tu, jiran sebelah rumah mak akak pulak kehilangan 2 buah TV apabila TVnye disambar petir dan meletup! Memang kuat bunyi letupan tu, mak akak kat umah pun terperanjat sebab bunyinye yang sangat kuat. Moralnye, lepas menonton TV pastikan suis dimatikan dan plug dicabut dari soket! Itulah yang akak selalu bebelkan kat bebudak ni .... bebudak ni kekadang kalau orang cakap degil, buat tak endah, bila dah jadi baru nak nyesal, takut!
Ok, ni malam nak share resepi kek yang akak dapat semasa ronda dapur Naz COSK. Rasa kek ni just nice, tak manis. Dan pada akak lebih sedap bila dimakan bersama coklat ganache yang dicicirkan di permukaan atas kek ini. Kepada yang nak mencuba, akak galakkan, senang dan mudah, sesuai untuk anak-anak yang gemarkan rasa coklat pada kek! Sori ler, gambo nampak memancar sikit .... silau!!! Resepi kat bawah ni akak CnP dari blog Naz, ngantuk nooo mata ni ...... Selamat mencuba yea!!!
BEST MOIST CHOCOLATE CAKE
Sumber : Naz COSK @ovenkecil.blogspot.com
RESEPI ASAL : http://www.bestmoistchocolatecakerecipe.com/
Bahan-bahan :
- 2 cawan tepung gandum
- 2 cawan gula
- 3/4 cawan serbuk koko Hershey's (Naz guna yang biasa jer)
- 2 tsp soda bikarbonat
- 1 tsp serbuk penaik
- 2 biji telur saiz A @ B
- 1 tsp garam
- 1 cawan buttermilk (resepi buttermilk di bawah)
- 1 cawan Mazola vege oil (Naz guna minyak jagung)
- 1 1/2 tsp asen vanilla
- 1 cawan air mendidih (boleh dijadikan 1 cawan kopi sekiranya suka) - akak bubuh 1 sudu teh nescafe
Cara Penyediaan :
- Panaskan oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk membakar secara perlahan. (Naz menggunakan suhu 170 C).
- Lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak.
- Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl.
- Putar pada kelajuan sederhana selama lebih kurang 1 minit. Kemudian masukkan air mendidih dan teruskan memutar hingga sebati.
- Tuangkan ke dalam loyang.
- Bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak sepenuhnya. (Naz bakar dengan suhu 170 C selama lebih dari 1 jam sebab mungkin loyang kek 7" X 7" yang digunakan menyebabkan kek lebih tebal dan perlu masa yang lebih untuk masak sepenuhnya).
- Cucuk kek dengan lidi atau pisau. Sekiranya pisau atau lidi yang dikeluarkan bersih, maknanya kek telah masak. Sekiranya terdapat adunan kek yang masih basah melekat pada pisau atau lidi, bakar lagi kek dengan tambahan masa 5 minit dan uji lagi selepas itu sehingga kek masak sepenuhnya.
- Sejukkan kek sebelum dinikmati atau dihias.
RESEPI SUBSTITUTE BUTTERMILK
Bahan-bahan :
- Susu segar - lebih kurang 1 cawan
- 1 Tbsp cuka masak atau jus lemon
Cara Penyediaan :
- Masukkan cuka masak atau jus lemon ke dalam jug penyukat.
- Tuangkan susu segar hingga menjadikan campuran tepat pada ukuran 1 cawan.
- Biarkan larutan berehat selama 5 minit.
- Boleh digunakan.
-InaChomel-
No comments:
Post a Comment