Hai, sekali lagi bersua. Nampak gayanye akhir-akhir hanya sempat bersiaran pada sebelah malam jer ..... Siang busy, dan bila dah penat memasak, mata pun penat gak, bantal ler jadi teman setia untuk menghilangkan lelah seketika!
Sebenarnye akak buat karpap ni semalam. Berebut-rebut akak siapkan karipap ni sebelum Panggung Sabtu bermula. Haa .... semalam cite Bobby! Walaupun cite lama, zaman akak kecik-kecik dulu, tapi cite ni akak tak pernah jemu tonton! Lagu-lagunye sedap didengar dan evergreen! Paling akak suke lagu yang dinyanyikan dilaman rumah Bobby masa Raja datang untuk menjemput keluarga Bobby ke rumahnye atas undangan bapa Raja. Lagu tu light & very entertaining! I like! Pakwe akak memang peminat filem Hindustan dan Tamil. Bila lagu hindustan berkumandang dia tau jer senikatanye walaupun sebuatannye tak berapa betul ....
Akak ni jenis yang suka dengar lagu lama-lama. Siaran radio pilihan sudah pasti Sinar FM! Sebab apa pilih Sinar FM??? Satu pasal bila dengar lagu lama-lama mengingatkan akak pada kisah zaman dulu-dulu. Celoteh DJnye juga menarik, bagi akak yang sentiasa perlukan fikiran yang tenang dan tak boleh runsing, celoteh mereka ni buatkan akak lupa seketika perkara-perkara yang merunsingkan jiwa! Tapi ini pandangan akak secara peribadi, korang mesti ada stesen radio pilihan ... terpulang pada pilihan masing-masing!
Ok, berbalik pada kisah karipap ni! Doh ini adalah resepi dari my aunty, my dear Aunty Sarah, adik mak akak! My aunty ni memang pandai buat kuih, kuih talam dia paling special. Semua jenis talam dia boleh buat! Serimuka adalah kuih feveret kita orang kalau my aunty buat! Lembut pulutnye dan serimuka yang lembut dan sedang elok lemak manisnye ..... meleleh air liur nie ....
Doh karipap ni memang sedap, ranggup jer ... cubalah buat, first time try jer dah jadi! Itupun first time pandai mengelim karipap. sebelum ni tak pernah langsung menguli doh karipap gara-gara tak pandai mengelim! Masa buat doh ni, akak lebur jer dalam mixing bowl, guna spiral hook, tekan button ON, siap! To my aunty Sarah, thanks for the recipe, semoga resepi ini memberi manfaat kepada semua yang ingin mencuba! Membuat karipap ni nampak mudah, tapi kalau adunan doh tidak lembut dan garing apabila digoreng, karipap pun tak cun rasanye! Cubalah kuih kegemeran ramai rakyat Malaysia ni, akak memang feveret kat karipap ni! Lebih-lebih lagi inti sardin, tak lepas peluang langsung kalau ada depan mata. Ok, best of luck! Menyesal kalau korang tak cuba!
KARIPAP RANGGUP INTI SARDIN
Sumber : My Aunty Sarah
Bahan untuk doh karipap
- 9 sudu besar margerin
- 1 sudu besar minyak masak
- Garam
- 2 1/4 cawan air sejuk
- 1 kg tepung gandum
- Masukkan margerin ke dalam periuk dan cairkan.
- Apabila margerin cair, masukkan minyak dan garam, kacau rata dan alihkan.
- Masukkan air sejuk ke dalam margerin cair tadi.
- Dalam bekas untuk membancuh, masukkan tepung yang telah diayak.
- Masukkan bancuhan margerin tadi sedikit demi sedikit sehingga doh tidak melekit. Jangan habiskan bancuhan margerin tadi, hanya tuang mengikut keperluan sahaja berdasarkan hasil doh yang lembut dan tidak melekit.
- Alihkan aduan doh dalam bekas dan rehat seketika. Tutup doh dengan kain yang bersih untuk mengelakkan doh kering.
- Canai doh mengikut ketebalan yang sesuai dan masukkan inti, kelim bahagian tepi dan boleh digoreng untuk hidangan.
- 7 biji kentang - dipotong dadu, cuci dan toskan.
- 1 tin besar sardin - buang tulang dan hancurkan isi sardin
- 3 biji bawang holland - dipotong dadu
- 1 sudu besar bawang putih kisar
- 3 sudu besar bawang merah kisar
- 5-6 sudu besar lada kering kisar
- 2 batang lada hijau - hiris nipis
- 2 batang ladang merah -hiris nipis
- 1 sudu besar halia kisar
- 1 mangku kecil daun sup dan daun bawang yang telah dimayang
- 1 mangkuk kecil air
- Garam
- Serbuk perasa
- Minyak untuk menumis
- Panaskan minyak.
- Tumis bahan kisar hingga wangi dan garing.
- Masukkan bawang holland, kacau rata.
- Masukkan kentang, kacau rata.
- Masukkan sardin, garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
- Masukkan lada hiris dan tambah sedikit air jika inti terlalu kering dan kentang masih belum empuk.
- Masak inti hingga kentang empuk, angkat dan sejukkan sebelum digunakan sebagai inti. Pastikan inti betul-betul sejuk sebelum digunakan sebagai inti untuk mengelakkannya daripada basi!
No comments:
Post a Comment