Rindu rasanya dah lama tak berblog dan berkongsi kisah dengan pengunjung setia blog ini ..... terima kasih sume, walaupun tak ramai mana pengunjung dan follower, tapi akak tetap bersyukur sekurang-kurangnye setiap hari ada yang berkunjung.
Bagi akak berblog ini bukan untuk mengejar glamer, tapi lebih kepada berkongsi kisah suka duka, ilmu dan menenangkan jiwa selepas letih seharian bekerja dan mencari ilmu yang masih banyak lagi akak tak tau! Terima kasih kepada yang sudi berkongsi ilmu, banyak yang akak dah belajar especially dalam bidang masakan. Sampaikan rakan-rakan tanya dari mana akak pandai buat itu dan ini, akak jawab .... cari kat internet, tak ada kelas formal! Masa yang terhad tidak mengizinkan akak untuk hadiri mana-mana kelas formal masakan. Sambil menonton tv, itulah masa akak melayari internet! Juga ketika mengantuk tahap gaban masa kat ofis! Sori ye boss kalau macam statement saya ni .......
Terlebih dahulu, akak mengangkat tangan tanda syujur ke hadrat Allah s.w.t kerana segala urusan pembedahan yang berjalan lancar dengan izinNya. Dari awal hingga keluar dari hospital, akak sentiasa berdoa agar Allah permudahkan segalanya buat akak dan keluarga akak. Dan Allah memang suruh kita memohon dariNya, maka sehingga saat ini akak sentiasa bermohon semoga Allah mengurniakan kesihatan yang sentiasa sihat, tabah mengharungi dugaan, tenang dan lapangkan hati dan jiwa akak supaya dapat menjalani kehidupan kurniaan Illahi dengan penuh rasa syukur! Insya Allah peluang yang dikurniakan Allah buat akak akan akak manfaatkan sepenuhnya. Kadang-kadang bila musibah atau dugaan datang dalam kehidupan kita, kita akan lebih menghargai sisa kehidupan yang masih ada untuk kita harungi dengan lebih yakin dan menghargainya .......
Dah seminggu akak berehat di rumah, Jumaat lepas akak keluar dari wad. Masuk hari Rabu, operation hari Khamis, then Jumaat dah balik selepas solat Jumaat. Walau pun pembedahan kecil, tapi risikonya banyak dan hanya Allah sahaja yang maha mengetahui betapa sakitnye bila ubat bius dah mula hilang sedikit demi sedikit! Baring tak kena, duduk dah memang tak boleh! Ke kiri salah, ke kanan salah, melintang pun salah, serba tak kena! Pada masa nilah baru kita sedar nikmatnya ketika kita sihat! Tapi syukur, sebelah malam hari pembedahan akak diberi ubat tahan sakit dan dapat tidur lena! Dari jam 7 lebih sebelah pagi dah ditolak ke dewan bedah, jam 9 pagi baru dibedah, dan jam 11 pagi sedar semula dari bius. Rahmatnya apabila menjalani rawatan di hospital kerajaan, sebelum dibedah sentiasa diajar berselawat dan mengucap oleh ahli pasukan bedah. Bagi akak yang tak mampu nak ke hospital swasta, inilah yang terbaik buat akak walaupun penat berulang-alik ke hospital hampir setiap minggu. Ubat pun yang terbaik disyorkan buat tahap kesihatan akak. Dan untung dan syukurnya menjadi penjawat awam, semua ini ditanggung oleh kerajaan. Alhamdullillah .... syukur ke atas rahmat dan rezeki yang Allah kurniakan buat kami sekeluarga ......
Terima kasih kepada pengunjung yang telah mendoakan kesejahteraan kesihatan akak dan keluarga. Semoga doa kalian akan sentiasa menerangi kehidupan kami sekeluarga, .... terima kasih rakan-rakan ku sekelian.
Dalam masa cuti sakit ni, sempat lagi nak jengah dapur! Lebih 1 minggu mc, minggu depan hari Isnin baru mula keje. Actually ari ni last mc, tapi esok dah hari Jumaat, macam malas nak masuk ofis, lagi pun kesan operation ni masih tak pulih sepenuhnya, masih ada rasa ngilu sesekali bila terlalu renyah! Ok, dah jejak jam 10.30 malam dah ni, pakwe akak pun keje malam, pukul 11 lebih nanti baru balik! Meh cuba buat kuih bakar jagung ni, akak memang feveret kuih ni! Tapi kalau tak kena rasanye, pun tak jadi gak. Tapi resepi ni memang akak gerenti sedap, lemak dan teksturnya tak keras, lembut dan agak lembab. Yang pasti akak bakar kat loyang lubang tengah dan bakar atas api dapur gas aje, tak guna oven! Sebab??? Kalau kuih bakar akak suka bahagian yang garing, tu yang buat sedap ..... tapi kalau bakar guna oven pun boleh gak, cubalah, tak nyesal punye!
KUIH BAKAR JAGUNG
Sumber : Buku masakan Selera Perdana
- 1 cawan tepung gandum - ayak, tepikan
- 1 cawan gula pasir
- 1 cawan santan pekat @ 200ml santan kotak
- 1 tin jagung krin @ 425 gm
- 1 sudu teh esen vanila
- 4 biji telur
- Sedikit pewarna kuning
- Bijan untuk hiasan
- 1/4 sudu teh garam halus
- Oleskan loyang dengan mentega dan taburkan tepung gandum dan ratakan pada permukaan loyang.
- Pukul telur hingga kembang.
- Masukkan garam dan gula, pukul lagi.
- Masukkan esen vanilla, pukul lagi.
- Masukkan tepung dan pukul seketika hingga rata.
- Masukkan pewarna kuning, jagung krim dan santan pekat. Pukul seketika sahaja.
- Tuang adunan ke dalam loyang, taburkan bijan dan bakar dengan api yang kecil hingga masak.
-InaChomel-
No comments:
Post a Comment