Friday, April 13, 2012

VADEI @ MAGELEK

Salam dan selamat malam semua,

Hai .... sihat semua? Mudah-mudahan sentiasa sihat dan dipeliharakan Allah s.w.t.

Hari ni dah Jumaat ye, kejap aje dah seminggu santai kat rumah ni .... dapat mc lama-lama ni pun boring gak, tak tau nak buat apa. Nak buat kek dan kuih pun kena tengok kemampuan tahap kesihatan! Buat masa ni, kuih yang senang-senang boleh ler dibuat untuk hilangkan boring dan isi masa terluang. Nak bancuh kek tu masih tak larat lagi rasanye, pasal mixer bowl akak jenis stainless steel yang agak berat, able to bake up to 3.5 kg of batter! Jadi kenalah bersabar ye ...... Kalau teringin nak makan kek ke, beli jer ler yang ada kat kedai! Tapi kan, sejak dah kumpul banyak resepi kuih ni kan, beli kek rasanye macam tak thrill jer! Buat sendiri lagi rasa puas hati! Puas hati mungkin kerana usaha dan air tangan sendiri dan famili kita sendiri hargainya .......

Ok, untuk hari ini akak nak share resepi vadei atau orang Johor biasa panggil magelek! Sound funny right! Tapi kuih ni memang faveret akak! Tapi tak leh makan selalu dan banyak sangat sebab mengandungi uric acid bagi makanan jenis kekacang! Dan untuk sakit akak ni, kena kawal makanan yang mengandungi uric acid supaya khasiat pemakanan seimbang! Bukan orang ghout aje yang kena control uric acid, pesakit psoriasis juga kena kawal tahap uric acid dalam darah mereka! Ingat tu!!!

Vadei ni sedap dimakan bersama kuah kacang atau kuah rojak asma. Orang Johor panggil pasembor tu rojak asma! Jom lihat resepi mudah ni ....... tapi nak bagitau dulu, kuah kacang tu akak tak buat tau, bila beli rojak asma selalu dapat kuah extra, so akak frozen, bila nak makan sebagai pencicah vadei, baru akak panaskan! Pandai tak???

VADEI @ MAGELEK
  • 500 gm kacang dhal - cuci bersih dan rendam selama 5 jam. Selepas 5 jam, buang air rendaman dan bilas dengan air paip dan toskan.
  • 2 biji bawang besar dipotong dadu
  • 2 biji lada merah dihiris halus
  • 2 biji lada hijau dihiris halus
  • 1 sudu besar halia kisar
  • 1 1/2 sudu besar bawang putih kisar
  • 2 sudu besar jintan kasar - kisar halus
  • 2 sudu besar jintan kasar dibiarkan kasar
  • 3 pelepah daun kari - cuci bersih dah lurutkan dari tangkainye.
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak untuk gorengan terendam
Cara penyediaan :-
  • Kisar halus kacang dhal dan masukkan ke dalam mangkuk besar yang sesuai untuk mengadun.
  • Dalam mangkuk besar tadi, masukkan semua bahan di atas kecuali minyak, gaul rata menggunakan tangan.
  • Sementara itu, panaskan minyak dengan api yang sederhana besar dan pastikan minyak betul-betul panas sebelum menggoreng.
  • Ambil sedikit adunan kacang dhal yang telah digaul sebati, kepal dan tekan sedikit supaya kelihatan leper.
  • Masukkan ke dalam kuali dan goreng hingga kekuningan atau hingga garing. Angkat dan toskan.
  • Sedia untuk hidangan.
Sedap dimakan ketika panas-panas bersama kuah kacang atau sos cili kalau suka. Juga enak dimakan begitu sahaja tanpa kuah atau pencicah. Resepi ni akak dapat dari jiran mak akak berbangsa India. Memang terasa kesedapannya. Selamat mencuba!

-InaChomel-

No comments:

Post a Comment