Wednesday, April 25, 2012

CHICKEN RISSOLES

Salam sume,

Dah makan ke? Hari ni untuk dinner, akak makan roti dengan telur goreng aje. Rasanye macam dah lari dari schedule jer rutin makan akak sekarang ni. Dua hari berturut-turut akak makan bubur putih dengan lauk biasa. Makan bubur ni cepat kenyang dan cepat lapar. Cuba nak kawal semula hawa nafsu makan! Bab makan ni biasanye susah nak follow, selalu langgar jer sebab ikut selera tekak! Tulah ... kalau dah biasa makan sedap-sedap, bila kena kawal makan, macam ayam berak kapur jer rupanye ..... Akak ni bila dah mula langgar pantang, nak start all over again memang ler liat! Tekak pun kena berdisiplin juga tau! Doakan ler akak ni kuat semangat! Kuat semangat dalam mengharungi dugaan tekak!!! Pakar pemakanan pun pesan, kalau nak makan tu boleh, cuma kena beringat, bukannya kalau suka makan sampai sepinggan penuh! Ikut kadar yang sesuai, bukannya berlebihan!

Walau pun cite pasal diet, akak still nak share masakan yang akak buat untuk minum petang beberapa minggu yang lepas! Rasanye ini kali kedua akak buat Rissoles! Kali pertama dulu peringkat testing, kali ni kira buat untuk santapan keluarga dengan lebih confident! Apa yang akak suka tentang Rissoles ni ialah intinye yang rasa macam cream dan sangat sedap bila dimakan semasa panas-panas. Akak ni satu tabiat buruk, kalau sedap tu asyik nak menerai aje ..... tu yang susah nak kawal tekak nih!!! Anyway, pada yang miss N3 lepas pasal Rissoles ni, akak sertakan sekali lagi ..... silakan mencuba pada yang dah terliur air liurnye tuu .....

CHICKEN RISSOLES
Sumber : My Aunty Sarah
Menghasilkan 40 keping

Bahan untuk kulit :-
  • 450 gm tepung gandum
  • 960 ml susu segar
  • 5 biji telur - resepi asal, 2 biji telur bagi setiap adunan
  • Garam
Cara penyediaan :-
  • Satukan semua bahan kecuali garam dan telur dalam satu bekas, kacau rata.
  • Masukkan bancuhan ke dalam blender dan blend seketika. Pastikan bancuhan di'blend' sedikit demi sedikit supaya bancuhan ini bersatu dengan rata dan teksturnya halus. Tapiskan ke dalam mangkuk. Pada bancuhan terakhir yang hendak di'blend', masukkan sekali telur yang telah dipukulkan sedikit terlebih dahulu. Blend dan tapis serta tuangkan ke dalam mangkuk dan kacau rata.
  • Masukkan garam dan kacau rata.
  • Lenserkan non-stick pan dengan sedikit minyak dan dadar adunan ini seperti kulit popia hingga habis.
Bahan untuk inti :-
  • 3 - 4 keping isi dada ayam, potong kecil.
  • 45 gm tepung gandum
  • 45 gm susu tepung
  • 5-6 batang kacang panjang
  • 1 biji lobak merah disagat seperti lidi mancis
  • 1 kiub ayam dibancuh dengan 300 gm air
  • Lada sulah
  • 1 bawang holland - dipotong dadu
  • 2 biji bawang putih
  • Mentega
  • Air
  • Garam
  • Serbuk perasa
Cara penyediaan :-
  • Panaskan pentega, tumis bawang putih dan bawang besar.
  • Masukkan isi ayam, kacau rata dan biar seketika hingga isi ayam separuh masak.
  • Masukkan sayuran dan kacau rata.
  • Masukkan lada sulah, kacau rata.
  • Tambah garam jika kurang rasa masin.
  • Masukkan serbuk perasa dan kacau rata.
  • Masukkan tepung gandum, kacau rata cepat-cepat.
  • Masukkan bancuhan air dan kiub ayam, kacau rata dan masukkan susu tepung.
  • Jika terlalu pekat, tambah sedikit lagi air.
  • Angkat dan ketepikan.
Cara penyediaan rissole :-
  • Bread crumb
  • 4 biji telur - dipukul
  • Minyak
=======
  • Ambil sekeping kulit rissole yang telah siap didadar.
  • Letakkan satu sudu inti dan gulung seperti popia tetapi berbentuk empat segi tepat.
  • Panaskan minyak untuk gorengan terendam.
  • Celup rissole ke dalam telur dan salut dengan bread crumb.
  • Goreng dengan minyak yang panas.
  • Angkat dan toskan.
  • Sedia untuk hidangan.
-InaChomel-

No comments:

Post a Comment