Wednesday, April 25, 2012

CHICKEN RISSOLES

Salam sume,

Dah makan ke? Hari ni untuk dinner, akak makan roti dengan telur goreng aje. Rasanye macam dah lari dari schedule jer rutin makan akak sekarang ni. Dua hari berturut-turut akak makan bubur putih dengan lauk biasa. Makan bubur ni cepat kenyang dan cepat lapar. Cuba nak kawal semula hawa nafsu makan! Bab makan ni biasanye susah nak follow, selalu langgar jer sebab ikut selera tekak! Tulah ... kalau dah biasa makan sedap-sedap, bila kena kawal makan, macam ayam berak kapur jer rupanye ..... Akak ni bila dah mula langgar pantang, nak start all over again memang ler liat! Tekak pun kena berdisiplin juga tau! Doakan ler akak ni kuat semangat! Kuat semangat dalam mengharungi dugaan tekak!!! Pakar pemakanan pun pesan, kalau nak makan tu boleh, cuma kena beringat, bukannya kalau suka makan sampai sepinggan penuh! Ikut kadar yang sesuai, bukannya berlebihan!

Walau pun cite pasal diet, akak still nak share masakan yang akak buat untuk minum petang beberapa minggu yang lepas! Rasanye ini kali kedua akak buat Rissoles! Kali pertama dulu peringkat testing, kali ni kira buat untuk santapan keluarga dengan lebih confident! Apa yang akak suka tentang Rissoles ni ialah intinye yang rasa macam cream dan sangat sedap bila dimakan semasa panas-panas. Akak ni satu tabiat buruk, kalau sedap tu asyik nak menerai aje ..... tu yang susah nak kawal tekak nih!!! Anyway, pada yang miss N3 lepas pasal Rissoles ni, akak sertakan sekali lagi ..... silakan mencuba pada yang dah terliur air liurnye tuu .....

CHICKEN RISSOLES
Sumber : My Aunty Sarah
Menghasilkan 40 keping

Bahan untuk kulit :-
  • 450 gm tepung gandum
  • 960 ml susu segar
  • 5 biji telur - resepi asal, 2 biji telur bagi setiap adunan
  • Garam
Cara penyediaan :-
  • Satukan semua bahan kecuali garam dan telur dalam satu bekas, kacau rata.
  • Masukkan bancuhan ke dalam blender dan blend seketika. Pastikan bancuhan di'blend' sedikit demi sedikit supaya bancuhan ini bersatu dengan rata dan teksturnya halus. Tapiskan ke dalam mangkuk. Pada bancuhan terakhir yang hendak di'blend', masukkan sekali telur yang telah dipukulkan sedikit terlebih dahulu. Blend dan tapis serta tuangkan ke dalam mangkuk dan kacau rata.
  • Masukkan garam dan kacau rata.
  • Lenserkan non-stick pan dengan sedikit minyak dan dadar adunan ini seperti kulit popia hingga habis.
Bahan untuk inti :-
  • 3 - 4 keping isi dada ayam, potong kecil.
  • 45 gm tepung gandum
  • 45 gm susu tepung
  • 5-6 batang kacang panjang
  • 1 biji lobak merah disagat seperti lidi mancis
  • 1 kiub ayam dibancuh dengan 300 gm air
  • Lada sulah
  • 1 bawang holland - dipotong dadu
  • 2 biji bawang putih
  • Mentega
  • Air
  • Garam
  • Serbuk perasa
Cara penyediaan :-
  • Panaskan pentega, tumis bawang putih dan bawang besar.
  • Masukkan isi ayam, kacau rata dan biar seketika hingga isi ayam separuh masak.
  • Masukkan sayuran dan kacau rata.
  • Masukkan lada sulah, kacau rata.
  • Tambah garam jika kurang rasa masin.
  • Masukkan serbuk perasa dan kacau rata.
  • Masukkan tepung gandum, kacau rata cepat-cepat.
  • Masukkan bancuhan air dan kiub ayam, kacau rata dan masukkan susu tepung.
  • Jika terlalu pekat, tambah sedikit lagi air.
  • Angkat dan ketepikan.
Cara penyediaan rissole :-
  • Bread crumb
  • 4 biji telur - dipukul
  • Minyak
=======
  • Ambil sekeping kulit rissole yang telah siap didadar.
  • Letakkan satu sudu inti dan gulung seperti popia tetapi berbentuk empat segi tepat.
  • Panaskan minyak untuk gorengan terendam.
  • Celup rissole ke dalam telur dan salut dengan bread crumb.
  • Goreng dengan minyak yang panas.
  • Angkat dan toskan.
  • Sedia untuk hidangan.
-InaChomel-

Tuesday, April 24, 2012

TAUGEH GORENG PENUH CERIA

Salam sume,

Hari ni tak buat keje macam biasa kat ofis, ada discussion dari pagi sampai ke petang.

Walau pun tak buat kerja rutin, tapi rasa penatnye kepala otak kena berfikir! Penat berfikir dengan penat fizikal ni sebenarnya tak sama! Penat fizikal bila berehat atau tidur rasa selesa. Tapi kalau penat berfikir ni sungguh meletihkan! Otak rasa sangat penat dan secara automatik badan jadi letih dan macam tak leh nak buat apa dah!

Hari ni pakwe akak keje malam, ganti kawan dia yang terpaksa berkursus! So malam ni tinggal ngan anak-anak jer .... Masih tak sempat lagi nak celebrate birthday pakwe akak. Tengoklah nanti hujung minggu ni kalau tak de aral melintang! Sama ada masak kat rumah atau makan di luar, tak pasti lagi. Hujung minggu ni pun dah ada 1 lagi tempahan kek. Alhamdullilah, sambil menambah rezeki, dapat juga menambah ilmu. Buat kuih ni pada akak bila setiap kali kita membuatnya, kita pelajari sesuatu yang baru. Kadang-kadang selalu buat kuih pun ada juga silapnye, itulah namanya manusia, tak lekang dari membuat silap.

Malam ni nak share masakan mudah yang menjadi faveret akak. Taugeh goreng! Sengaja jer tambahkan ceria tu untuk datangkan selera dan mood memasak. Akak kalau masak sayur taugeh ni, bila makan macam tak leh berhenti. Sangat suka makan sayur ni, kalau ada nasi putih aje pun jadik. Tapi kalau makan sayur ni dengan nasi panas dan ikan kembung goreng, memang terangkat! Lauk yang mudah dan kalau digoreng akak tak suka layu sangat, suka makan sayur ni dengan rasa keranggupannya! Ok, meh lihat masakan mudah ni ....

TAUGEH GORENG CERIA
  • Taugeh - RM1.00
  • 1 batang lobak merah - disangat halus lidi mancis
  • 1 cekak daun kucai, potong 1 inci panjang
  • 1 batang lada merah - dihiris halus
  • 1 batang lada hijau - dihiris halus
  • 1 mangkuk udang basah
  • 1 biji bawang besar, mayang kasar
  • 1 sudu teh bawang putih kisar
  • 2 sudu besar bawang merah kisar
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak
Cara penyediaan :-
  • Panaskan minyak.
  • Tumis bahan kisar dan bawang besar hingga wangi.
  • Masukkan lada hiris dan udang basah, kacau rata.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa mengikut citarasa. Kacau rata.
  • Masukkan lobak merah, kacau rata dan biarkan sebentar.
  • Masukkan taugeh dan kucai yang telah dicuci bersih dan ditoskan. Kacau rata dan biar seketika.
  • Angkat dan hidangkan.
Senangkan! Yang malasnye nak petik ekor taugeh! Kerja paling malas dalam dunia yang akak paling tak suka nak buat! Kecik-kecik dulu, boleh menangis dibuatnye bila mak suruh petik ekor taugeh! Makan taugeh suka, petik ekor taugeh ..... arrggghhhhh tak suka!!!!

-InaChomel-

Monday, April 23, 2012

HAPPY BIRTHDAY MY DEAR!

Imej : Ihsan Yahoo

Salam dan selamat pagi sume,

Sorry ye boss, pagi ni curi masa sket nak hantar ucapan kat pakwe saya! Just short message only .......

Untuk suami tersayang ... Mat Isa a.k.a Pak Itam kat ofis ni, akak nak wish Happy Birthday. Hari ni 23hb. April pakwe akak genap berusia .... tahun! Yang ke berapa? Tanya dia sendiri ye! Yang pasti memang dah 1 tahun tua dari umur semalam.

Akak dan anak-anak doakan semoga panjang umur, sentiasa sihat untuk menjaga dan melindungi kami sekeluarga dan semoga berada dalam rahmat Allah hendaknya. All the best to you my dear ... love u always and forever in love!

HAPPY BIRTHDAY MY DEAR,
FROM US ... YOUR LOVING WIFE 
AND KIDS!

-InaChomel-

Sunday, April 22, 2012

KEK MARBLE TRIO

Salam sume,

Sebelum melabuh tirai malam sebab esok nak keje, akak nak share satu resepi kek yang sedap dan ini kali kedua akak buat kek ni.

Mudah dan ringkas jer, tapi rasanye sungguh tidak mengecewakan, percayalah .... bila bebudak asyik membedal kek ni jer, maknanye memang sedap. Tapi kalau 10 kali masuk dapur, kek ni masih macam tu jugak, macam pandang tak pandang jer pesennye tuuu, maknanye ada ler yang tak kena dengan tekak dia yang mengada-ngada tuh!!! Yang pasti kek ni tinggal 4 potong aje tadai sebelum akak naik ke bilik untuk berblog, agaknye dah habis kut!

Experience akak buat kek ni, kalau nak dibuat makan dan jamuan, elok dibakar dalam loyang yang berketinggian 1 inci aje, sebabnye .... mudah nak potong dan serve pada tetamu. Kalau nak berikan jiran ke, bolehlah guna loyang yang berketinggian 3 inci, nampak gebu dan bercorak sikit. Tapi akak suka bakar dalam loyang 10 x 10 x 1 inci, senang nak hidang dan potong. Nak makan pun senang dengan saiz potong yang sedang elok ajar macam potong kuih talam. Anyway, yang penting kek ni sedap! Kek ni sebenarnya ditempah oleh seorang jiran akak, so dari masa terbuang gitu-gitu aje, sesekali akak ambil juga tempahan kek dan kuih-muih dari mereka yang menempah, saja suke-suke ..... keje part-time hujung minggu!

Ok, resepi dari dapur Mat Gebu, akak CnP aje. Cuma warna putih tu jadik purple, akak ubah, yang lain masih sama. Kalau nak cuba, bolehlah rujuk resepi kat bawah ni, kalau nak tengok Mat buat step-by-step, boleh ler kunjungi blog Mat, klik aje kat hyperlink di bawah tu ...... Selamat mencuba!

KEK MARBLE TRIO
Sumber : Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 300 g mentega (guna unsalted butter lagi sedap)
  • 280 g tepung gandum*
  • 1 camca besar susu tepung*
  • 1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
  • 5 biji telur gred A
  • 1 camca besar ovallate
  • 250 g gula halus
  • 30 g gliserin*
  • 20 ml air*(*disatukan)
  • 1 1/2 camca teh coklat emulco
  • 1 camca teh strawberry emulco
  • 1 /2 camca teh rose essence
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lenser tin berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas tadi dengan sedikit mentega. Ketepikan.
  2. Putar mentega hingga pucat, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.
  3. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan kelima2 biji telur, dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental seperti adunan baulu (macam dalam gambar).
  4. Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan masukkan bancuhan air + gliserin, gaul rata.
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian + coklat emulco, 1 bahagian + strawberry emulco dan 1 bahagian + rose essence (yang ini biar plain). Tuang aduan secara berselang seli dalam tin tadi. Lorekkan dengan hujung pisau atau chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan.
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.
CATATAN MAT GEBU :- Kalau tak de gliserin, abaikan gliserin dan air, ganti dengan 50 ml susu cair atau whipping cream. Pasal perisa dan pewarna untuk marble tu boleh ikut citarasa masing2. Oven perlu dipanaskan 10 minit sebelum membakar kek.

-InaChomel-

LAGI GIFT YANG MENARIK ... IDEA BAGUS NIH!!!

Salam sume,

Amacam hinggu minggu? Menarik tak? Hunjung minggu yang baru lepas ni akak agak sibuk sikit! Dengan bebudak sekolah ganti lagi! Macam banyak jer agendanye, tapi sebenornye taklah banyak mana pun, cuma pasal bebudak sekolah, jadi keje-keje kat dapur tu one man show ler!!! Tu yang penat sangat tuh!

Kali ni akak nak share tentang barkat yang hubby akak dapat semasa majlis aqiqah dan cukur jambul hari Jumaat lepas! Sekarang ni barkat dari majlis-majlis kesyukuran agak fancy dan menarik. I like! Akak suka sebab idea kreatif dia orang dalam menyediakan barkat untuk tetamu. Sesuatu yang berguna untuk digunakan dan jajan yang pasti anak-anak suka. Ok, kalau tengok gambo kat atas nuuuu ..... barangan ni dimasukkan dalam woven bag biru siap dengan bookmark karekter ultraman. Sebab yang diraikan adalah baby boy berusia setahun yang juga meraikan hari lahirnya.

Bila dileraikan ikatakan reben purple tu, isikandungannya adalah buku nota dari recycle paper, dalam kotak biru muda adalah kertas nota, gula-gula dan kekacang seperti nut bar, bepang bijan kuning dan bijan hitam. Kalau nak tahu, bookmark ultraman tu adalah stickers yang ditampal pada kertas keras, digunting mengikut bentuk dan diikat dengan reben pada bahagian atas penjuru kepala ultraman! Sungguh kreatif! Cer tengok gambo kat bawah nii .....

Pada hari Sabtu lak, tuan rumah yang sama meraikan majlis perkahwinan anak lelaki mereka pulak. Barkatnye tak sempat nak disnap gambo sebab kerepeknye sedap sangat, marshmallow bebudak dah bedal! Gula-gula pun terima nasib yang sama gak!!! Anyway, terima kasih di atas barkat yang sungguh cantik lagi kreatif ni ......

Nut bar dalam bungkusan merah tu memang faveret akak. 
Kat JB ni mana nak dapat eh? Anyone can help me?

-InaChomel-

Tuesday, April 17, 2012

ROTI JOHN

Salam sume,

Dah makan malam? Akak baru lepas makan dalam sejam. Hari ni jiran sebelah beri dalca ayam. Dalca ni kalau makan ngan roti canai dan roti jala sedap woo ... Tapi akak makan ngan roti biasa aje. Yang lain makan ngan nasi. Kalau kat Johor ni bila masak dalca mesti letak kacang dhal. Tapi jiran akak tak letak pun! Akak pun tak berapa suka dalca dibubuh kacang dhal! Macam pekat dan banyak sangat ingredient!

Malam rasa kenyang sangat. Akak makan roti sekeping dan 3 suap nasi aje, kenyang sebab petang tadi mak akak goreng popia otak-otak untuk minum petang, jadi macam dah tak de ruang nak sumbat dalam perut ni. Lagi pun doktor dah nasihat untuk kawal pemakanan, jadi kena disiplinkan diri sikit. Lepas keluar dari wad kelmarin rasanya macam lost energy, jadi akak makan nasi hari-hari untuk pulihkan kembali tenaga yang hilang. Biasanye akak makan nasi 2 kali seminggu, atau waktu hujung minggu aje. Akak kena buat macam ni untuk disiplin diri, kalau tak tekak ni nak telan je makanan yang ada depan mata. Jadi akak kena kawal diri, barulah boleh jadi kebiasaaan .... apa bentuk makanan yang lalu pun dah tak hirau lagi!

Ok, ni nak share sarapan yang akak buat hujung minggu lepas. Pakwe akak kata dah lama tak makan roti john! Jadi akak beli roti hotdog, saiznye sesuai untuk seorang makan. Akak punye bahagian cuma separuh aje, tak leh nak habis makan seketul roti ni. Kenyang semacam! Keyyylah, banyak lak cakap! Meh tengok resepi mudah ni, kalau teringin boleh buat untuk dinner jugak, kenyang woo makan seketul roti ni.

ROTI JOHN
  • 5 biji roti hotdog - belah dua tapi jangan sampai putus!
  • 3 bij telur
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Serbuk lada sulah
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • 1 batang lada hijau - hiris nipis
  • 1 biji lada merah - hiris nipis
  • Mayonis
  • Sos Thousand island
  • Sos cili atau sos lada hitam
  • Sedikit minyak
  • Hirisan timun
  • Hirisan tomato
  • Salad
Cara penyediaan :-
  • Bancuh telur bersama bawang, lada merah, lada hijau, lada sulah, sos tiram, garam dan serbuk perasa. 
  • Pukul bahan ini dengan garfu dan ketepikan.
  • Panaskan kuali dan lenserkan sedikit minyak.
  • Ceduk 1 senduk bancuhan telur dan dadarkan anggaran sebesar saiz roti hotdog yang telah dibelah dua.
  • Ambil roti dan tangkupkan pada permukaan telur yang masih cair dan belum mengeras. Biar seketika hingga permukaan bawah telur agak garing.
  • Balikkan roti seketika dan angkat serta toskan pada tisu. Buat hingga habis.
  • Ambil 1 keping roti yang telah siap digoreng dengan telur tadi. Letakkan sos cili atau sos lada hitam. 
  • Lapiskan dengan salad, timun dan tomato.
  • Akhir sekali letakkan mayonis dan sos thousand island kemudian tangkupkan roti ini.
  • Sedia untuk dihidangkan.

Kalau ada inti sardin atau kentang kari, boleh juga dicampurkan dengan telur. Tak perlu letakkan sos tiram, garam dan serbuk perasa. Cuma bancuh telur dengan inti ini dan dadarkan untuk dijadikan roti john. Selamat mencuba.

-InaChomel-

Monday, April 16, 2012

BEST MOIST CHOCOLATE CAKE

Salam sume,

Ngantuk sungguh mata ni, agaknye dah lama rehat kat umah, bila mula keje ari ni, rasa letih semacam! Tapi seronok lak keje ari sebab dah lama cuti, rasa masa terisi dengan keje yang dah lama ditinggalkan kat ofis!

Nak story sikit! Hari Sabtu lepas akak sefamili gi AEON Bukit Indah JB. Tatkala mula bergerak aje, hujan turut dengan lebatnye, guruh petir, kilat dan angin kencang .... jadi takut pulak walau pun berada dalam kereta! Rupa-rupanye bila baca blog seorang member blog yang keje sama tempat ngan akak, Skudai di landa ribut. Bumbung SJK(C) Pu Sze di Skudai tercabut ditiup angin ribut yang sangat kencang! Masa perjalanan balik dari AEON akak memang terperasan bumbung bersepah ditepi lebuhraya Senai, dan perasan gak bumbung sekolah tu tercabut, tapi bila tengok gambo kat blog Kak CT tadi, tak sangka lak sampai begitu buruk sekali keadaan sebenarnye. Nasib baik masa sedang ribut dan masa melalui sekolah tu kejadian buruk ni belum berlaku, dan nasib baik jugak masa ribut tu hari Sabtu, tak de murid di sekolah! Dan pada hari yang sama, semasa sedang hujan lebat dan ribut petir tu, jiran sebelah rumah mak akak pulak kehilangan 2 buah TV apabila TVnye disambar petir dan meletup! Memang kuat bunyi letupan tu, mak akak kat umah pun terperanjat sebab bunyinye yang sangat kuat. Moralnye, lepas menonton TV pastikan suis dimatikan dan plug dicabut dari soket! Itulah yang akak selalu bebelkan kat bebudak ni .... bebudak ni kekadang kalau orang cakap degil, buat tak endah, bila dah jadi baru nak nyesal, takut!

Ok, ni malam nak share resepi kek yang akak dapat semasa ronda dapur Naz COSK. Rasa kek ni just nice, tak manis. Dan pada akak lebih sedap bila dimakan bersama coklat ganache yang dicicirkan di permukaan atas kek ini. Kepada yang nak mencuba, akak galakkan, senang dan mudah, sesuai untuk anak-anak yang gemarkan rasa coklat pada kek! Sori ler, gambo nampak memancar sikit .... silau!!! Resepi kat bawah ni akak CnP dari blog Naz, ngantuk nooo mata ni ...... Selamat mencuba yea!!!

BEST MOIST CHOCOLATE CAKE
Bahan-bahan :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula
  • 3/4 cawan serbuk koko Hershey's (Naz guna yang biasa jer)
  • 2 tsp soda bikarbonat
  • 1 tsp serbuk penaik
  • 2 biji telur saiz A @ B
  • 1 tsp garam 
  • 1 cawan buttermilk (resepi buttermilk di bawah)
  • 1 cawan Mazola vege oil (Naz guna minyak jagung)
  • 1 1/2 tsp asen vanilla
  • 1 cawan air mendidih (boleh dijadikan 1 cawan kopi sekiranya suka) - akak bubuh 1 sudu teh nescafe
Cara Penyediaan :
  1. Panaskan oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk membakar secara perlahan. (Naz menggunakan suhu 170 C).
  2. Lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak.
  3. Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl.
  4. Putar pada kelajuan sederhana selama lebih kurang 1 minit. Kemudian masukkan air mendidih dan teruskan memutar hingga sebati.
  5. Tuangkan ke dalam loyang.
  6. Bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak sepenuhnya. (Naz bakar dengan suhu 170 C selama lebih dari 1 jam sebab mungkin loyang kek 7" X 7" yang digunakan menyebabkan kek lebih tebal dan perlu masa yang lebih untuk masak sepenuhnya).
  7. Cucuk kek dengan lidi atau pisau. Sekiranya pisau atau lidi yang dikeluarkan bersih, maknanya kek telah masak. Sekiranya terdapat adunan kek yang masih basah melekat pada pisau atau lidi, bakar lagi kek dengan tambahan masa 5 minit dan uji lagi selepas itu sehingga kek masak sepenuhnya.
  8. Sejukkan kek sebelum dinikmati atau dihias.
RESEPI SUBSTITUTE BUTTERMILK

Bahan-bahan :
  • Susu segar - lebih kurang 1 cawan
  • 1 Tbsp cuka masak atau jus lemon
Cara Penyediaan :
  1. Masukkan cuka masak atau jus lemon ke dalam jug penyukat.
  2. Tuangkan susu segar hingga menjadikan campuran tepat pada ukuran 1 cawan.
  3. Biarkan larutan berehat selama 5 minit.
  4. Boleh digunakan.
 -InaChomel-

Friday, April 13, 2012

VADEI @ MAGELEK

Salam dan selamat malam semua,

Hai .... sihat semua? Mudah-mudahan sentiasa sihat dan dipeliharakan Allah s.w.t.

Hari ni dah Jumaat ye, kejap aje dah seminggu santai kat rumah ni .... dapat mc lama-lama ni pun boring gak, tak tau nak buat apa. Nak buat kek dan kuih pun kena tengok kemampuan tahap kesihatan! Buat masa ni, kuih yang senang-senang boleh ler dibuat untuk hilangkan boring dan isi masa terluang. Nak bancuh kek tu masih tak larat lagi rasanye, pasal mixer bowl akak jenis stainless steel yang agak berat, able to bake up to 3.5 kg of batter! Jadi kenalah bersabar ye ...... Kalau teringin nak makan kek ke, beli jer ler yang ada kat kedai! Tapi kan, sejak dah kumpul banyak resepi kuih ni kan, beli kek rasanye macam tak thrill jer! Buat sendiri lagi rasa puas hati! Puas hati mungkin kerana usaha dan air tangan sendiri dan famili kita sendiri hargainya .......

Ok, untuk hari ini akak nak share resepi vadei atau orang Johor biasa panggil magelek! Sound funny right! Tapi kuih ni memang faveret akak! Tapi tak leh makan selalu dan banyak sangat sebab mengandungi uric acid bagi makanan jenis kekacang! Dan untuk sakit akak ni, kena kawal makanan yang mengandungi uric acid supaya khasiat pemakanan seimbang! Bukan orang ghout aje yang kena control uric acid, pesakit psoriasis juga kena kawal tahap uric acid dalam darah mereka! Ingat tu!!!

Vadei ni sedap dimakan bersama kuah kacang atau kuah rojak asma. Orang Johor panggil pasembor tu rojak asma! Jom lihat resepi mudah ni ....... tapi nak bagitau dulu, kuah kacang tu akak tak buat tau, bila beli rojak asma selalu dapat kuah extra, so akak frozen, bila nak makan sebagai pencicah vadei, baru akak panaskan! Pandai tak???

VADEI @ MAGELEK
  • 500 gm kacang dhal - cuci bersih dan rendam selama 5 jam. Selepas 5 jam, buang air rendaman dan bilas dengan air paip dan toskan.
  • 2 biji bawang besar dipotong dadu
  • 2 biji lada merah dihiris halus
  • 2 biji lada hijau dihiris halus
  • 1 sudu besar halia kisar
  • 1 1/2 sudu besar bawang putih kisar
  • 2 sudu besar jintan kasar - kisar halus
  • 2 sudu besar jintan kasar dibiarkan kasar
  • 3 pelepah daun kari - cuci bersih dah lurutkan dari tangkainye.
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak untuk gorengan terendam
Cara penyediaan :-
  • Kisar halus kacang dhal dan masukkan ke dalam mangkuk besar yang sesuai untuk mengadun.
  • Dalam mangkuk besar tadi, masukkan semua bahan di atas kecuali minyak, gaul rata menggunakan tangan.
  • Sementara itu, panaskan minyak dengan api yang sederhana besar dan pastikan minyak betul-betul panas sebelum menggoreng.
  • Ambil sedikit adunan kacang dhal yang telah digaul sebati, kepal dan tekan sedikit supaya kelihatan leper.
  • Masukkan ke dalam kuali dan goreng hingga kekuningan atau hingga garing. Angkat dan toskan.
  • Sedia untuk hidangan.
Sedap dimakan ketika panas-panas bersama kuah kacang atau sos cili kalau suka. Juga enak dimakan begitu sahaja tanpa kuah atau pencicah. Resepi ni akak dapat dari jiran mak akak berbangsa India. Memang terasa kesedapannya. Selamat mencuba!

-InaChomel-

Thursday, April 12, 2012

KUIH BAKAR JAGUNG

Salam sayang sume dan selamat malam,

Rindu rasanya dah lama tak berblog dan berkongsi kisah dengan pengunjung setia blog ini ..... terima kasih sume, walaupun tak ramai mana pengunjung dan follower, tapi akak tetap bersyukur sekurang-kurangnye setiap hari ada yang berkunjung.

Bagi akak berblog ini bukan untuk mengejar glamer, tapi lebih kepada berkongsi kisah suka duka, ilmu dan menenangkan jiwa selepas letih seharian bekerja dan mencari ilmu yang masih banyak lagi akak tak tau! Terima kasih kepada yang sudi berkongsi ilmu, banyak yang akak dah belajar especially dalam bidang masakan. Sampaikan rakan-rakan tanya dari mana akak pandai buat itu dan ini, akak jawab .... cari kat internet, tak ada kelas formal! Masa yang terhad tidak mengizinkan akak untuk hadiri mana-mana kelas formal masakan. Sambil menonton tv, itulah masa akak melayari internet! Juga ketika mengantuk tahap gaban masa kat ofis! Sori ye boss kalau macam statement saya ni .......

Terlebih dahulu, akak mengangkat tangan tanda syujur ke hadrat Allah s.w.t kerana segala urusan pembedahan yang berjalan lancar dengan izinNya. Dari awal hingga keluar dari hospital, akak sentiasa berdoa agar Allah permudahkan segalanya buat akak dan keluarga akak. Dan Allah memang suruh kita memohon dariNya, maka sehingga saat ini akak sentiasa bermohon semoga Allah mengurniakan kesihatan yang sentiasa sihat, tabah mengharungi dugaan, tenang dan lapangkan hati dan jiwa akak supaya dapat menjalani kehidupan kurniaan Illahi dengan penuh rasa syukur! Insya Allah peluang yang dikurniakan Allah buat akak akan akak manfaatkan sepenuhnya. Kadang-kadang bila musibah atau dugaan datang dalam kehidupan kita, kita akan lebih menghargai sisa kehidupan yang masih ada untuk kita harungi dengan lebih yakin dan menghargainya .......

Dah seminggu akak berehat di rumah, Jumaat lepas akak keluar dari wad. Masuk hari Rabu, operation hari Khamis, then Jumaat dah balik selepas solat Jumaat. Walau pun pembedahan kecil, tapi risikonya banyak dan hanya Allah sahaja yang maha mengetahui betapa sakitnye bila ubat bius dah mula hilang sedikit demi sedikit! Baring tak kena, duduk dah memang tak boleh! Ke kiri salah, ke kanan salah, melintang pun salah, serba tak kena! Pada masa nilah baru kita sedar nikmatnya ketika kita sihat! Tapi syukur, sebelah malam hari pembedahan akak diberi ubat tahan sakit dan dapat tidur lena! Dari jam 7 lebih sebelah pagi dah ditolak ke dewan bedah, jam 9 pagi baru dibedah, dan jam 11 pagi sedar semula dari bius. Rahmatnya apabila menjalani rawatan di hospital kerajaan, sebelum dibedah sentiasa diajar berselawat dan mengucap oleh ahli pasukan bedah. Bagi akak yang tak mampu nak ke hospital swasta, inilah yang terbaik buat akak walaupun penat berulang-alik ke hospital hampir setiap minggu. Ubat pun yang terbaik disyorkan buat tahap kesihatan akak. Dan untung dan syukurnya menjadi penjawat awam, semua ini ditanggung oleh kerajaan. Alhamdullillah .... syukur ke atas rahmat dan rezeki yang Allah kurniakan buat kami sekeluarga ...... 

Terima kasih kepada pengunjung yang telah mendoakan kesejahteraan kesihatan akak dan keluarga. Semoga doa kalian akan sentiasa menerangi kehidupan kami sekeluarga, .... terima kasih rakan-rakan ku sekelian.

Dalam masa cuti sakit ni, sempat lagi nak jengah dapur! Lebih 1 minggu mc, minggu depan hari Isnin baru mula keje. Actually ari ni last mc, tapi esok dah hari Jumaat, macam malas nak masuk ofis, lagi pun kesan operation ni masih tak pulih sepenuhnya, masih ada rasa ngilu sesekali bila terlalu renyah! Ok, dah jejak jam 10.30 malam dah ni, pakwe akak pun keje malam, pukul 11 lebih nanti baru balik! Meh cuba buat kuih bakar jagung ni, akak memang feveret kuih ni! Tapi kalau tak kena rasanye, pun tak jadi gak. Tapi resepi ni memang akak gerenti sedap, lemak dan teksturnya tak keras, lembut dan agak lembab. Yang pasti akak bakar kat loyang lubang tengah dan bakar atas api dapur gas aje, tak guna oven! Sebab??? Kalau kuih bakar akak suka bahagian yang garing, tu yang buat sedap ..... tapi kalau bakar guna oven pun boleh gak, cubalah, tak nyesal punye!

KUIH BAKAR JAGUNG
Sumber : Buku masakan Selera Perdana
  • 1 cawan tepung gandum - ayak, tepikan
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan santan pekat @ 200ml santan kotak
  • 1 tin jagung krin @ 425 gm
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 4 biji telur
  • Sedikit pewarna kuning
  • Bijan untuk hiasan
  • 1/4 sudu teh garam halus
Cara penyediaan :
  • Oleskan loyang dengan mentega dan taburkan tepung gandum dan ratakan pada permukaan loyang.
  • Pukul telur hingga kembang.
  • Masukkan garam dan gula, pukul lagi.
  • Masukkan esen vanilla, pukul lagi.
  • Masukkan tepung dan pukul seketika hingga rata.
  • Masukkan pewarna kuning, jagung krim dan santan pekat. Pukul seketika sahaja.
  • Tuang adunan ke dalam loyang, taburkan bijan dan bakar dengan api yang kecil hingga masak.
Apabila menggunakan loyang lubang tengah dan dibakar atas api dapur gas, mengambil masa yan agak lama, tetapi kuih kelihatan cantik bila siap dibakar. Lagi satu, akak guna food processor aje untuk buat kuih bakar ni, kalau nak guna mixer pun ok! Satu lagi sebelum lupe, adunan kuih ni memang cair, tapi hasilnye bila siap dibakar akan menjadikan kuih ni lembab ..... eeemmmmm tu yang sedap! Akak buat 2 round 2 hari berturut-turut! Tak cukup! Selamat mencuba! Maaflah .... malam ni panjang sungguh celotehnye ......

-InaChomel-

Tuesday, April 3, 2012

REHAT SEKETIKA ....

Imej Ihsan Yahoo

Salam sume,

Mulai esok, akak akan rehat seketika atas faktor kesihatan. Kalau pun tak dapat berblog, akak akan sentiasa meninjau blog korang sebagai pengubat rindu. Cewahhhh .... jiwang ler pulakkkk petang-petang macam nihhh!!! Lepas sihat nanti, InsyaAllah akan berblog semula. Akak akan masuk wad esok dan menjalani pembedahan kecil pada 5hb. April ni. Akak mohon maaf dari semua dan doakan semoga Allah permudahkan segala urusan pembedahan ini agar semuanya berjalan lancar dan selamat! InsyaAllah! Semoga selepas ini akak kembali sihat seperti sedia kala, dan dikurniakan kesihatan yang sihat serta tabah mengharungi kehidupan bersama keluarga tersayang!

Salam sayang buat semua ......

-InaChomel-

Monday, April 2, 2012

MAKARONI GORENG BERSAMA OREGANO

Salam sume,

Haaa ... hari ni dapat bersiaran sebelah pagi, sebab hari ni akak keje shift malam! Dah 3 minggu berturut-turut akak keje 1 hari malam dalam seminggu. Actually ada kawan minta tolong sebab kena hadir kursus. Tak pelah, habiskan giliran keje malam awal-awal, lepas ni tak yah fikir-fikir lagi.

Pagi ni akak dah siap masak lauk untuk pakwe dan anak-anak makan malam nanti. Masak yang simple jer .... sambil tu sempat gak goreng makaroni ni. Ada berbaki separuh paket. Rencah pun tak de, cuma ada sosej ayam dan carrot jer, jadi akak lebur ler apa yang ada jer .... Dah siap masak baru teringat ada beberapa biji buah tomato dalam esbok! Tak pe ler .... dah siap pun, makan pun dah ..... cuma tinggal nak share resepi ni kat sesiapa yang ingin mencuba! Makaroni ni kalau digoreng, mesti ada rasa pedas, masam dan sedikit jer manisnye, asal ada rasa! Kalau tak pedas kurang ler laju makannye tuu .... Sambil menaip ni akak tengah tunggu rancangan 5 rencah 5 rasa di TV3, nak tengok chef hensem tu ... Sherson Lian masak sotong kangkung! Sedap woo sotong kangkung ni, dulu mak akak pernah buat, perghhhh ... tak hengat donia bila makan sotong kangkung ni ....

Wokeh .... meh tengok resepi mudah ni, kalau berkenan boleh ler cuba ......

MAKARONI GORENG BERSAMA OREGANO
  • 250 gm makaroni - direbuskan, toskan dan gaul dengan sedikit minyak untuk elakkan makaroni melekat.
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 3 sudu besar bawang merah kisar
  • 6 sudu besar lada kering kisar
  • 3 sudu besar tomato sos
  • 1 batang carrot - disagat halus
  • 3 batang sosej ayam - dipotong sederhana nipis
  • 1 biji telur
  • Garam 
  • Gula
  • Serbuk perasa
  • Serbuk oregano
  • Minyak untuk menumis
Cara penyediaan :-
  • Panaskan minyak.
  • Tumis bahan kisar hingga wangi dan garing.
  • Masukkan sos tomato, kacau rata dan masukkan carrot serta sosej dan kacau rata.
  • Masukkan garam, sedikit gula dan serbuk perasa, kacau rata dan masukkan telur. Biar seketika hingga telur mengeras dan kacau rata.
  • Masukkan makaroni dan rempah oregano, kacau rata, rasa masakan dan tambahkan mana-mana yang kurang. Jangan terlalu masin atau manis.
  • Angkat dan hidangkan.
-InaChomel-

Sunday, April 1, 2012

KARIPAP RANGGUP INTI SARDIN

Salam dan selamat malam,

Hai, sekali lagi bersua. Nampak gayanye akhir-akhir hanya sempat bersiaran pada sebelah malam jer ..... Siang busy, dan bila dah penat memasak, mata pun penat gak, bantal ler jadi teman setia untuk menghilangkan lelah seketika!

Sebenarnye akak buat karpap ni semalam. Berebut-rebut akak siapkan karipap ni sebelum Panggung Sabtu bermula. Haa .... semalam cite Bobby! Walaupun cite lama, zaman akak kecik-kecik dulu, tapi cite ni akak tak pernah jemu tonton! Lagu-lagunye sedap didengar dan evergreen! Paling akak suke lagu yang dinyanyikan dilaman rumah Bobby masa Raja datang untuk menjemput keluarga Bobby ke rumahnye atas undangan bapa Raja. Lagu tu light & very entertaining! I like! Pakwe akak memang peminat filem Hindustan dan Tamil. Bila lagu hindustan berkumandang dia tau jer senikatanye walaupun sebuatannye tak berapa betul ....

Akak ni jenis yang suka dengar lagu lama-lama. Siaran radio pilihan sudah pasti Sinar FM! Sebab apa pilih Sinar FM??? Satu pasal bila dengar lagu lama-lama mengingatkan akak pada kisah zaman dulu-dulu. Celoteh DJnye juga menarik, bagi akak yang sentiasa perlukan fikiran yang tenang dan tak boleh runsing, celoteh mereka ni buatkan akak lupa seketika perkara-perkara yang merunsingkan jiwa! Tapi ini pandangan akak secara peribadi, korang mesti ada stesen radio pilihan ... terpulang pada pilihan masing-masing!

Ok, berbalik pada kisah karipap ni! Doh ini adalah resepi dari my aunty, my dear Aunty Sarah, adik mak akak! My aunty ni memang pandai buat kuih, kuih talam dia paling special. Semua jenis talam dia boleh buat! Serimuka adalah kuih feveret kita orang kalau my aunty buat! Lembut pulutnye dan serimuka yang lembut dan sedang elok lemak manisnye ..... meleleh air liur nie ....

Doh karipap ni memang sedap, ranggup jer ... cubalah buat, first time try jer dah jadi! Itupun first time pandai mengelim karipap. sebelum ni tak pernah langsung menguli doh karipap gara-gara tak pandai mengelim! Masa buat doh ni, akak lebur jer dalam mixing bowl, guna spiral hook, tekan button ON, siap! To my aunty Sarah, thanks for the recipe, semoga resepi ini memberi manfaat kepada semua yang ingin mencuba! Membuat karipap ni nampak mudah, tapi kalau adunan doh tidak lembut dan garing apabila digoreng, karipap pun tak cun rasanye! Cubalah kuih kegemeran ramai rakyat Malaysia ni, akak memang feveret kat karipap ni! Lebih-lebih lagi inti sardin, tak lepas peluang langsung kalau ada depan mata. Ok, best of luck! Menyesal kalau korang tak cuba!

KARIPAP RANGGUP INTI SARDIN
Sumber : My Aunty Sarah

Bahan untuk doh karipap
  • 9 sudu besar margerin
  • 1 sudu besar minyak masak
  • Garam
  • 2 1/4 cawan air sejuk 
  • 1 kg tepung gandum
Cara penyediaan :-
  • Masukkan margerin ke dalam periuk dan cairkan.
  • Apabila margerin cair, masukkan minyak dan garam, kacau rata dan alihkan.
  • Masukkan air sejuk ke dalam margerin cair tadi.
  • Dalam bekas untuk membancuh, masukkan tepung yang telah diayak.
  • Masukkan bancuhan margerin tadi sedikit demi sedikit sehingga doh tidak melekit. Jangan habiskan bancuhan margerin tadi, hanya tuang mengikut keperluan sahaja berdasarkan hasil doh yang lembut dan tidak melekit.
  • Alihkan aduan doh dalam bekas dan rehat seketika. Tutup doh dengan kain yang bersih untuk mengelakkan doh kering.
  • Canai doh mengikut ketebalan yang sesuai dan masukkan inti, kelim bahagian tepi dan boleh digoreng untuk hidangan.
Bahan untuk inti sardin
  • 7 biji kentang - dipotong dadu, cuci dan toskan.
  • 1 tin besar sardin - buang tulang dan hancurkan isi sardin
  • 3 biji bawang holland - dipotong dadu
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 3 sudu besar bawang merah kisar
  • 5-6 sudu besar lada kering kisar
  • 2 batang lada hijau - hiris nipis
  • 2 batang ladang merah -hiris nipis
  • 1 sudu besar halia kisar
  • 1 mangku kecil daun sup dan daun bawang yang telah dimayang
  • 1 mangkuk kecil air
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak untuk menumis
Cara penyediaan :
  • Panaskan minyak.
  • Tumis bahan kisar hingga wangi dan garing.
  • Masukkan bawang holland, kacau rata.
  • Masukkan kentang, kacau rata.
  • Masukkan sardin, garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
  • Masukkan lada hiris dan tambah sedikit air jika inti terlalu kering dan kentang masih belum empuk.
  • Masak inti hingga kentang empuk, angkat dan sejukkan sebelum digunakan sebagai inti. Pastikan inti betul-betul sejuk sebelum digunakan sebagai inti untuk mengelakkannya daripada basi!
-InaChomel-