Monday, February 25, 2013

KEK PISANG COKLAT URAI

Salam sejahtera dan selamat pagi sume,

Masih lagi dilatari dengan cuaca yang kembali mendung setelah 2 hari berhujung minggu dengan cuaca yang agak cerah.

Masa nilah semua orang sibuk mengambil peluang nak mengeringkan jemuran. Maklum jer lah, yang bekerja, masa macam nilah nak selesaikan mana yang tertunda! Baju yang menunggu giliran untuk dilipat jangan cakap ler, kalau tengok bakul baju tu macam nak pengsan pun ada!

Hujung minggu yang baru berlalu masih lagi sibuk dengan jemputan sana-sini. Takat ni cuma hujung minggu ini sahaja yang akak free tanpa sebarang jemputan! Tapi itu pun dah ada agenda peribadi yang perlu diisi. Dah beberapa minggu tertunda sebab memberi laluan kepada kenduri kahwin sepupu yang sekarang ni rata-rata sibuk mendirikan rumahtangga! Maklumlah, ramai sepupu akak yang dah meningkat dewasa, bujang dan dara yang dah sampai jodoh masing-masing! Tapikan, sejak akhir-akhir ni asyik ikut rombongan hantar pengantin, rasa best ler pulak! Makan terhidang, barkat yang menarik, sambil tu yang meriahnya sebab pada masa ni ler dapat berkumpul sedara-mara dah bermesra. Soal makan terhidang dan barkat tu perkara no. 2, tapi bila berkumpul tu, meriah sakan! Macam-macam citer! Bebudak pun jadi seronok, sampai tanya hujung minggu ada orang kahwin lagi tak???

Dalam kesibukan hujung minggu, akak sempat gak capai mixing bowl! Nak settlekan stok pisang yang dah seminggu lebih dalam fridge!!! Pisang tu dah masak, so akak buang kulit dan simpan dalam tupperware kat dalam fridge! So semalam, mengodak 6 adunan kek pisang nihh!!! Jenuh ngko nak tunggu siap! Tapi puas hati ler .... jiran keliling rumah dapat rasa! Kek Pisang ni akak pernah buat dulu kat sini!

Kali ni try lagi sekali sebab kaedah yang mudah dan kebetulannya bahan pun ada. Simpan lelama tepung ni pun nanti rosak, so semua dah ada, apa lagi ... jalan lerrrr .... Kek ni, rasanya tak berapa manis, just nice walaupun akak tak kurangkan langsung sukatan gula tu! Since akak lebihkan kuantiti pisang lecek dalam adunan ni, so akak gantikan esen pisang dengan esen vanilla! Well, worth trying! Cuma kena jaga-jaga bila guna api atas dan bawah pada oven masing-masing. Terlalu kuat api bahagian atas tu akak sebabkan kek ni merekah di bahagian tengah permukaan kek. Kena adjust sikit api atas oven anda bila bahagian atas tu dah hampir keperangan supaya kek masak cantik! Selamat mencuba! Tak cuba, tak merasa!

KEK PISANG COKLAT URAI
Sumber : Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 150 gram mentega atau marjerin (kalau guna marjerin rasa lain sikit)
  • 200 gram tepung kek (mat guna tepung naik sendiri)*
  • 1/4 camca teh soda bicarbonat*(*disatukan dan diayak)
  • 100 gram gula perang (resipi asal 150 gram gula kastor)
  • 3 biji telur
  • 100 ml susu segar
  • 100 gram pisang, dilecek halus - akak lebihkan
  • Beberapa titik esen pisang - akak guna esen vanilla
  • 50 gram coklat urai (chocolate rice)
  • 1/3 cawan pisang yang didadu besar - akak lebihkan
  • 1/4 cawan cincangan kacang gajus secukupnya - akak guna badam cincang
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin berukuran 8 inci x 3 inci x 3 inci dengan mentega, alas dadar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula perang hingga sebati, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan berkrim. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga habis, putar rata.
  3. Masukkan pisang lecek dan esen pisang gaul dengan spatula. Tambah coklat urai dan pisang yang telah didadu tadi, gaul hingga semua rata. Tuang dalam tin tadi, ratakan dan tabur dengan cincangan kasar kacang gajus.
  4. Bakar selama 40 - 50 minit atau hingga kek masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dipotong. Hidangkan untuk minum petang....
-InaChomel-
 

No comments:

Post a Comment