Wednesday, February 13, 2013

NASI JAGUNG BERKISMIS

Salam dan selamat pagi semua ....

Dah 4 hari tak keje, hari ni nak bangun pagi datang ofis rasa malas yang amat sangat! Macam nak sambung cuti jerr ... tapi kalau sambung cuti pun no point pasal bukan dapat gi mana-mana pun, balik Melaka pun tak sempat, bebudak tusyen dan keje. Jadi susah sikit nak bergerak sana-sini! Paling tidak pun every weekend hadir majlis kenduri jer ler .....

Dah seminggu dah kat JB asyik mendung jer cuacanye! Mentari pagi sukar nak menyinar sekarang ni! Masalahnye baju ler ... tak sempat kering, dah ada lagi yang menunggu untuk disidai! Anyway, rutin harian tetap sibuk macam biasa!

Cuti CNY yang lepas ni, akak tak banyak agenda selain dari memasak di dapur dan gi shopping yang tak seberapa aje! Tak seberapa, tapi sempat cilok beg untuk ke ofis! Saje jer ... buat sedap mata memandang walau pun kocek merana! Sekarang ni akak lebih banyak cari ruang dan masa untuk enjoy myself! Jalan-jalan sambil shopping kecil-kecilan nampaknya terapi yang terbaik buat masa ni .... So many things to think, sometimes makes me boring!!! So having fun and do shopping buat akak hepi! So, setiap perkara ada pengorbanannya .... walaupun kocek makin nipis, akak enjoy dan fikiran tak kusut! Dalam masa yang sama jangan lupa berdoa dan berzikir, itu penting untuk kesihatan rohani dan jiwa yang tenang ... Amin!

Ok, today nak share resepi yang agak heavy dari segi kandungan kesihatan! Tapi gara-gara terlebih beli beras basmathi kelmarin dan bimbang beras ni rosak dan hancur kalau simpan lebih lama lagi, minda akak sekarang ni ligat berfikir every weekend apa yang perlu dimasak untuk habiskan beras yang masih berbaki lebih kurang 3kg ++ ni untuk dijadikan menu sekeluarga!

So, salam perkenalan untuk minggu ni adalah Nasi Jagung Berkismis! Why kismis??? Sebab ada 4 kotak kecil kismis kat umah akak yang akak dapat masa majlis walimah tahun lepas! Tak tau apa nak buat, jadi akak lebur ler dalam nasi ni .... Meh lihat resepi yang akak dapat dari blog Forum Resepi Diana (FRD) dari Singapura yang dah lama menyepi. Pun dah lama akak x try cari blog ni sejak dia tak allow anonymous user akses blog dia .... well credit to Diana ye!

NASI JAGUNG BERKISMIS
  • 4 cawan beras basmathi. Cuci bersih dan toskan.
  • 3 1/2 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • Kayu manis - sebatang dah cukup
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 biji bunga cengkih
  • 1 senduk minyak sapi
  • 3 cm halia dikisar halus
  • 6 biji bawang putih dikisar halus
  • 2 biji bawang besar dimayang halus
  • 1 tin jagung kernel - toskan airnye atau boleh guna jagung dalam paket.
  • 1 mangkuk kecil kismis - digoreng dan toskan. Ini akak tambah sendiri
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Daun sup, daun bawang dan bawang goreng
Cara penyediaan :-
  • Panaskan periuk nasi. Akak guna periuk rice cooker untuk mudah panaskan nasi bila dah siap masak nanti!
  • Masukkan minyak sapi dan bila sudah mencair, tumiskan kayu manis, buah pelaga dan cengkih.
  • Masukkan bahan kisar dan bawang hiris, kacau rata dan biar hingga wangi dan naik bau harum.
  • Masukkan air dan susu cair, kacau rata.
  • Masukkan serbuk perasa dan garam. Rasa sama ada cukup masin dan lemaknye.
  • Masukkan beras yang telah dicuci bersih dan biarkan sehingga air hampir kering. Sambil boleh kacaukan beras ini tapi jangan terlalu kerap nanti hancur!
  • Bila air hampir kering, masukkan jagung, kacau rata dan alaskan periuk dengan tudung periuk biasa serta kecilkan api. Tutup periuk dengan tudung periuk biasa dan kalau boleh tindihkan dengan batu lesung untuk mengelakkan wap keluar! Ini cara tradisi, kalau nak tanak kat rice cooker pun boleh, mana-mana yang senang ler ....
  • Bila nasi dah kering dan dah cantik masaknya, masukkan pula kismis yang siap digoreng tadi, kacau rata dan alihkan periuk ke rice cooker dan biar nasi sentiasa panas sebelum dihidangkan.
  • Hidangkan nasi dengan taburan daun sup, daun bawang dan bawang goreng!
Kalau tak suka guna minyak sapi, boleh gantikan dengan campuran minyak masak dan mentega. Atau guna minyak masak sepenuhnya semasa menumis pun boleh juga, kita buat dia, yang penting sedap dan ikut selera kita!

Selamat mencuba!

-InaChomel-

No comments:

Post a Comment