Dalam diam, dah hampir masuk ke bulan Mac tahun 2013 ni ....
Sekejap aje masa berlalu, kita selalu ketinggalan @ mungkin terleka! 2 bulan hampir berlalu, adakah kita masih seperti dulu, atau kita telah berubah menjadi lebih baik dari dulu???
Persoalan ini hanya kita sendiri aje yang boleh jawab! Semalam akak ambil masa 1/2 jam belek FB yang jarang2 sangat akak bukak kalau tak betul2 ada masa terluang. Ramai kawan-kawan zaman sekolah rendah & sekolah menengah yang bersembang dan bercerita tentang keluarga masing-masing. Ada yang berubah, ada yang tidak, sama macam dulu! Kebanyakkannya menceburi bidang masakan, terima tempahan membuat kuih dan sebagainya. Ada juga yang jadi surirumah tangga sepenuh masa dan melancong ke sana sini dengan keluarga. Well, gembira akak tengok kawan-kawan yang berjaya dan hidup gembira dengan famili masing-masing! Teringat kisah zaman sekolah dulu kalau tengok muka masing-masing kat FB. Dan apa yang mereka harungi sekarang ini sering akak kaitkan dengan karekter masing-masing masa zaman sekolah kami! Cuma akak aje yang jarang berinteraksi dengan mereka kat FB sebab akak sangat jarang buka FB kalau tak sungguh2. Sekalu dua tu ada ler jugak menyampuk, lepas tu senyap! But I like to know about them!
For this morning, akak nak share satu resepi yang mudah dan memang menjadi feveret kami sekeluarga kecuali Iman! Dia tak suke mende macam ni! Yang dia suka selalunye bende yang lain dari yang lain dan yang susah nak buat! Tekak dia macam tekak orang tua sikit! Kalau kuih tu suka kuih orang lama-lama .... bahulu antaranya! Ok! Kuih magelek ni akak dapat resepinye dari jiran India kat umah mak akak. Dah berkali akak mencubanya, memang sedap dan senang semasa menggoreng, tak pecah dan tak serap minyak! Boleh dikatakan well done! Biasanye sedap makan magelek ni bersama kuah Rojak Asma @ Rojak Tepung! Tapi kuah rojak tu akak belum pandai buat dan tak pernah cuba buat! Jadik??? Bila akak beli Rojak Asma kat pasar malam, biasanye dapat kuah extra. So akak frozen dan bila perlu akak panaskan kuah tu untuk dimakan bersama magelek! Pandai tak??? Kepada yang berminat, silalah cuba .... gud luck!
MAGELEK
- 1 kg kacang dhal - dicuci bersih dan rendam semalaman.
- 2 biji bawang holland - dipotong dadu
- 1 batang lada merah - dibelah dua dan dihiris nipis
- 1 batang lada hijau - dibelah dua dan dihiris nipis
- 2 sudu besar bawang putih kisar
- 1 sudu besar halia kisar
- 2 sudu besar jintan kasar - tak perlu kisar, biar kasar-kasar
- 2 pelepah daun kari
- Garam
- Serbuk perasa
- Minyak untuk menggoreng
- Kisar halus kacang dhal yang telah direndam semalaman. Toskan dahulu kemudian kisar sederhana halus kacang dhal ini menggunakan food processor atau blender kering.
- Masukkan kesemua bahan kecuali minyak dan gaul rata.
- Panaskan minyak untuk gorengan terendam.
- Apabila minyak telah panas, basahkan kedua tapak tangan dan ambil sedikit adunan kacang dhal, kepal dan kemudian leperkan dan seterusnya masukkan ke dalam minyak yang telah panas. Pastikan api tidak terlalu kuat atau terlalu kecil. Kalau terlalu kuat dikhuatiri akan menyebabkan garing diluar tetapi bahagian dalamnya tidak masak. Kalau api terlalu kecil, dikhuatiri pula akan diserap minyak. Jangan masukkan terlalu banyak magelek dalam kuali semasa menggoreng supaya mudah dibalik-balikkan nanti dan masaknya serata.
- Angkat dan toskan, sedia untuk dihidang!
No comments:
Post a Comment