Macam mana cuti CNY ni??? Ramai yang bercuti panjang ke? Atau ada yang dah mula kerja semalam? Atau lagi parah ... ada yang memang kena kerja masa CNY???
Apa pun situasinya, yang penting kita hepi dengan apa yang kita buat! Kalau tak hepi pun, kita kena redha! Kadang-kadang situasi yang kita alami sekarang ni membuatkan kita terfikirkan sesuatu yang selama ini mungkin kita tak pernah ambil pusing langsung! Biasalah manusia ni .... kalau tak terkena kat diri sendiri kita selalu lupa!
Oklah, tak nak cite yang sedih2 pagi ni walau pun cuaca yang luar sana tu mendung semacam jer .... Bila2 masa hujan boleh turun nihhh!!! Kat porch tu dah melebihi taraf kedai dobi! Dah x de ruang nak menyidai baju! Bagi yang ada anak kecil, biasanya bebudak ni kerap salin baju, kotor sikit nak tukar baju, basah kena air kat sinki nak tukar baju! Heeiiiii macam2!
Untuk pagi ni, akak nak share resepi yang akak gandingkan dengan Nasi Jagung Berkismis semalam! Akak masak Kurma Telur! Dah agak lama akak tak masak kurma. Biasanye kurma ayam. Tapi kali ni saje jer nak ubah disikit untuk meriahkan jenis lauk untuk dimakan bersama nasi nih!!!
Kepada yang berminat, meh lihat resepi mudah ni yer .....
KURMA TELUR
- 7 biji telur ayam yang direbus dan dikupas kulitnya. Goreng telur ini untuk mengelakkannya dari mudah pecah apabila dimasukkan dalam kuah kurma nanti.
- 3 biji kentang dikupas kulitnya dan dibelah 4.
- 1 batang lobak merah yang dipotong baji.
- 4 batang lada hijau dikisar halus
- 5 biji cili padi hijau dikisar halus
- 1 batang kayu manis*
- 3 biji buah pelaga*
- 4 kuntum bunga cengkih*
- 2 kuntum bunga lawang*
- 1 cawang santan pekat
- 1 sudu kecil bawang putih kisar
- 3 sudu besar bawang merah kisar
- Sedikit halia dikisar halus
- 2 sudu besar rempah kurma dibancuh dengan sedikit air
- Air
- Garam
- Serbuk perasa
- Minyak untuk menumis
- Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar serta bahan bertanda * hingga wangi dan garing.
- Masukkan 1 cawan air dan diikuti dengan kentang. Biarkan mendidih sehingga kentang empuk.
- Kemudian masukkan lobak merah dan tambah air sikit-skit dari masa ke semasa jika kuah menjadi terlalu pekat.
- Masukkan garam, serbuk perasa dan kacau rata.
- Masukkan telur dan santan, kacau rata dan kecilkan api. Kacau rata dan biarkan hingga terbit minyak. Jika terlalu pekat boleh tambah air.
- Angkat dan hidangkan dengan taburan daun bawang dan daun sup jika suka.
Selamat mencuba!
-InaChomel-
No comments:
Post a Comment