Wednesday, February 20, 2013

ROJAK PETIS

Salam sume,

Dah lama tak sempat nak bersiaran ye! Maklumlah sibuk sikit lepas cuti CNY ni!!!

Sibuk ngan apa??? Ngan apa lagi kalau tak projek RU. Bahu memang sakit giler sebab seharian dari pagi sampai ke petang mengadap PC untuk update masterlist! Buat kerja dua kali ni memang akak tak suke! Tak suke nape? Sebab orang lain ambil mudah aje, kita pulak yang susah payah kena complete the list! Ok lah, citer banyak pun korang bukan faham pun! Buat pening kepala korang aje nak memahamkan situasi kerja akak kat sini!

Baik cite bende lain tak?!? Cuma satu aje akak nak komen, kat sini, bila kita buat kerja secara teamwork, kat sinilah kita boleh nampak siapa yang sebenarnye ikhlas dan boleh bekerja dalam 1 team @ tidak. Kadang-kadang kat mulut sebut teamwork aje pandai! Tapi bila kena kat batang hidung sendiri, yang asyik sebut teamwork aje tu belum tentu boleh bekerja sebagai 1 team. Jadi, moralnye .... kalau pandai sebut mesti mau pandai buat jugak!!! Bekerja dalam satu organisasi tak boleh fikir tentang diri sendiri aje, kena fikir bende2 lain jugak! Tapi kalau kita dah diajar macam tu, jangan salahkan orang lain kalau tiba masa kita perlukan sokongan dan kerjasama dari orang lain, orang tu buat bodoh jerrrr ... ye lerrrr, manusia ni kalau kita buat baik, baik juga datangnya kat kita. Tapi kalau kita sendiri tak tunjuk contoh yang baik, yang tak baik jugaklah yang orang akan ikut! Tapi kena ingat, kena buat baik kepada setiap insan, kerana amalan yang baik sentiasa diiringi dengan keredhaan dari Allah s.w.t.

Hummmm ..... well ... berbalik kepada tajuk N3 hari ni, Rojak Petis! Hah, korang suke tak? Akak??? Very the suka one! Kalau makan rojak ni, tak makan nasi pun tak pe! Boleh kenyang punye! lagi pulak kalau banyak kacang yang bertaburan atas kuah tu ..... tangkap leleh wa cakap lu .....

Masa kecik-kecik dulu, rojak ni selalunye dijual oleh orang cina. Kalau ada rojak mesti ada tauhu bakar! Tapi masa akak kecik-kecik dulu, kat area JB ni ler sekitar kawasan Batu 4 & Batu 5, ada seorang pakcik melayu ni yang jual rojak menaiki motor Honda Cup lama. Kat belakang motor dia tu ada peti kayu yang menyimpan bahan-bahan dan peralatan membuat rojak. Kalau nak beli rojak pakcik ni, bila dia lalu aje, kita orang akan pekik ... Rojak! Nanti pakcik tu berhentikan motor dia, kita orang pun bawak ler pinggan dari rumah masing-masing! Tapi kalau malas, pakcik tu akan isi rojak dalam sehelai plastik dan diberikan 1 batang lidi untuk memudahkan kita orang makan rojak. Plastik rojak tu bukan macam plastik kuih sekarang ni tau! Memang sehelai plastik seperti plastik mamak bungkus mee goreng! Lepas tu makan ramai-ramai kat tepi tangga laman rumah! Memang cunnnn!!!

Itu kisah zaman dulu-dulu .... sekarang ni lain pulak! Tapikan, pakcik yang jual rojak tu, sampai sekarang ni masih ada lagi. Akak pernah terserempak ngan pakcik tu, masih lagi dengan jualan rojak menggunakan motor, cuma akak tak perasaan motor dia tu motor baru @ lama! Sihat lagi pakcik tu ngko! Dah lebih 30 tahun tu kalau dikira-kira balik! Alhamdullilah ... semoga pakcik tu sihat!

Ok, meh ler tengok resepi kuah rojak ni. Bahan-bahan untuk rojak tu senang jer, kuah rojak tu yang mustahak!

ROJAK PETIS
  • 1 kg kacang tanah - digoreng hingga kekuningan (orang tua-tua kata bila goreng kacang ni masaknya atas darat, bermaksud, kacang akan menjadi kekuningan selepas diangkat dan ditoskan dalam dulang, jangan tunggu kuning dalam kuali, bila korang angkat dah jadi coklat @ rentung). Bila dah sejuk, kisar sederhana halus, dan asingkan 5 sudu besar ke dalam bekas lain untuk ditabur di atas kuah nanti.
  • 1 kg petis udang
  • 1 mangkuk kecil jus limau kasturi - gunakan mangkuk sup yang saiznye besar sikit dari mangkuk kuah sate.
  • 1 paket cili padi merah - buang tangkainye, cuci bersih, dikisar bersama 500 ml kicap manis.
  • 1 botol kecil kicap manis
  • 4-5 sudu besar bawang putih kisar
  • Gula
  • Air suam
Cara penyediaan :-
  • Masukkan kacang yang telah dikisar tadi ke dalam mangkuk yang besar supaya mudah untuk mengacau.
  • Masukkan petis dan jus limau kasturi, kacau rata.
  • Masukkan lada yang diblend bersama kicap tadi, tapi jangan tuang semua. Rasa dahulu, jika sukakan pedas, boleh tambah lagi lada kicapnya. Tapi kalau tak suka pedas sangat, lebihan lada kicap boleh disimpan di dalam fridge untuk kegunaan lain, seperti mencicah ikan bakar, goreng pisang dan sebagainya.
  • Masukkan juga bawang putih kisar, dan rasa. Jangan masukkan semuanya sebab jika terlalu banyak, ras peda bawang putih akak menrencat keseluruhan rasa kuah kacang ini.
  • Masukkan gula. Jika kuah terlalu pekat, boleh tambahkan dengan kicap manis dan juga air suam. Kicap jangan terlalu banyak, nanti masin. Kacau rata. Sukatan gula tu pulak, kena agak-agak ler. Tapi kalau kuah rojak petis, mesti ada rasa masam, pedas dan manis!
Untuk bahan rojak :-
  • 4 keping tauhu - dicuci bersih dan goreng hingga garing. Potong serong kecil-kecil.
  • Taugeh - dibuang ekornye dan dicelur dengan air panas.
  • Kangkung - dipotong dan dicuci persih, celur air panas.
  • Nenas - dibuang bersih mata tajamnya dan dihiris seperti timun sate.
  • Timun - dicuci bersih dan dihiris.
  • Sengkuang - dikupas kulitnya, dicuci bersih dan dihiris seperti timun sate.
Cara menyediakannya :-
  • Ambil sedikit semua bahan-bahan di atas dan susun berlapis dalam pinggan.
  • Curahkan kuah kacang rojak petis dan taburkan dengan kacang yang dikisar tadi (yang diketepikan tadi).
  • Gaul rata dan nikmatinye dengan sepenuh jiwa raga!!!!
Selamat mencuba!!! Kuah rojak ini memang banyak, akak dapat 2 bekas margerin naturel yang besar dan 1 bekas aiskrim nestle yang warna biru tu! Jangan bimbang. Boleh disimpan dalam freezer, anytime nak makan, keluarkan dari freezer beberapa jam sebelum menikmatinye ....

-InaChomel-

No comments:

Post a Comment